Tuesday, April 10, 2012

Bersabar Ketika Memandu


Tengok gambar pon dah boleh agak, kemalangan yang melibatkan 2 buah bas dan 3 buah kereta. Faktor perlanggaran, tidak berhati-hati, tidak bersabar dan ketentuan Allah. Zaman sekarang banyak pemandu kenderaan yang memandu dengan laju dan merbahaya. Jika kereta di pandu laju, boleh di maafkan lagi. Tetapi jika bas dan lori yang di pandu dengan laju, memang mencari nahas jalan raya.
Kepada pemandu lori, banyakkan bersabar dan bertenang. Lori di cipta bukan untuk di bawa dengan laju, tetapi lori dicipta untuk mengangkut barang-barang yang berat dan besar. Jadi seelok-eloknya bawa lori dengan berdisiplin. Tak kemana duit upah perjalanan yang di kejar, kerana nyawa itu lebih penting. Ingat, kemalangan yang melibatkan lori lebih merbahaya berbanding kenderaan lain.
Kepada pemandu bas, istigfar banyak-banyak dan bertenang. Bas di cipta bukan untuk berlumba-lumba mahupon mengejar masa, tetapi  bas dicipta untuk membawa penumpang-penumpang ke destinasi tertentu. Sekarang ini, memang banyak kemalangan yang melibatkan bas dan majoritinya melibatkan nyawa penumpang. Di lebuhraya utara-selatan banyak bas dipandu melebihi had laju yang dibenarkan. Aku pulak yang gayat bila tengok bas terhuyung-hayang.
Pihak berkuasa macam tak kisah dengan tingkah laku pemandu bas dan lori yang di bawa laju. LPKP pon lebih kurang sama. Stiker aduan je tertampal di belakang kenderaan, tapi macam tak ada kesan je….

No comments:

Post a Comment