Peperiksaan tidak perlu ditakuti. Jika segala pesediaan untuk peperiksaan |
telah dibuat. Tiada apa yang perlu dikhuatirkan. |
Berserah kepada Allah, Yakin dan bertawakkal. |
Usaha hak kita, tetapi kejayaan Allah yang kurniakan |
Mulakan setiap usaha dengan Basmallah |
بسم الله الر حمن الر حيم |
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang |
Doa penerang hati |
أَللهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ |
رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ |
Ya Allah bukakanlah hikmahMu, dan turunkanlah rahmat dari khazanahMu |
kepada kami, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang |
- Amalkan setiap kali belajar dan baca ketika berada di bilik peperiksaan. - |
Doa apabila terlupa |
سُبْحَانَ مَنْ لا يَنَامُ وَلايَسْهُو آللهُمَّ ذِكِّرْنِى مَانَسِيْتُ |
Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa, |
Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa. |
- Salawat ke atas Nabi s.a.w. dan baca doa ini ketika terlupa - |
Doa minta tambah ilmu |
آللهُمَّ انْفَعْنِى بِمَا عَلَّمْتَنِى , وَعَلِّمْنِى مَايَنْفَعُنِى |
وَارْزُقْنِى عِلْمًا يَنْفَعُنِى وَزِدْنِى عِلْمًا |
Ya Allah , jadikan daku berguna untuk masyarakat dengan ilmu |
yang engkau kurniakan kepadaku, |
Dan kurniakanlah daku pengetahuan yang berguna untuk diriku |
serta tambahilah daku ilmu pengetahuan |
- Elok dibaca untuk mendapat ilham bagi menjawab soalan - |
Doa mendapat petunjuk |
رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا |
مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ |
Wahai Tuhan kami , janganlah Engkau sesatkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk |
dan berikanlah rahmatMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi |
-Selalulah memohon kepada Allah agar sentiasa mendapat petunjuk. - |
Doa mudahkan hafalan |
آللهُمَّ ارْزُقْنَا يَا رَبِّ فَهْمَ النَّبِيْيِنَ وَحِفْظَ آلْمُرْسَلِيْنَ |
وَإِلْهَامَ آلْمَلائِكَةَ آلْمُقًرَّبِيْنَ فِى عَافِيَةِ يَااَرْحَمَ آلرٌّاحِمِينِ |
Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul |
dan ilham dari para Malaikat yang menghampiri denganMu |
kurniakanlah kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. |
- Amalkan doa ini. Mudah-mudahan Allah memudahkan hafalan. - |
Dipetik daripada : Diari Siswa Islam 93 |
Hak Cipta penerbit asal |
DOA-DOA LAIN YANG BERKAITAN |
Doa untuk mengulangkaji |
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ |
“Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.” |
Doa setelah selesai mengulangkaji |
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْر |
“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.” |
Doa ketika masuk bilik peperiksaan |
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ
|
“Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.” |
Doa ketika menerima kertas peperiksaan |
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي. |
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.” |
Doa Nabi Musa a.s. |
Doa memohon dilepaskan dari kesusahan menjawab soalan |
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ |
“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.” |
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْل |
“Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.” |
Doa ketika terlupa jawapan |
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ
|
“Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku |
No comments:
Post a Comment