Thursday, July 5, 2012

KISAH NONI YANG MELAHIRKAN ANAK ZINA YANG KE-EMPAT DENGAN LELAKI YANG TIDAK DINIKAHINYA




Kisah Noni – Hidup Kaya Dosa | “Tak pernah saya lihat ibu menangis seperti itu hanya kerana mempunyai anak tak berguna seperti saya. Saya berasa diri ini begitu bodoh kerana mengikut kata teman lelaki yang mahu berseronok.

“Bukan saja perlu menjaga anak-anak seorang diri, saya terpaksa menanggung kehidupannya (teman lelaki) kerana dia tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya menghabiskan masa dengan tidur di rumah,” kata Noni, 26 yang kini hamil anak keempat hasil hubungan luar nikah dengan teman lelakinya.

“Sejak dua bulan lalu saya tidak lena tidur memikirkan dosa-dosa saya yang terlanjur dengan teman lelaki sehingga melahirkan tiga anak. Saya sedar semua ini salah, tetapi saya harap diberikan peluang kedua.

“Disebabkan kesempitan hidup, saya menyerahkan mereka kepada keluarga angkat kerana tidak mampu menyara kehidupan mereka tambahan pula hidup sendiri pun tidak terurus,” katanya yang menyerahkan tiga anaknya kepada keluarga angkat termasuk yang dikandung kepada sebuah pertubuhan hasil hubungan terlarang sejak enam tahun lalu.

Noni ditemui ketika membuat aduan kepada Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak), Muhd Khairul Hafiz Abdullah di sini, semalam.

AB-Sedih bila memikirkan wujud juga manusia seperti ini di kalangan kita umat Islam di Malaysia. Hidup bebas, zina sana sini seperti tiada Hari Akhirat pulak nanti. Mari kita doakan agar mereka semua kembali insaf dan bertaubat dengan dosa-dosa yang lampau. Ingatlah, walau dosa sebesar gunung pun (kecuali dosa syirik), dengan rahmat dan kasih sayang Allah, akan diampunkan jua. Bersangka baiklah dengan Allah. AB harap Noni taubat dan kembali ke jalan yang diredhai Allah.

No comments:

Post a Comment