Tuesday, January 15, 2013

Subhanallah! Pokok Kelapa Ada Lima Dahan Di Port Dickson


Subhanallah! Pokok Kelapa Ada Lima Dahan Di Port Dickson | Sesuatu yang agak unik kerana perkara seperti ini agak jarang terjadi. Sebatang pokok kelapa ditemui mempunyai lima dahan di kawasan Port Dickson. Biarpun ia sudah dianggap lama kerana saiz pokok yang sudah berusia, ia baru sahaja mendapat perhatian media. KisahBest.My difahamkan, pokok ini tidak ada perbezaan yang ketara dengan pokok-pokok yang lain kerana ia tetap masih berbuah dalam keadaan biasa.

kelapa
PORT DICKSON – Sesiapa yang melalui jalan Seremban Port Dickson di Batu 1 Jalan Pantai pasti akan menyedari deretan pokok kelapa yang ditanam bersebelahan dengan Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).
Namun, di antara deretan pokok kelapa itu, terdapat sebatang pokok kelapa yang mempunyai lima cabang dahan.
Nelayan, Maamin Judin, 71, berkata, dia yang sering berulang alik menggunakan laluan Port Dickson-Seremban dari rumahnya ke pengkalan nelayan di Batu 1 menyedari kelainan pada pokok berkenaan.
“Pokok kelapa ini memang lain daripada yang lain, namun diakui ia bukanlah sesuatu yang mustahil.
“Ini adalah kali pertama saya melihat pokok kelapa yang mempunyai cabang dahannya di mana kebiasaannya pokok kelapa tidak mempunyai dahan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Maamin berkata, semua lima cabang pokok kelapa ini mengeluarkan buah sama seperti pokok kelapa yang ditanam di situ.
“Ketinggian pokok kelapa ini juga tidak jauh beza pokok kelapa lain dan mungkin usia pokok kelapa ini sekitar lima hingga tujuh tahun,” katanya.

No comments:

Post a Comment