Thursday, October 3, 2013

4 MAZHAB FIQH UTAMA SERTA USUL IJTIHAD DALAM MAZHAB



Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian 'alam, atas nikmatnya yang tiada terkira, selawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW serta ahli kelurganya dan para sahabatnya, juga kepada seluruh yang menuruti perjuangannya kerana Allah.

InsyaAllah, di dalam penulisan ini, penulis akan menumpukan perhatian dalam perkara berikut :
1. Mendedahkan nama kitab2 utama dalam setiap mazhab didahului dengan menketengahkan kitab2 yang 'muktamad' atau sumber rujukan utama mazhab, selain itu

2. Beberapa nama2 ulama' yang terutama dalam setiap mazhab
3. Istilah feqh yang digunakan bagi setiap mazhab juga akan disertakan bagi memudahkan para pecinta ilmu feqh dan penuntut ilmu feqh di peringkat permulaan, pertengahan dan sederhana atas
Bagaimapun, penulisan ini diolah dalam bentuk yang ringkas, lalu sudah tentu ianya tidak akan merangkumi keseluruhan aspek penting dari tumpuan yang digariskan tadi.

1) 4 MAZHAB FEQH UTAMA SERTA USUL IJTIHAD DALAM MAZHAB
Mazhab Hanafi
Dinisbahkan mazhab ini kepada Imam an-Nu'man bin Thabit ( 80 H- 150 H) . Terkenal dengan gelaran al-Imam Abu Hanifah. Keturunan beliau berasal dari Parsi,bgmnpun beliau menjadi ahli Iraq.
Beliau dianggap pemimpin aliran 'ahli ra'yi', dan juga dikira sebagai pelopor ilmu qias (perbandingan).
Usul Mazhab beliau adalah :
a. Al-Quran al-Karim.
- Beliau tidak menerima pemakaian 'mafhum mukhalafah'.
- Tidak terhenti menghukum pd zohir ayat bahkan, mengkaji 'illat serta meneliti ruh tasyri'. Tidak memegang hanya pd zohir nas al-Quran.
b. As-Sunnah an-Nabawiyah.
- Berpegang kpd hadith mutawatir dan masyhur.
- Berpegang kpd hadith Ahad tetapi dgn syarat2 tertentu.

c. Al-Ijma'
d. Qawl Sahabat dan Tabi'e
e. Al-Qias
f. Istihsan
g. Al-'Uruf
h. Al-Masolih al-Mursalah dan al-Istishob.

Mazhab Maliki
Dinisbahkan kepada Imam Malik Bin Anas al-Asbahi ( 93 H - 179 H). Beliau digelar Imam dar al-Hijrah, ini adalah kerana beliau ahli Madinah. Dikebumikan di perkuburan baqi', Madinah. Beliau salah seorg drpd Imam madrasah ahli al-Hadith.
Usul Mazhab beliau adalah :
a. Al-Quran al-Karim.
- Mengambil zahir nas, umumnya, juga menerima 'mafhum mukhalafah' dan 'mafhum
Muwafaqah'.
b. As-Sunnah an-Nabawiyah
- Menerima hadith Ahad tanpa syarat.
- Menerima Hadith Mursal.
- Mendahulukan 'Amal Ahli Madinah' daripada Hadith Ahad.
c. Al-Ijma'
d. Qawl Sahabat
e. Al-Qias
f. Al-Maslahat al-Mursalah serta kerap menggunakannya.
g. Al-Istihsan.
h. Saddu al-Dzara'ik

Mazhab Syafi'e
Dinisbahkan kepada Imam Muhammad Bin Idris as-Syafi'e (150 H- 204 H), keturunannya beremu dgn keturunan Rasulullah SAW pada Abd al-Manaf. Dilahirkan di gazza, Palestin. Setengahnya mengatakan di 'asqolan, meninggal di Mesir. Membesar di Mekah sehingga diizinkan memberikan fatwa ketika berumur 15 tahun, berpindah ke Madinah dan menuntut dgn Imam Malik dan Yaman, kemudian ke Baghdad, menuntut dgn Imam Muhd bin Hasan al-Hanafi, akhirnya berpindah ke Mesir dan wafat di sana.
Beliau telah menggabungkan ilmu drpd kedua2 aliran ahli ra'yi dan ahli al-hadith. Ini menyebabkan beliau sgt dihormati oleh kedua2 aliran.
Usul Utama Mazhab:
a. Al-Quran al-Karim.
- Beramal dgn Al-Quran serta as-Sunnah menjadi pengtakhsis, penjelas serta pentaqyid bgnya.
- Memegang zahir Nas sehingga terdpt dalil yang membawa maksud lain dr zahir.
b. As-Sunnah an-Nabawiyyah.
- Memegang hadith dgn syarat bersambung dan shohih sanad, iaitu dgn perawi yg 'thiqah', 'Sadiq', Wara', Memahami apa yang diriwayatkannya, 'dhobid', serta
- mendengar hadiith secara langsung dari orang yang diambilnya.
- Tidak menyetujui Abu Hanifah dalam syart pemakaian Hadith Ahad.
- Tidak menyetujui Imam Malik dalam mendahulukan amal ahli Madinah ke atas Hadith Ahad.
- Berlainan dari tiga mazhab lain dlm pemakaian hadith Mursal, di mana ia menerima Hadith Mursal dari Kibar at-Tabi'en spt Sa'id Musayyab.
c. Qawl Sahabat.
- Tidak berhujjah dgn qawl Sahabat krn mungkin ia dtgnya dari ijtihad, lalu berkemungkinan untuk silap.
d. Ijma'
- Berhujjah dgn Ijma' Qawli shj.
e. Al-Qias
- Sederhana dlm menerima qias. Tidak meluas spt Abu Hanifah dan tidak terlalu sempit spt Imam Ahmad.
f. Al-Istihsan
- Menolak pengamalan istihsan serta menyifatkan ia perkataan bersandar nafsu.

Mazhab Hanbali
Dinisbahkan kepada Imam Ahmad Bin Hanbal as-Syaibani ( 164 H - 241 H). Lahir di Baghdad serta wafat di sana. Salah seorg Imam Aliran Ahli Al-Hadith. Menumpukan banyak masa beliau mengumpulkan hadith yang dinamakan Musnad, mengandungi lebih kurang 40,000 hadith. 10,000 drpdnya berulang. Ia diambil drpd 750,000 hadith yang dihafaznya. (As-Sunnah wa makanatuha fi at-Tasyri', Dr Mustafa as-Siba'ie, cet al-Maktab al-Islami, hlm 482)
Usul Utama Mazhab :
a. Al-Quran dan As-Sunnah.
b. Mengambil Qawl Sahabat.
c. Mengambil Hadith Mursal dan Dhoif. Mendahulukan hadith dhoif ke atas qias.
d. Ijma'
e. Istishob, Masalih al-Mursalah, Sadd al-zara'ik

2) MENGAPA PERLU MERUJUK KEPADA KITAB MUKTAMAD SETIAP MAZHAB?
Jawapannya adalah kerana:
1. Apa-apa yang terdpt di dalam kitab muktamad adalah mewakili pandangan jumhur ulama' dan fuqaha' mazhab serta merupakan kesatuan pandangan mrk.
2. Rujukan kitab muktamad dpt memberikan kita titik perbezaan antara pandangan jumhur fuqaha' mazhab dan pandangan serta ijtihad persendirian, juga dpt mengetahui pandangan yang bercanggah.
3. Melindungi pengkaji, Faqih, serta Mufti darpd keliru dgn kepelbagaian pendpt yang diriwyatakan drpd pelbg imam2 Mazhab. Begitu juga dpt memeilihara drpd tersilap menisbahkan pandpt kpd sesuatu mazhab akibat pandangn syaz dr ulama' tertentu.
4. Kerana Fuqaha' Mazhab masing-masing telah menanggung tugas menyemak, meneliti dan memperbetulkan kelemahan riwayat2, menyatukan kepelbgaian pendpt serta membuat tambahan perlu yang mewakili mazhab. (Manhaj al-Bahs fi Fiqh al-Islami, Prof. Dr Abd Wahab Abu Sulaiman, cet Dar Ibn Hazm, hlm 123)
Justeru, menjadi keperluan bagi pengkaji ilmu feqh utk mengathui kitab2 muktamad dan utama dlm setiap mazhab. Bg menjamin ketepatan maklumat yang digunakan dan dimanfaatkan.

3) KITAB-KITAB FEQH MAZHAB
Mazhab Hanafi
Penulisan feqh Hanafi dibahagikan kepada 3 martabat: (Lihat Hasyiah Ibn 'Abidin, 1/64)
1) Zohirah al-Riwayah ( Masail al-Usul)
Iaitu penulisan yang diriwayatkan daripada Imam2 dan Pengasas utama mazhab seperti Imam Abu Hanifah, Imam al-Qadhi Abu Yusof (w 182 H), Imam Muhd Bin Al-Hasan (w 189 H), juga Imam Zufar bin Huzail (w 110 - 158 H) dan Hasan Ibn Ziyad ( w 204 H)
Antara nama kitab yang ditulis di peringkat ini adalah hasil penulisan Imam Muhd Bin Al-Hasan, 6 buah kitab yang bertaraf mutawatir dlm mazhab serta terkenal, ia diriwayatkan dgn perawi2 feqh mazhab yang thiqah. Iaitu :
a) Al-Mabsut ( Kitab terpenting Muhd Al-Hasan)
b) Az-Ziadat
c) Al-Jami' al-Shoghir
d) Al-Jami' al-Kabir
e) Al-Siaru al-Kabir
f) Al-Siaru al-Shoghir
Kemudian keenam2 kitab ini diringkaskan oleh Abu Fadl al-Marwazi (al-Hakim al-Syahid) dlm kitabnya ' Mukhtasor al-Kafi'. Kitab ini kemudiannya di syarahkan oleh Imam Shamsuddin Al-Sarakhasi dalam 30 juzuk. Kitab utama ini diberi nama 'AL-MABSUT', namanya sama dgn nama kitab terpenting Muhd Al-Hasan. Kitab ini merupakan kitab muktamad dlm mazhab Hanafi, serta mudah dijumpai di Maktabah2 di Perpustakaan Islam seluruh Dunia. Manakala kitab yang 6 tadi, agak sukar dijumpai dan dipakai dlm rujukan para ulama' mutakhir.
2) Masail an-Nawadir
Iaitu kitab yang diriwayatkan individu2 yang disebutkan nama mereka di atas, tapi ianya jalan periwayat kitab ini tidak thabit dan thiqat spt kitab2 di atas.
Antara kitab ini, diriwayatkan oleh Imam Muhd al-Hasan spt al-Badai' al-Sanai' oleh al-Kasani dan lain2. Adapaun yang diriwayat dari Hasan bin Ziyad iaitu al-Muharrar dan juga Kitab al-Amali yang diriwayatkan dari Al-Qadhi Abu Yusof.
3) Al-Waqi'at wa al-Fatawa
Iaitu kitab yang mengandungi persoalan2 hukum yang dikeluarkan oleh Imam2 Mujtahid Mazhab yang terkemudian, dimana tidak terdpt sebrg riwayat tentangnya dari ulama' mazhab terdahulu. Antara pemilik kitab2 di martabat ini adalah :
'Isam bin Yusof, Ibn Rustam, Muhd bin Sama'ah, Abu Sulaiman al-Jurjani, Abu Hafs al-Bukhari.
Manakala kitab terawal mazhab Hanafi yang menggabungkan fatwa2 adalah kitab An-Nawazil oleh Al-Faqih Abu Laith as-Samarqandi dan diikuti oleh ulama'2 lain.
Antara individu yang termashyur dgn penulisan dan meriwayatkan Feqh Hanafi slps Muhd dan Abu Yusof adalah :
'Isa bin Aban (w 220 H), Muhd Bin Sama'ah ( 233 H), Hilal bin Yahya (245 H), Al-Khasof (261 H) serta Imam Abu Ja'afar at-Thahawi (321 H).
Antara kitab2 mazhab Hanafi (disamping kitab utama di atas) yang sering dijadikan rujukan oleh para ulama' masa kini dan dalam penulisan2 tesis ilmiah adalah :
a) Al-Kafi, Abu Fadl al-Marwazi (al-Hakim al-Syahid)
b) Al-Mabsut, Imam Shamsuddin al-Sarakhasi (490 H)
c) Tuhfah al-Fuqaha', Abu Bakar as-Samarqandi (540 H)
d) Al-Badai' as-Sonai', 'Alauddin Abu Bakar al-Kasani (587 H)
e) Al-Hidayah, Ali Bin Abi Bakr al-Marghinani ( 593 H)
f) Al-Ikhtiyar li ta'lil al-Mukhtar, Abdullah Bin Mahmud al-Mawsili (683 H)
g) Al-Bahr al-Ra'iq, 'Abdullah Bin Ahmad an-Nasafi ( 710 H)
h) Tabyin al-Haqa'iq, Uthman bin Ali Az-Zailai'ie (743 H)
i) Fath al-Qadir fi Syarh al-Hidayah li al-Marghinani, Muhd bin Abd Wahid ( Kamal Ibn Humam) - (861 H)
j) Ar-Rasail al-Zainiyah fi Fiqh al-Hanafiah, Ibn Nujaim (970 H)
k) Al-Fatwa al-Hindiyyah, kumpulan Ulama' India bermazhab Hanafi (1070 H)
l) Radd al-Muhtar 'ala ad-Durr al-Mukhtar, Al-Allamah Muhd Amin Ibn 'Abidin (1252 H)
Demikianlah beberapa buah kitab feqh Hanafi yang sering menjadi rujukan para ulama' pelbagai bidang apabila ingin mengetahui pandangan mazhab Hanafi. Ringkasnya, kitab muktamad mazhab Hanafi adalah al-Kafi oleh al-Hakim dan Al-Mabsut oleh Imam al-Sarakhasi.

Mazhab Maliki
Kitab2 utama Mazhab Maliki digelar Al-Ummahat. Kitab Ummahat di dalam mazhab Maliki adalah spt berikut : ( Rujuk Mawahibul Jalil karangan al-Hattab, hlm 7)
a) Al-Mudawwanah al-Kubra, Imam Malik Ibn Anas (w 179 H), melalui riwayat Sahnun (w 240 H)
Ia merupakan kitab terbesar di dalam mazhab Maliki. Terdapat 30,200 masalah Feqh sbgmn yang disebut oleh Imam Al-Ma'zari al-Maliki (536 H) dalam kitabnya Taklil ad-Durar.
b) Al-Mustakhrajah, Muhd Bin Ahmad al-Atabi al-Andalusi. Di dalamnya terdpt pelbg masalah feqh yang agak pelik dan syaz, walaupun demikian, kitab ini menjadi pegangan Ulama' Malikiah spt Ibn Rusd al-Hafid ( 595 H).
c) Al-Mawaziah, Muhd Bin Ibrahim al-Iskandari, dikenali sbg Ibn Mawaz/Muwaz.
- Kitab ini juga merupakan kitab agung yang dikarang oleh Ulama' Maliki serta dianggap yang paling shohih. Paling lengkap serta diakui terbaik oleh al-Qabisi berbanding semua kitab Maliki. Ia berkata, asalnya kitab ini dikarang oleh pengarangnya untuk menjadi kitab panduan Mazhab dalam masalah furu'.
d) Al-Wadihah fi Sunan wa al-Fiqh, Abd Malik Bin Habib al-Salmi.
Antara kitab2 Feqh Maliki yang sering menjadi oleh Ulama' semasa adalah seperti berikut :
a) Al-Mudawwanah, Imam Malik ( 179 H)
b) Al-Isyraf 'ala Masail al-Khilaf, al-Qadhi Abd Wahab Ali al-Baghdadi (433 H)
c) Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid, Ibn Rusd al-Hafid (595 H). Adakalanya dianggap sbg kitab Feqh Perbandingan.
d) Al-Furuq, Ahmad Bin Idris al-Qarafi (684 H)
e) Az-Zakhirah, Ahmad bin Idris Al-Qarafi (684 H)
f) Tabsirah al-Hukkam Fi Usul al-Aqdhiyah, Ibn Farhun (799 H)
g) At-Taj wal-Iklil Li Mukhtasar Khalil B. Ishak al-Maliki (w 776 H), oleh Abu Abdullah Muhd Bin Yusof al-Mawaq (897 H)
h) Mawahib al-Jalil Syarh Muhktasor Khalil, Muhd bin Muhd al-Hattab (953 H)
i) Al-Syarh al-Kabir 'ala Mukhtasar Khalil, Ahmad Dardir (1201 H)
j) Hasyiah ad-Dusuqi 'ala syarh al-Kabir lid Dardir, Muhd ad-Dusuqi (1230 H)
k) Hashiyah al-Amir,Muhd Bin Muhd as-Sinbawi Al-Amir (1232 H)
l) Fath al-Ali al-Malik, Abu 'Abdullah Ahmad 'illisyh (1299 H)
m) Manh al-Jalil Syarh Muhktasor Khalil, Abu 'Abdullah Ahmad 'illisyh (1299 H)
n) Fath al-Rahim 'ala fiqh al-Imam Malik bi al-Adillah, Muhd Bin Ahmad as-Shanqiti.
Begitulah beberapa buah kitab feqh mazhab yang menjadi tumpuan, kitab muktamad feqh Maliki yang utama adalah al-Mudawwanah al-Kubra.

Mazhab Syafie
Sebelum penulis mendedahkan nama2 kitab utama dan muktamad dalam mazhab Syafie, adalah terlebih elok kiranya, diperjelaskan terlebih dahulu beberapa istilah penting yang sering terdapat di dalam kitab2 feqh Mazhab Syafie, ini amat penting bagi memahami kandungan feqh Syafie. (Rujuk al-Muhazzab fi Fiqh al-Syafie, Imam As-Syirazi (w 476 H) Juz 1, hlm 30)
1) Al-Adzhar
- Iaitu pandangan yang lebih kuat daripada 2 atau lebih pandangan yang datangnya dari Imam As-Syafie. Iaitu apabila perselisihan kedua2 pandangan itu sama2 berdiri di atas dalil yang kuat. Bagi mentarjih antara pandangan seumpama ini disebut al-adzhar.
2) Al-Masyhur
- Iaitu tarjihan dari dua pandangan Imam Syafie, dimana kedua2nya berdalilkan dalil yang lemah. Maka tarjihnya disebut al-Masyhur.
3) Al-Asah
- Iaitu hukum Feqh (pandangan ) yang lebih kuat dalam mazhab Syafie di antara pelbagai pandangan dari pelbagai ulama Syafie. Yang mana semua pandangan mempunyai dalil yang kuat, maka ketika itu, pandangan yg terkuat disebut al-asoh.
4) As-Shohih
- Iaitu pandangn yg benar daripada pelbagai pandangan ulama' mazhab, yang mana lawannya adalah pandangan dhoif.
5) An-Nas
- Iaitu ayat yang tercatat di dalam kitab2 Syafie, dinamakan Nas krn ianya marfu' kpd Imam Syafie, iaitu dari kalamnya.
6) Al-Mazhab
- Iaitu pendapat yang Rajih ketika wujud ikhtilaf ulama' ashab al-wujuh spt al-Ghazali, al-Qaffal ( sila lihat martarabt ulama' menurut Syafie selepas ini).
7) Al-Takhrij
- Iaitu Imam Syafie menjwp dgn 2 hukum yang berbeza dalam dua bentuk soalan yang hampir serupa. Tidak jelas perbezaan antara keduanya. Bgmnpun yang lebih tepat, pandangan seumpama ini tidak dinisbahkan kpd Imam Syafie. Demikian menurut Imam Syirazi ( lihat al-Majmu' 1/73, Mughni al-Muhtaj 1/21)
8) Sebutan bagi pandangan Dhoif ( yang lemah)
- Bagi menzahirkan kedhoifan pendapat, maka akan digunakan beberapa lafaz berikut:
a) Qila kaza
b) Wa fi qawl kaza
c) Ruwiya
Selain istilah2 di atas, terdpt juga istilah2 yang kerap digunakan, berikut disertakan maksud bagi setiap istilah:
a) Syeikhain : Iaitu Imam An-Nawawi (656 H) dan Imam Ar-Rafie (623 H)
 c) Al-Qadhian : iaitu Qadhi Al-Mawardi (450 H) dan Qadhi Ar-Ruyani
d) Al-Imam : iaitu Imam al-Haramain ( Imam Abd Malik Bin Abu Muhd Al-Juwaini- 478H)
e) As-Shuyukh : Iaitu Al-Nawawi, Ar-Rafie dan Tajuddin Al-Subki (771 H)
f) Apabila Khatib as-Syarbini (977 H) sohib kitab al-Iqna' dan Mughni al-Muhtaj mengatakan 'syeikhi' maka ia bermaksud Muhd Bin Ahmad Ar-Ramli.
g) Syeikh al-Islam : Iaitu Imam Zakaria al-Ansori (926 H)
h) Hujjat al-Islam : Iaitu Imam Abu Hamid al-Ghazali (505 H)
Pembaca juga mesti mengetahui kedudukan para ulama' Syafie, ianya amat penting dlm menentukan pendapat siapa yang lebih kuat dan akan diikuti dlm mazhab jika berlaku pertembungan. Ia adalah seperti berikut:
Pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie dari kalangan Mutaqaddimin (ulama' silam), ialah Al-Imam An-Nawawi (656 H) dan Imam ar-Rafie (623 H)
Apabila bertembung pendangan mereka berdua, maka diutamakan pandangan Imam Nawawi drpd Rafie. Apabila bertembung pandangan Nawawi dgn pandangannya dari lain2 sumber tulisannya. Maka kitabnya menurut tertib I'timad dlm mazhab seperti berikut :
1) At-Tahqiq
2) Al-Majmu' Syarh al-Muhazzab
3) Al-Tanqih
4) Rawdah al-Tolibin
5) Minhaj al-Tolibin
6) Al-Minhaj Syarh Shohih Muslim
7) Tashih at-Tanbih
Sebagaimana disebut tadi, selain Nawawi, Ulama' yang dipegang dari kalangan mutaakhirin adlh Imam ar-Rafie ( 623 H), khususnya kitab 'Fath al-Aziz Syarh al-Wajiz lil Ghazali. Manakala dari kalangan Ulama' Mutaakhirin ( terkemudian) yang menjadi sumber pegangan mazhab syafie yang utama ialah : Bagi Ulama' Mesir - mereka memegang qawl As-Syeikh Muhd Bin Ahmad Ar-Ramli (1004 H) dalam kitab2nya terutamanya kitab 'Nihayat al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj'. Sesungguhnya kitab ini telah dibacakan kpd hampir 400 orang ulama' Syafie, serta telah diperkemas dan dikritik oleh mrk. Lalu ia telah sampai had mutawatir dlm kebenaran kandungan mazhab Syafie.
Bagi Ulama' Hijaz, Syam (Syria, Jordan, Lubnan, Palestin), Hadramaut, Yaman dll. Mereka memegang (I'timad) qawl As-Syeikh Ibn Hajar al-Haitami (962 H) khususnya dalam kitabnya Tuhfat al-Muhtaj bi syarh al-Minhaj. Sbgmn kitab oleh Ar-Ramli tadi, demikian juga kitab oleh Ibn Hajar ini, ianya dibacakan kpd ratusan ulama' Syafie.

Sekiranya bertembung qawl ar-Ramli dan Ibn Hajar al-Haitami..sekiranya mufti dr kalangan ahli Tarjih, maka bolehlah ditarjihkan mana2 pandangan dari keduanya. Kiranya tidak, mestilah melihat kpd si penyoal, iaitu di tahap org awam atau berilmu dan sbgnya, lalu bolehlah ditarjihkan pandangan menurut keadaan si penyoal. ( Majmu'ah Sab'ah Kutub al-Mufidah, Syeikh Alawi as-Saqqaf as-Syafie, ms 38)
Banyak lagi maklumat berkaitan kitab mu'tamad serta istilah2 yang perlu diketahui oleh pembaca sebelum dpt memahami kandungan kitab serta mazhab Syafie dgn sempurna, untuk mengetahuinya boleh pembaca merujuk kitab berikut :

A) Al-Fawaid al-Madaniah fi Bayan Ikhtilaf al-Ulama' as-Syafi'iyah, al-Allamah Muhd Sulaiman al-Kurdi (1194 H)
B) Al-Ibtihaj fi Bayan Istilah al-Minhaj, al-Allamah Ahmad B. Abu Bakar Al-Alawi al-Hadrami (1343H)
C) Al-Fawaid al-Makiyyah fi al-Masail wa ad-Dawabid.., Al-Allamah Sayyid Alawi As-Saqqaf (1335 H)
D) Al-Mazhab 'Inda as-Syafi'iyyah, Prof. Dr Muhd Ibrahim (Univ. Umm al-Qura, Mekah)
Susur galur kitab utama Syafi'e
Terdapat 2 buah kitab asal Syafi'e iaitu :

a- Al-Hujjah iaitu kitab beliau yang ditulis semasa berada di Baghdadl, ianya ibarat kitab yang mengandungi 'qawl qadim' (pendapat lama) Imam Syafi'e. Kitab ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad Bin Hanbal (241 H), Imam Abu Thaur, Az-Za'farani dan al-Karabisi.
b- Al-Umm iaitu kitab beliau yang dikarang ketika berada di Mesir, ibarat kitab yang mengandungi 'qawl jadid' bagi mazhab Syafie. Ia diriwayatkan oleh Imam Yusof Bin Yahya Al-Buwaiti (231 H) , Imam Ismail Bin Yahya Al-Muzani (264 H), Ar-Rabi' al-Jizi dan Ar-Rabi' Bin Sulaiman al-Muradi(270 H).
Terdapat 4 kitab asal Syafie yang menjadi aliran utama ilmu2 Al-Syafie. Iaitu Kitab Al-Umm, Al-Imlak, Mukhtasar al-Buwaiti dan Mukhtasar al-Muzani.
4 kitab ini diringkaskan oleh Al-Imam al-Haramain al-Juwaini (450 H) lalu diberi nama ' AL-NIHAYAH'.
Kitab ini kemudian dringkaskan oleh Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali (505 H) yang mewrupakan anak murid Imam Haramain kpd 'AL-BASIT dan kemudian beliau meringkaskannya lagi kpd 'AL-WASIT' dan beliau ringkaskan lagi kpd 'AL-WAJIZ' dan kemudiannya kpd 'AL-KHULASAH'.
Kitab 'al-Wajiz oleh al-Ghazali tadi pula di syarah oleh As-Syeikh al-Imam Ar-Rafi'e lalu diberi nama 'FATH AL-'AZIZ' , Kemudian diringkaskan oleh Imam An-Nawawi kpd 'RAWDAH AL-TOLIBIN', dan kemudian diringkaskan pula oleh Ibn al-Muqri kpd 'AL-RAWD.
Kitab al-Wajiz tadi juga, pada masa yang sama diringkaskan juga oleh Al-Imam Ar-Rafie (Rafie meringkas dan mensyarah kitab al-Wajiz) lalu diberi nama 'AL-MUHARRAR' kemudian diringkaskan juga oleh An-Nawawi kpd MINHAJ AT-TOLIBIN, kemudian diringkas pula oleh Syeikh al-Islam Zakaria Al-Ansari kpd 'AL-MANHAJ' dan seterusnya diringkaskan lagi oleh Al-Jawhari kpd AL-NAHJ.
Demikianlah susur galur beberapa kitab utama Mazhab Syafie dan alirannya yang diambil drpd Imam Syafie, sohib al-Mazhab.
Sebagai ringkasan dan tambahan, berikut kitab2 utama mazhab Syafi'e yang sering menjadi tumpuan utama para ulama' setiap zaman.
1) Al-Umm, Imam Muhd Bin Idris al-Syafi'e
2) Al-Wajiz, Imam al-Ghazali
3) Fath al-'Aziz, Imam ar-Rafie
4) Al-Majmu', Imam An-Nawawi, serta semua kitab2 beliau.
5) Tuhfat al-Muhtaj, Imam Ibn Hajar al-Haitami
6) Nihayat al-Muhtaj, Imam Muhd Ar-Ramli ( di gelar Syafi'e Soghir)
7) Al-Hawi al-Kabir Syarh Mukhtasar Al-Muzani, Al-Imam al-Qadhi Muhd Bin Habib Al-Mawardi (450 H)
8) Tuhfat al-Tullab Bi Syarh Tahrir Tanqih al-Lubab, Syeikh al-Islam Abu Yahya Zakaria al-Ansari (926 H).
9) Mughni al-Muhtaj ila ma'rifat AlFaz al-Minhaj, Muhd bin Ahmad As-Syarbini al-Khatib (977H)
10) Al-Iqna', Muhd bin Ahmad As-Syarbini al-Khatib
11) Al-Muhazzab, Imam Ishak Ibrahim Bin 'Ali Al-Syirazi (476 H).
12) At-Tanbih, Imam Ishak Ibrahim Bin 'Ali Al-Syirazi (476 H).
13) Khoshiyah al-Bajuri 'ala syarh Ibn Qosim, Ibrahim Bin Muhd al-Bajuri (1277 H)
Satu perkara lagi yang wajib diketahui oleh pengikut mazhab Syafie adalah turutan para Ulama' Syaf'ieyyah apabila berlaku pertembungan di antara kitab muktamad mazhab Syafie iaitu Nihayatul Muhtaj dan Tuhfat al-Muhtaj. Turutan pegangan apabila pertembungan antara dua kitab tersebut (masalah yang tidak dpt ditarjihkan) adalah spt berikut :
1. Merujuk kepada pendapat Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari.(926 H)
2. kemudian Al-Khatib As-Syarbini (977 H)
3. Hasiyah az-Ziyadi
4. Hasiyah Ibn Qasim (918 H)
5. Hashiyah 'Amirah 'ala Syarh Jaluluddin, Shihabuddin Ahmad Al-Barlisi (957 H)
Demikianlah, turutan ulama' mutaakhirin dari mazhab Syafie. Ringkasnya, kitab Muktamad dalam Mazhab Syafie adalah Al-Majmu', Fath al-Aziz, Nihayatul Muhtaj dan Tuhfatul Muhtaj.

Mazhab Hanbali
Mazhab Hanbali, merupakan aliran yang paling sukar untuk mendpt kesatuan riwayat pendapat2 dari Imam mereka iaitu Imam Ahmad Bin Hanbal. Ini adlah krn Imam Ahmad amat tegas melarang anak2 muridnya dr menulis perkataannya. Justeru, sekiranya pembaca mengamati mazhab ini, akan didapati pendpt yang disandarkan kpd Imam Ahmad bercabang2 dan lebih dr satu pendapat dlm satu masalah. Bgmnpun penulis hanya akan menumpukan kpd kitab2 yang dianggap muktamad dlm mazhab dgn mengenepikan perbincangan mengenai kepelbagaian pendpt Ahmad tersebut.
Penulisan kitab pertama yang mengandungi fatwa2 Imam Ahmad ialah kitab Al-Jami' oleh Abu Bakar al-Hilal, demikian menurut Ibn Jawzi al-Hanbali di dlm Al-Manaqib (hlm 618), juga Ibn Qayyim al-Jawziah dalam A'lam al-Muwaqqi'ien (1/29).
Kemudian diperkemas pembukuan dgn digabungkan percanggahan, mentarjihkan pandangan dll ini dilakukan oleh anak murid Abu Bakar Hilal iaitu Abu Bakar Abd Aziz, kemudian usaha diteruskan oleh anak muridnya pula iaitu Abu Abdullah Al-Hasan Bin Hamid atau Ibn Hamid, dgn usahanya yang hebat lalu muncullah sebuah kitab yang diberi nama Al-Jam' fi al-Mazhab. Mencecah 400 juzu'!. Antara nama2 periwayat pendapat Imam Ahmad ini terdpt di dalam kitab Tabaqot al-Hanabilah oleh al-Qadhi Abu Husain Al-Farrak, pd bibliografi Abn Hamid no 638.
Ringkasnya kitab2 atau ulama muktamad di dalam mazhab Hanbali menurut turutan keutamaan adalah spt berikut (rujuk Syarh al-Zarkasyi ala Muhktasar al-Khiraqi, Muhd Bin Abdullah al-Zarkasyi al-Hanbali (772 H) hlm 29, cet Maktabah al-Ubaidat):
1. Al-Mughni oleh Abdullah Bin Ahmad Bin Quddamah al-Maqdisi (620 H)
2. Al-Muharrar oleh Abu al-Barakat al-Majd Ibn Taimiyah
3. al-Syarih
4. Al-Furu' oleh Ibn Mufleh
5. Al-Qawaid al-Fiqhiyyah oleh Ibn Rejab
6. Al-Wajiz oleh Al-Hussain ad-Dajili
7. Al-Ri'ayatain oleh Ibn Hamdan
8. An-Nuzum
9. Al-Khulasah
10. Syeikh al-Islam Taqiyuddin Abu al-Abbas Ibn Taimiyah al-Harrani
11. Tazkirah oleh Ibn 'Abdus
Mereka semua telah menyunting kalam para ulama' terdahulu serta meletakkan qawaid (kaedah2) bg mazhab.
Secara ringkasnya, berikut adalah kitab2 pegangan utama oleh ulama mutaakhir dlm mazhab Hanbali:
1. Al-Mughni syarh Muhktasar al-Hiraqi, Abdullah Bin Ahmad Bin Quddamah al-Maqdisi (620H)
2. Al-Muharraar fi Fiqh 'ala mazhab Al-Imam Ahmad, Abu Al-Barakat Al-Majd Abd Al-Salam B. Abdullah Ibn Taimiyah al-Harrani (652 H)
3. Al-Furu', Muhd Bin Mufleh, Ibn Mufleh (623 H)
4. Tashih al-Furu', Ala'uddin Sulaiman al-Maqdisi (855H)
5. Al-Ifsoh 'an Ma'ani as-Shihoh, Yahya Bin Muhd al-Hubairah(560 H)
6. A'lam al-Muwaqqi'ien, Muhd Bin Abu Bakar, Ibn Qayyim nal-Jawziyyah (751H)
7. Majmu' al-Fatawa, Abu Al-Abbas Taqiyuddin Ibn Taimiyah al-Harrani ( 728 H)
8. Kassyaf al-Qinaa' 'an Matn al-Iqna', Mansur Bin Yunus al-Bahuti (1051 H)
9. Manar as-Sabil fi syarh ad-Dalil, Ubrahim Bin Muhd Ibn Dhawyan.

Demikianlah serba sedikit nama2 kitab utama mazhab Hanbali. Ringkasnya, kitab muktamad Hanbali adalah al-Mughni dan al-Muharrar dan al-Furu'.

4) PENUTUP
Alhamdulillah, diharapkan penulisan ini dpt memberikan manfaat sedikit sebanyak kpd para pembaca bg mengharungi dunia ilmu feqh yang luas.
Sebg akhirnya para pembaca bolehlah merujuk kitab berikut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai istilah dan kitab setiap mazhab. Bg Mazhab Syaf'ie, telah pun diutarakan di bahagian atas tadi, maka di sini disertakan rujukan bg mazhab2 selain Syaf'ie :

Mazhab Hanafi
1. 'Aqud Rasm al-Mufti, Al-Allamah Muhd Amin Ibn 'Abidin ( 1252 H)
2. Muqaddimah kitab ' An-Nafi' al-Kabir Syarh al-Jami' al-Shoghir, Al-Allamah Abd Al-Hayy al-Laknowiyy (1304 H)
3. Al-Mazhab 'inda al-Hanafiah, Prof. Dr Muhd Ibrahim

Mazhab Maliki
1. Muqaddimah kitab ' Nur al-Basar Syarh al-Mukhtasar' dikenali sbg Ithaf al-Muqtani' bi al-Qalil Fi Syarh Muhktasar Khalil, Al-Allamah Ahmad Al-Hilali (1175 H)
2. Al-Mustolah al-Fiqhi fi al-Mazhab al-Maliki, Al-Allamah Muhd al-Fadil Bin 'Asyur.
3. Istilah fi al-Mazhab al-Maliki, Prof. Dr Muhd Ibrahim

Mazhab Hanbali
1. Sifat al-Fatwa wa al-Mustafti, al-Imam Ahmad Bin Hamdan (695 H)
2. Al-Insaf fi ma'rifat al-Rajih min al-Khilaf, Al-Allamah Alauddin Sulaiman al-Mardawi (885 H)
3. Al-Madkhal Ila Mazhab Al-Imam Ahmad Bin Hanbal, Al-Allamah Abd al-Qadir Ibn Badran (1346 H)
4. Mustalahat al-Fiqh al-Hanbali, Dr Salim Ali As-Thaqafi.

No comments:

Post a Comment