Monday, March 22, 2010

Amalan Yang Membolehkan Masuk Syurga dan Terjauh Dari Neraka By Pejinggahan blog Daripada Muaz bin Jabal r.a, berkata (kepada Rasulullah SAW): "Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam Syurga dan menjauhkan aku dari Neraka." Jawab Nabi SAW: "Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta’ala, iaitu: Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah." Kemudian Nabi bersabda lagi: "Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya?" Aku menjawab: "Mahu, ya Rasulullah." Sabda baginda: "Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad." Kemudian Nabi bersabda lagi: "Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini?" Aku menjawab: "Mahu, ya Rasulullah." Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata: " Awas, jaga ini (lidah) baik-baik." Aku bertanya: " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya? " Baginda lalu menjawab: "Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam Neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. " Posted in Ibadat | Ulasan/Respon anda »

No comments:

Post a Comment