Thursday, April 1, 2010

Hadis Nu'man bin Basyir r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit.(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #4685,Bab Sikap Kasih Sayang Dan Bantu Membantu Orang orang Yang Beriman)

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah! Apakah sedekah yang paling utama? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau bersedekah ketika engkau masih sihat dan harta tersebut masih disayangi, engkau bimbang menjadi fakir dan bercita-cita untuk menjadi kaya. Jangan kamu tangguhkannya hingga roh sampai di halkum. Dalam keadaan tersebut barulah engkau berkata: Berikannya kepada Si Polan ini dan Si Polan itu. Sememangnya itu adalah hak Si Polan.(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1713,Bab Menerangkan Bahawa Sedekah Yang Paling Utama Ialah Sedekah Orang Yang Masih Sihat Dan Masih Disayangi)

No comments:

Post a Comment