Tuesday, July 24, 2012

Batu Nisan 'keramat tujuh ' Berbentuk Bunga


Makam keramat tujuh yang ada di kelurahan kauman Kecamatan benua Kayong Ketapang, Kalimantan Barat

KALIMANTAN -  Bagi sebagian masyarakat Ketapang, makam keramat tujuh tentu sudah tidak asing lagi. Makan tersebut terletak di Kelurahan Mulya Kerta Kecamatan Benua Kayong, Kabupaten Ketapang, yang selalu ramai dikunjungi warga saat hari raya idul fitri ataupun hari-hari besar lainnya.

Saat berkunjung ke makam yang berada di tepi jalan tersebut, terlihat pintunya terkunci rapat. Pada sisi pagar tersebut tertera nomor telphon juru kunci atas nama Uti Mahyus, yang siap dipanggil kapanpun jika ingin masuk ke makam tersebut kapanpun saatnya.

Ketika memasuki perumahan makam, lantainya terlihat kotor, itu menandakan bahwa makam tersebut sudah lama tak dikunjungi masyarakat yang hendak berjiarah. Sedangkan pada dinding deknya juga terlihat sudah mulai rusak.

“Kalau puasa seperti ini memang sepi yang datang, kecuali hari raya idul fitri ramai orang-orang yang datang, bahkan bukan hanya umat muslim namun juga ada masyarakat dari agama lain, “ kata Mahyus sembari terus menyapu lantai.

Makam Keramat tujuh ini dulunya ditemukan secara tidak sengaja oleh warga, awal penemuan hanya tujuh buah, namun setelah dilakukan pencarian terdapat banyak makam di sekitar tersebut. Dari situlah kemudian makam tersebut disebut makam keramat tujuh.

Satu diantara batu nisan yang dapat diidentifikasi adalah tahun 1363 saka, atau 1441 masehi, nisan yang terbuat dari batu andesit tersebut berhuruf arab, dari batu nisan tersebut dapat dipastikan bahwa nisan makam tersebut adalah makam muslim.

“Yang dikebumikan tergolong orang yang terhormat, apakah itu ulama, penyebar agama, raja ataupun keturunan raja yang bermukim di Ketapang Tempoe Doeloe,” kata kepala dinas pariwisata pemuda dan olahraga Ketapang, Yudo Sudarto.

Yudo mengatakan, selain bertahun 363 saka, pada nisan yang lain diperkirakan usianya lebih tua dari 1441, di mana terdapat  nisan bergambarkan teratai yang melambangkan peradapan hindu. Adanya dua peradaban yang berbeda pada dua makam tersebut merupakan pesan menarik bagi para arkeolog. “Selain itu dua nisan lain tertulis tahun saka yang tidak jelas, tiga digit tahun tersebut dapat dibaca, sedangkan huruf keempat berhuruf bunga,” katanya.

Pembaziran di Bulan Ramadan





Fenomena pembaziran yang berlaku dan berleluasa pada setiap kali menyambut Ramadhan merupakan sesuatu yang amat menyedihkan. Sepatutnya bulan Ramadhan mendidik umat Islam berjimat cermat. Akan tetapi yang berlaku ialah sebaliknya apabila masyarakat sanggup berbelanja besar dengan beraneka juadah makanan ketika tibanya waktu untuk berbuka puasa.

Sesuatu yang amat menghairankan juga apabila melihat sesetengah orang yang ketika berpuasa kelihatan amat lesu dan tidak bermaya, namun apabila tiba sahaja waktu petang untuk membeli juadah, badan yang lesu tadi sudah menjadi cergas dan kuat. Lantas, pelbagai juadah dibeli sehingga melebihi keperluan yang sepatutnya. Mereka seolah-olahnya ingin meng'qada' sarapan pagi, makan tengahari, dan makan petang yang ditinggalkan ketika berpuasa, lalu berlakulah pembaziran yang banyak. Terdapat dalam kalangan masyarakat Islam yang menjadikan waktu berbuka tidak ubah seperti suasana ‘pesta makan’. Masyarakat seolah-olah berusaha untuk mengubah bulan puasa kepada 'bulan makan'! Sikap yang lebih pentingkan pesta menjamu selera pada bulan ini menyebabkan kesucian Ramadan sebagai bulan ibadat itu tidak dapat dihayati dengan sempurna.  

            Sebenarnya Islam tidak melarang umatnya untuk membeli makanan. Cuma Islam mengajar kita supaya berbelanja secara sederhana setiap masa, termasuk sewaktu berbuka puasa. Kita sebenarnya bukan 'hidup untuk makan', tetapi 'makan untuk hidup'. Apabila konsep 'hidup untuk makan' dijadikan pegangan, keadaan ini menyebabkan berlakunya kelalaian hingga melampaui batas berbelanja. Tidak cukup dengan juadah yang dimasak di rumah, dibeli lagi makanan di bazar Ramadan secara yang berlebihan.

Sesuatu yang perlu disedari bahawa tabiat pembaziran yang berlaku dalam bulan Ramadhan menyebabkan puasa yang dilakukan menjadi sia-sia kerana tidak mencapai ketakwaan sebagaimana yang diharapkan. Masyarakat Islam perlu sedar bahawa puasa adalah ibadat yang memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi, sahsiah dan akhlak  hingga mencapai tahap takwa kepada Allah. Antara ciri insan bertakwa ialah mereka yang berjaya mengawal nafsu makan. Sehubungan itu, umat Islam hendaklah menghindari amalan menjadikan Ramadan bulan untuk berpesta makan dan membeli-belah secara berlebihan.

Pembaziran merupakan satu sifat yang dilarang keras di dalam Islam. Justeru, Allah mengumpamakan orang yang membazir itu ibarat saudara kepada syaitan. Firman Allah bermaksud : “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya.” (Surah al-Isra', ayat 27). Sayyid Qutb di dalam tafsirnya 'Fi Zilal al-Quran' menjelaskan bahawa Ibnu Mas'ud dan Ibnu Abbas mentafsirkan pembaziran itu ialah berbelanja kepada tempat yang tidak wajar (secara yang tidak diharuskan oleh Allah). Oleh itu, berbelanja secara berlebihan juga merupakan suatu tindakan yang tidak wajar dan membazir.

            Rasulullah saw bersabda dalam hadisnya yang bermaksud: “Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah, katanya: Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi (bersedekah) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegahkan ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-ngadakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta.” (Hadis riwayat al-Bukhari ).

           Jelasnya, segala perbuatan yang menjurus kepada amalan pembaziran baik dalam apa bentuk sekalipun perlu dihindarkan. Tabiat merokok umpamanya merupakan salah satu pembaziran yang wajib ditinggalkan. Moga bulan Ramadhan tahun ini dapat mendidik jiwa perokok ke arah meninggalkan tabiat merokok agar pembaziran dapat dibasmi sama sekali

Gambar Batu Aneh Pemakan Manusia di New Zealand


 | Assalamualaikum (tak jawab dosa kekekeke). Hari aku nak tulis tentang satu cerita aneh lagi luar biasa yang berlaku di New Zealand. Tapi sebelum tu aku nak bernyanyi dulu lagu Batu Belah Batu Bertangkup yang letaknya di Klang tu. Boleh tak? Lantak aku la kan hehe. “Batu belah, batu bertangkup, tangkup la aku, telan la aku, aku kempunan….telur tembakul, tangkup la aku, telan la aku” Sambil nyanyi dan berlari, aku tinggalkan sedikit susu Dutch Ladykat celah-celah pokok supaya boleh Pekan boleh minum ekekeke. Aiyaaa merapu la aku ni. Gimik je tajuk entri kali ni tentang batu-batu di Moeraki Boulders di New Zealand yang boleh makan orang. Korang caya ke? Mesti korang tak sabar nak tahu betul ke tak? (Kan tadi aku dah cakap gimik je kan?) Takde la. Mana ada batu boleh makan manusia di New Zealand. Tapi batu pelik tu memang betul. Korang tengok la kat bawah ni gambar-gambar batu pelik di New Zealand ni, cantik je macam bola boling pulak aku tengok. Perincian tentang tempat ni ko leh baca kat bawah ni.P/S: Melihat alam ciptaan Allah kan dapat pahala insyaAllah, tapi kalau tengok gambar je dapat pahala tak? Yang penting niat dan kesannya kepada kita…Kalau dah bukti kekuasaan Allah duduk depan mata pun, tapi tak dapat menghadirkan keinsafan mahupun keimanan, tak guna juga kan.
They are called the Moeraki Boulders, strange orbs of stone near the New Zealand village that bears their name. The Moeraki Boulders, almost identical to the Ball Beach of Mendocino in California, are unusually large and spherical boulders lying along a stretch of Koekohe Beach on the wave cut Otago coast of New Zealand between Moeraki and Hampden. There are many theories about where the circular boulders come from, but the prevailing one is that they are volcanic and many millions of years old.