Tuesday, January 15, 2013

9 Golongan Manusia Yang Solat Tidak Diterima Allah


9 Golongan Manusia Yang Solat Tidak Diterima Allah | Solat merupakan tiang agama bagi seseorang mukmin. Ibarat sebuah rumah, jika tiada tiang yang kukuh maka akan roboh lah rumah itu. Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnyasolat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)


Solat lah walau dimana sahaja kamu berada
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “9 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan ‘riba’.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.
Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.
Wallahualam.

Gambar Sekitar Perhimpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 (Foto+Video)



Gambar Sekitar Perhimpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 | Seperti yang kita tahu, pada hari ini merupakan hari perhimpunan kebangkitan rakyat KL112 yang telah diadakan di Dataran Merdeka. Alhamdulillah perhimpunan pada kali ini berjaya dilaksanakan tanpa sebarang provokasi mahupun huru hara dari kedua-dua pihak sama ada dari peserta perhimpunan dan pihak berkuasa. Kedua-duanya memberikan kerjasama yang baik. Di sini KisahBest.My mahu berkongsi video dan gambar sekitar perhimpunan kebangkitan rakyat. Jom layan!
perhimpunan8
perhimpunan9
perhimpunan10
perhimpunan11
perhimpunan12
perhimpunan14
perhimpunan15
perhimpunan16
perhimpunan17
perhimpunan
perhimpunan1
perhimpunan2
perhimpunan3
perhimpunan4
perhimpunan5
perhimpunan6
perhimpunan7

Subhanallah! Pokok Kelapa Ada Lima Dahan Di Port Dickson


Subhanallah! Pokok Kelapa Ada Lima Dahan Di Port Dickson | Sesuatu yang agak unik kerana perkara seperti ini agak jarang terjadi. Sebatang pokok kelapa ditemui mempunyai lima dahan di kawasan Port Dickson. Biarpun ia sudah dianggap lama kerana saiz pokok yang sudah berusia, ia baru sahaja mendapat perhatian media. KisahBest.My difahamkan, pokok ini tidak ada perbezaan yang ketara dengan pokok-pokok yang lain kerana ia tetap masih berbuah dalam keadaan biasa.

kelapa
PORT DICKSON – Sesiapa yang melalui jalan Seremban Port Dickson di Batu 1 Jalan Pantai pasti akan menyedari deretan pokok kelapa yang ditanam bersebelahan dengan Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).
Namun, di antara deretan pokok kelapa itu, terdapat sebatang pokok kelapa yang mempunyai lima cabang dahan.
Nelayan, Maamin Judin, 71, berkata, dia yang sering berulang alik menggunakan laluan Port Dickson-Seremban dari rumahnya ke pengkalan nelayan di Batu 1 menyedari kelainan pada pokok berkenaan.
“Pokok kelapa ini memang lain daripada yang lain, namun diakui ia bukanlah sesuatu yang mustahil.
“Ini adalah kali pertama saya melihat pokok kelapa yang mempunyai cabang dahannya di mana kebiasaannya pokok kelapa tidak mempunyai dahan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Maamin berkata, semua lima cabang pokok kelapa ini mengeluarkan buah sama seperti pokok kelapa yang ditanam di situ.
“Ketinggian pokok kelapa ini juga tidak jauh beza pokok kelapa lain dan mungkin usia pokok kelapa ini sekitar lima hingga tujuh tahun,” katanya.

Kisah Penyesalan Si Tukang Kayu (Menarik!)


Kisah Penyesalan Si Tukang Kayu (Menarik!)  | Dalam mengerjakan sesuatu pekerjaan, ia hendaklah dilakukan dengan penuh kesungguhan biarpun apa yang dilakukan itu bukan milik kita. Sebagai contohpekerjaan tukang kayu yang kerjanya membuat rumah. Ia dikira satu amanah apabila majikan meminta kita menyiapkan sesuatu tugas. Maka cerita yang KisahBest.My ingin kongsikan bersama anda adalahtentang penyesalan si tukang kayu terhadap apa yang dia lakukan. Persoalannya, apa yang telah dilakukan oleh tukang kayu tersebut?

kayu
Di suatu masa, terdapat seorang tukang kayu yang semakin dimamah usia. Dia bercadang untuk bersara daripada kerjanya sebagai tukang kayu yang bertanggungjawab membuat rumah di sebuah syarikat pembinaan.
Dalam fikirannya lagi, dengan tenaga yang semakin kurang, dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tersayang. Tukang kayu ini tidak akan menerima lagi upah sekiranya beliau bersara. Tetapi, dia tetap dengan keputusannya. Lalu, tukang kayu itu memberitahu majikannya tentang hasratnya itu.
Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia merasa sedih dan memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya. Akan tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niat untuk bersara. Akhirnya, majikannya bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu, tetapi dengan satu syarat. Permintaan terakhir majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah buat kali terakhir.
Tukang kayu itu merasa gembira dan bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh majikannya. Tetapi, kegembiraannya untuk bersara mengatasi semangat dan kemahiran yang ditunjukkan semasa bekerja. Akibatnya, rumah yang dibina buat kali terakhir itu telah disiapkan dengan sambil lewa, tanpa penelitian khusus serta menggunakan kayu yang rendah kualitinya. Rumah itu berjaya disiapkan dalam jangkamasa yang singkat.
Apabila majikannya melihat rumah itu, dia mengambil kunci pintu utama rumah tersebut dan memberikannya kepada tukang kayu itu seraya berkata “Inilah hadiah persaraan daripada saya kepada kamu. Selamat bersara.”
Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-kata majikannya. Beliau tidak menyangka bahawa rumah yang dibinanya buat kali terakhir itu adalah rumah untuk kegunaannya sendiri. Alangkah menyesalnya dia keranamenyiapkan rumah itu secara tergesa-gesa dan jika dia tahu sebelum itu, dia akan membina rumah tersebut dengan penuh teliti dan menggunakan bahan yang bermutu tinggi.
Moral :
Senario ini mungkin pernah berlaku di dalam hidup kita seharian. Hidup ini boleh diibaratkan sebagai membina sebuah rumah untuk kegunaan dan kemudahan kita di masa hadapan. Kita pula sering mengambil mudah dengan kehidupan sekarang, kita merasa selesa kerana ibu bapa kita sentiasa berada di samping kita, memberi sokongan dan membantu kita. Tetapi, sedarkah kita apabila mereka tiada nanti, siapakah yang bertanggungjawab ke atas hidup kita? Tak lain tak bukan DIRI KITA SENDIRI. Belajarlah bertanggungjawab dan bijak merancang masa depan kita. Gunakan masa muda ini dengan belajar bersungguh-sungguh dengan cita-cita untuk menjadi seorang manusia berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara.

Kisah Berkat Di Sebalik Membaca Bismillah (Menarik!)


Kisah Berkat Di Sebalik Membaca Bismillah (Menarik!) | Memulakan sesuatu perbuatan dimulai dengan bismillah adalah lebih afdhal. Memulakan sesuatu dengan menyebut nama Allah. Adakah kita juga tergolong dalam orang-orang yang sentiasa mengucapkan bismillah dalam melakukan sesuatu pekerjaan? Jika ya alhamdulillah, jika tidak, mari kita mulakan pada hari ini juga. Sudah tentu kita sebagaihamba Allah sentiasa mengharapkan redha daripada Allah SWT. KisahBest.My mahu berkongsi dengan anda tentang keajaiban seorang isteri dalam mengamalkan kalimah ini.

bismillah_l3crop
“Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, “Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah.”
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : “Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.” Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, “Simpan duit ini.” Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan.” Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, “Bismillahirrahmanirrahiim.” Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya,ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.”

Subhanallah! Fenomena Ribut Pasir Di Pantai Barat Australia


Subhanallah! Fenomena Ribut Pasir Di Pantai Barat Australia | Ini bukan tsunami, tetapi fenomena ribut pasir yang telah melanda di Pantai Barat Australia. Berikutan dengan kejadian ini, terdapat jurugambar yang sempat merakamkan detik luar biasa ini. Biarpun ia tidak berbahaya seperti tsunami mahupun puting beliung, namun kehadirannya telah menakutkan penduduk di kawasan tersebut. Ini merupakan salah satu kejadian yang Allah SWT tunjukkan kepada kita.  Boleh lihat gambar di bawah ini.

 ributpasir1
Ribut debu yang melanda pantai barat Australia pada hari Rabu lepas telah menghasilkan satu fenomena “red wave”. Beberapa keping gambar telah diambil oleh nelayan kecil yang melauli kawasan tersebut dan menganggapnya satu fenomena aneh yang jarang-jarang sekali berlaku.
ributpasir2
ributpasir3
ributpasir4