Sunday, April 24, 2011

Hadis Pilihan

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a: Bahawa kaum Muslimin pada zaman Rasulullah s.a.w telah bertanya: Wahai Rasulullah, adakah kami dapat melihat Tuhan kami nanti pada Hari Kiamat? Rasulullah s.a.w bersabda: Ya! Adakah kamu merasa sukar untuk melihat matahari pada siang hari yang cerah, yang tidak ada awan? Adakah kamu merasa sukar untuk melihat bulan pada malam purnama yang cerah tanpa ada awan? Kaum Muslimin menjawab: Tidak, wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu tidak akan mengalami kesukaran dalam melihat Allah Taala pada Hari Kiamat sebagaimana kamu tidak mengalami kesukaran untuk melihat salah satu dari matahari dan bulan. Apabila berlaku Hari Kiamat, para penyeru iaitu para Malaikat mengumumkan: Setiap umat hendaklah mengikuti apa yang mereka sembah sewaktu di dunia. Maka tidak akan kekal seorangpun dari mereka yang menyembah selain dari Allah, iaitu berhala-berhala. Mereka akan dihumban ke dalam Neraka sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang dahulunya iaitu semasa di dunia menyembah Allah, orang-orang yang baik, orang-orang jahat dan saki-baki Ahli Kitab. Maka orang-orang Yahudi. dipanggil dan ditanya Kepada mereka: Apakah yang kamu sembah sewaktu di dunia? Mereka menjawab: Kami menyembah Uzair Ibnullah, lalu dikatakan kepada mereka: Kamu telah berdusta. Allah tidak pernah menjadikan walau seorangpun sebagai teman iaitu isteri atau anak. Maka mereka telah ditanya: Apa yang kamu inginkan? Mereka menjawab: Kami haus, wahai Tuhanku! Berilah kami minum. Lalu diisyaratkan kepada mereka: Tidakkah kamu inginkan air? Lalu mereka pun diiringi beramai-ramai ke Neraka, Neraka seolah-olah fatamorgana, sebahagiannya menghancurkan sebahagian yang lain. Mereka pun sama-sama terhumban ke dalam Neraka. Kemudian dipanggil pula orang-orang Nasrani lalu ditanya kepada mereka: Apakah yang kamu sembah semasa di dunia? Mereka menjawab: Kami menyembah Al-Masih anak Allah, lalu dikatakan kepada mereka: Kamu telah berdusta! Allah tidak pernah menjadikan walau seorang pun sebagai teman iaitu isteri atau anak. Maka mereka telah ditanya: Apakah yang kamu inginkan? Mereka menjawab: Kami haus wahai Tuhanku, berilah kami minum. Lalu ditunjukkan kepada mereka: Tidakkah kamu inginkan air? Lalu mereka diiringi ke Neraka Jahanam. Neraka seolah-olah fatamorgana, sebahagiannya menghancurkan sebahagian yang lain. Mereka pun sama-sama terhumban ke dalam Neraka, sehinggalah yang tinggal hanyalah orang-orang yang dahulunya menyembah Allah Taala, orang-orang baik dan orang-orang jahat. Maka Allah s.w.t, Tuhan sekalian alam datang kepada mereka dalam bentuk yang lebih rendah daripada bentuk yang mereka ketahui lalu berfirman: Apakah yang kamu tunggu? Setiap umat akan mengikuti apa yang dahulunya mereka sembah. Mereka berkata: Wahai Tuhan kami! Di dunia, kami memisahkan diri dari orang-orang yang menyusahkan kami iaitu untuk membantu penghidupan di dunia dan kami tidak mahu berkawan dengan mereka iaitu kerana mereka menyimpang dari jalan yang digariskan oleh agama. Allah berfirman lagi kepada mereka: Akulah Tuhan kamu! Mereka berkata: Kami mohon perlindungan daripada Allah kepada kamu, kami tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu pun untuk kali kedua atau ketiga sehingga sebahagian mereka hampir-hampir berubah iaitu kembali kepada kebenaran. Maka Allah berfirman: Apakah di antara kamu dan Allah terdapat tanda-tanda yang membuatkan kamu dapat mengenali-Nya? Mereka menjawab: Ya! Lalu disingkapkan keadaan yang menakutkan itu dan setiap orang yang hendak bersujud kepada Allah dengan keinginan mereka sendiri sudah pasti akan mendapat keizinan Allah sedangkan orang yang akan bersujud kerana takut atau untuk memperlihatkannya, maka Allah akan menyatukan belakangnya sehingga tidak boleh bersujud. Setiap kali hendak bersujud, dia hanya dapat membongkokkan pada tengkuknya. Kemudian apabila mereka mengangkat kepala, Allah telah pun berupa sebagaimana gambaran yang mereka lihat pertama kali tadi. Maka Allah pun berfirman: Akulah Tuhan kamu. Mereka menyahut: Engkau Tuhan Kami! Kemudian dibentangkan sebuah jambatan di atas Neraka Jahanam dan yang dibenarkan ketika itu hanyalah syafaat dari Rasul-rasul di mana mereka mengucapkan: Ya Allah, selamatkanlah, selamatkanlah. Kemudian ada yang bertanya Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah, apakah jambatan itu? Rasulullah s.a.w bersabda: Ianya merupakan lumpur yang licin. Padanya juga terdapat besi berkait dan besi berduri. Di Najd terdapat tumbuhan berduri yang disebut Saadan. Maka seperti itulah besi-besi berkait tersebut. Kepantasan orang-orang mukmin melintasi jambatan tersebut ada seperti kerlipan mata, seperti kilat, seperti angin, seperti burung dan seperti kuda atau unta yang berlari kencang. Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan: Selamat dan tidak mengalami apa-apa rintangan, selamat tetapi terpaksa menempuh banyak rintangan dan terkoyak serta yang terus terjerumus ke dalam Neraka Jahanam. Pada saat orang-orang mukmin telah bebas dari azab Neraka, maka demi zat yang menguasai diriku iaitu diri Rasulullah nescaya tidak ada orang yang begitu mengambil berat dalam mencari kebenaran, melebihi orang-orang mukmin yang mencari kebenaran daripada Allah demi kepentingan saudara-saudara mereka yang masih berada di Neraka. Mereka berkata: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya dulu mereka berpuasa bersama kami, mendirikan sembahyang dan mengerjakan Haji. Lalu Allah berfirman kepada mereka: Keluarkanlah orang-orang yang kamu kenal kerana wajah-wajah mereka diharamkan ke atas api Neraka. Maka ramai yang dapat dikeluarkan dari Neraka. Ada yang sudah terbakar hingga separuh betis dan lututnya. Orang-orang mukmin itu berkata: Wahai Tuhan kami, tidakkah ada lagi yang tertinggal di dalam Neraka setelah Engkau perintahkan untuk dikeluarkan. Allah berfirman: Kembalilah, siapa saja yang kamu temukan di hatinya ada kebaikan meskipun hanya seberat satu dinar, maka keluarkanlah. Jadi mereka dapat mengeluarkan ramai manusia. Lalu mereka berkata: Wahai Tuhan kami, Kami tidak tahu apakah masih ada di Neraka seseorang yang Engkau perintahkan untuk dikeluarkan. Allah berfirman: Kembalilah, sesiapa saja yang kamu temukan dihatinya ada kebaikan meskipun hanya seberat setengah dinar, maka keluarkanlah. Mereka dapat mengeluarkan ramai lagi manusia. Setelah itu mereka berkata: Wahai Tuhan kami, kami tidak tahu, apakah di sana masih ada seseorang yang Engkau perintahkan untuk dikeluarkan. Allah berfirman: Kembalilah, sesiapa saja yang kamu temukan di dalam hatinya terdapat kebaikan meskipun hanya seberat zarah, maka keluarkanlah. Bertambah ramai lagi yang dapat dikeluarkan. Kemudian mereka berkata: Wahai Tuhan kami, kami tidak tahu adakah di sana masih ada pemilik kebaikan. Sesungguhnya Abu Said Al-Khudriy berkata: Jika kamu tidak mempercayaiku mengenai Hadis ini, maka bacalah firman Allah ayat 40 surah An-Nisa' إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ وَإِنْ تَكُ حَسَنَةً يُضَاعِفْهَا وَيُؤْتِ مِنْ لَدُنْهُ أَجْرًا عَظِيمًا Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah dan jika ada kebaikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipat gandakannya serta memberikan dari sisiNya pahala yang besar. Allah s.w.t berfirman: Para Malaikat telah meminta syafaat, para nabi telah meminta syafaat dan orang-orang mukmin juga telah meminta syafaat. Yang tinggal hanyalah Zat Yang Maha Penyayang di antara semua yang penyayang. Lalu Allah merangkum dari Neraka dan mengeluarkan sekumpulan orang yang sama sekali tidak pernah melakukan kebaikan. Mereka telah menyedari. Kemudian mereka dilempar ke sebuah sungai di pintu Syurga, yang disebut Sungai Kehidupan. Seterusnya mereka keluar seperti tumbuhan kecil yang keluar selepas dari banjir. Bukankah kamu sering melihat tumbuhan kecil di celah-celah batu atau pohon, bahagian yang terkena sinaran matahari akan berwarna sedikit kekuningan dan hijau, sedangkan yang berada di bawah tempat teduh akan menjadi putih? Para sahabat mencelah: Seolah-olah engkau pernah menggembala di gurun. Rasulullah s.a.w terus bersabda: Lalu mereka keluar bagaikan mutiara. Di leher mereka ada kalong, sehingga para ahli Syurga dapat mengenali mereka: Mereka adalah orang-orang yang dibebaskan oleh Allah, yang dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga, tanpa amalan yang mereka kerjakan dan juga tanpa kebaikan yang mereka lakukan. Kemudian Allah berfirman: Masuklah kamu ke dalam Syurga, apa-apa yang kamu lihat, ianya adalah untuk kamu. Mereka berkata: Wahai Tuhan kami, Engkau telah berikan kepada kami pemberian yang belum pernah Engkau berikan kepada seorang pun di antara orang-orang di seluruh alam. Allah berfirman: Di sisiKu ada pemberian untuk kamu yang lebih baik daripada pemberian ini. Mereka berkata: Wahai Tuhan kami, apa lagi yang lebih baik daripada pemberian ini? Allah berfirman: RedhaKu, lalu Aku tidak memurkai kamu selepas ini buat selama-lamanya. (Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #269,Bab Mengetahui Bentuk Penglihatan

Sikap Negatip Dalam Menjalankan Tugas

Menangguh kerja

Selesaikan tugasan secepat mungkin dan elakkan menangguh kerja untuk tempoh lama kerana beban kerja semakin hari semakin bertambah.

Bergosip dan berpuak-puak

Sikap negatif ini tidak membawa faedah kerana membuang masa dan mengundang konflik sesama rakan sekerja.

Datang Lewat

Disiplin amat penting bagi menentukan hala tuju hidup,jika gagal mengawal disiplin untuk menepati waktu,anda mungkin menghadapi masalah disiplin yang kritikal.

Jangan Menolak Tugas

Sikap negatif enggan menerima tugas yang dirasakan susah atau tidak mahu bertugas di luar daerah perlu dielakkan.Jika asyik memilih tugas,impian untuk berjaya dalam kerjaya tinggal angan-angan.

Salah Guna Harta Syarikat

Jangan menggunakan harta syarikat seperti telefon,mesin fotokopi,melayari internet sewenang-wenangnya.Kita perlu amanah dan bertanggungjawab ketika bekerja.

Posted in Ibadat | Ulasan/Respon anda »

Wanita Pertama Menghuni Syurga

Rasulullah s.a.w pernah memberitahu puteri kesayangannya Fatimah, bahawa beliau bukanlah wanita pertama yang akan masuk ke syurga. Hal itu sangat membuatkan Fatimah berasa dukacita dan cemburu lalu beliau pun bertanya kepada Rasulullah apakah amalan wanita tersebut sehingga beliau layak untuk menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga. Rasulullah s.a.w memberitahu kepada puterinya itu supaya beliau pergi ke rumah wanita itu dan melihat sendiri amalan wanita tersebut.

Lalu, Fatimah pun bersiap-siap untuk pergi ke rumah wanita yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu. Pada kali pertama kedatangannya ke rumah wanita yang bernama Siti Muti’ah itu, Fatimah tidak dibenarkan masuk kerana suami wanita tersebut tiada di rumah dan beliau tidak mendapat keizinan daripada suaminya untuk membenarkan tetamu masuk.

Maka, Fatimah pulang kembali ke rumahnya dan akan datang semula ke rumah tersebut pada keesokan harinya. Pada hari berikutnya, Fatimah datang kembali dengan membawa dua orang puteranya, Hassan dan Hussin. Malang lagi menimpa Fatimah kerana Siti Muti’ah tidak membenarkan Fatimah masuk ke rumahnya kerana beliau hanya meminta izin dari suaminya supaya Fatimah seorang sahaja yang boleh masuk ke rumahnya manakala Hassan dan Hussin tidak boleh masuk tanpa kebenaran suaminya. Sekali lagi Fatimah pulang dengan perasaan hampa kerana tidak dapat melihat amalan wanita tersebut.

Pada hari yang ketiga barulah Fatimah diizinkan masuk ke dalam rumah Siti Muti’ah. Pada pandangan Fatimah setelah pertemuannya dengan Siti Muti’ah, tiada apa-apa yang istimewa pada wanita tersebut yang melayakkan beliau menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga. Sedang asyik Fatimah berbual dengan Siti Muti’ah, tiba-tiba Siti Muti’ah bangun dari duduknya dan segera bersiap-siap membuatkan Fatimah kehairanan. Rupa-rupanya wanita tersebut menyiapkan dirinya untuk menyambut kepulangan suaminya.

Sewaktu menyambut kepulangan suaminya, Siti Muti’ah menyediakan air dan menghidangkan sedikit makanan untuk suaminya. Beliau juga dilihat menyediakan sebuah tongkat yang akan digunakan oleh suaminya bagi menghukum Siti Muti’ah sekiranya didapati beliau melakukan kesalahan sepanjang pemergian suaminya. Siti Muti’ah juga memakai pakaian yang menarik untuk menghiburkan suaminya.

Setelah melihat adegan itu, Fatimah pulang dengan perasaan yang cukup kagum dan terharu dengan layanan yang sangat istimewa yang diberikan oleh Siti Muti’ah terhadap suaminya. Fatimah terus mendapatkan ayahandanya Rasulullah s.a.w dan menceritakan tentang peristiwa yang dilihatnya di rumah Siti Muti’ah. Dengan penuh rasa rendah diri, Fatimah memberitahu kepada Rasulullah bahawa sememangnya Siti Muti’ah sememangnya layak untuk menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga kerana ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada suaminya itu.

Posted in Ibadat | No Comments

Friday, April 8, 2011

Zikir selepas Solat Jumaat

Harga Sebuah Ilmu

by Zaini Sairi on Saturday, April 9, 2011 at 10:45am Pada suatu ketika dalam sebuah perjalanan, Imam Ghazali dan kafilahnya telah ditahan oleh segerombolan perompak. Kesemua harta milik Imam Ghazali dan kafilahnya telad dirampas. Dengan rendah hati, Imam Ghazali meminta kepada ketua perompak agar dipulangkan beg galas miliknya kerana dia amat menyayangi kitab-kitab tersebut. Lalu ketua perompak bertanya "Apakah yang terdapat dalam kitab-kitab ini?" Imam Ghazali menjawab "Ilmu", Ketua perompak bertanya lagi kepada Imam Ghazali " Adakah hilangnya kitab-kitab ini , bererti hilanglah ilmu?" Imam Ghazali berkata " Ya, kalau kitab ini hilang , bererti hilanglah ilmu. Oleh itu aku amat menyayangi kitab-kitabku ini." Ketua perompak merenung wajah Imam Ghazali, lalu berkata "Apakah harganya ilmu yang hanya berada di dalam kitab? " Kata-kata ketua perompak benar-benar membuatkan Imam Ghazali terkejut. Ia telah menyedarkan Imam Ghazali suatu perkara yang selama ini diabaikannya. Semenjak itu Imam Ghazali menghafal seluruh ilmu didalam kitab-kitab miliknya.

Wednesday, February 9, 2011

Keriangan Pantai Pajinggahan

Kepada semua pengunjung pantai Pajinggahan sama-samalah kita menjaga kebersihan agar Pantai Pajinggahan tetap indah dan menawan.

Tuesday, January 18, 2011

10 perkara sifat manusia yg di celah Allah by Zaini Sairi SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu: 1. Gelojoh ketika makan —————————- Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran. 2. Banyak bercakap ——————— Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia. 3. Suka marah-marah ———————– Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan. 4. Hasad dengki —————- Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: `Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim). 5. Kedekut & bakhil ——————— Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan. 6. Bermegah-megah ——————— Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan. 7. Cintakan dunia ——————- Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim). 8. Ego atau sombong ———————– Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar. 9. Ujub dan suka bangga diri ———————————- Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego. 10. Gemarkan pujian atau riak ———————————– Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan. * Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk dalam kategori melakukan dosa besar.
Hati-hati dgn riba jahiliah by Zaini Sairi Menurut definisi, riba jahiliah adalah sebarang manfaat atau kadar tambahan yang lebih daripada jumlah pinjaman pokok dikenakan ke atas peminjam akibat kegagalan membayar jumlah pinjaman yang ditetapkan di dalam tempoh dipersetujui. Hasil daripada kelewatan itu pemberi pinjaman memberikan kata dua iaitu melangsaikan hutang serta merta atau satu kadar bunga akan dikenakan bagi memanjangkan tempoh pembayaran semula. Kadar bunga itu boleh dianggap sebagai denda. Contoh semasa riba jahiliah yang boleh dilihat adalah: 1. Apabila pelanggan gagal membayar hutangnya kepada bank atau pemberi pinjam pada bulan tertentu seperti tiga bulan berturut-turut, pelanggan dikenakan denda atau penalti sebanyak tiga peratus dari jumlah hutang yang berbaki. 2. Apabila peminjam buku di perpustakaan gagal memulangkan buku pada waktunya, pihak perpustakaan mengenakan denda RM5 setiap hari yang lewat, ini juga satu bentuk riba. Justeru, jangan sesekali lewat memulangkan buku sehingga dikenakan denda riba. Undang-undang ini turut digunakan oleh hampir seluruh perpustakaan di seluruh dunia termasuk di pusat pengajian tinggi Islam yang nyata menunjukkan kurang peka di dalam hukum. 3. Bagi mereka yang dikenakan saman atas kesalahan meletak kenderaan di tempat yang salah, atau lain-lain kesalahan memandu, pihak pemandu diberikan nilai saman mengikut minggu. Contohnya, jika dibayar dalam tempoh 14 hari, nilai saman adalah RM15, jika melebihi 30 hari, nilai saman naik kepada RM40 dan seterusnya. Semua cara kiraan ini tergolong di dalam riba Al-Jahiliyyah. Disebabkan ini, mungkin akan ada pihak yang keliru dan mempersoalkan cara sesuai untuk mengelakkan peminjam melewatkan pembayaran dan pemulangan buku. Bagaimanapun, topik ini sudah dibincangkan panjang lebar oleh para ulama sedunia, dan pandangan yang sepakat oleh majoriti ulama sedunia adalah hukuman yang dikenakan bagi pesalah yang sengaja melewatkan pemulangan dan segala jenis hukuman tidak ditentukan dalam bentuk mata wang tetapi lain-lain bentuk. seperti didenda tidak boleh memasuki perpustakaan selama dua bulan, dirampas pasport, disenarai hitam dan sebagainya. Jika ia membabitkan denda dalam bentuk wang, terdapat beberapa ijtihad di kalangan ulama semasa yang akan disebutkan di bawah. Jadi, bagaimana pula konsep dalam perbankan Islam? Dalam konsep perbankan Islam, mereka turut mengenakan sejumlah wang sebagai ganti rugi atau denda. Jumlah ini sebenarnya dianggap sebagai bayaran kos rugi (ta’widh atau compensation) yang dihadapi oleh bank akibat pelanggan tidak membayar hutangnya kepada bank dalam waktu yang dijanjikan. Oleh itu, pembaca perlu membezakan bayaran ganti rugi yang dikenakan oleh bank Islam dengan penalti oleh bank konvensional. Ganti rugi yang dikenakan oleh bank Islam adalah terhasil daripada proses jual beli dengan bayaran ansuran yang dijanjikan pada waktunya. Manakala penalti bank konvensional adalah hasil daripada kontrak pinjaman semata-mata. Menurut sebahagian ulama seperti Syeikh Mustafa Az-Zarqa, Syeikh Muhammad Sadiq Ad-Dharir, Sheikh Abdullah Mani’, Majlis Penasihat Syariah Bank Islam Jordan dan Fatwa Persidangan dallah Al-Barakah, keharusan itu berdasarkan ‘Maslahat Mursalat’. Jadi, tindakan mengenakan ganti rugi itu adalah harus bagi menyekat orang ramai mempermainkan bank-bank Islam dengan sengaja tidak membayar atau melewatkan bayaran walaupun ketika mempunyai wang. Ia dinamakan ‘mumatil’ yang disebut oleh Rasulullah SAW yang bermaksud: "Penangguhan sengaja (daripada membayar hutang) oleh orang yang berkemampuan adalah satu kezaliman.” (Riwayat Al- Bukhari) Manakala, hadis sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasaie, Ibn Hibban pula menyatakan: “Bagi orang berkemampuan dan melewatkan hutang adalah zalim, halal ke atas mereka dihukum. Kedua-dua hadis itu menunjukkan haram hukumnya melewatkan pembayaran hutang bagi mereka yang ada kemampuan. Malah terdapat riwayat silam yang menunjukkan pemerintah Islam pernah mengurung individu sebegini sehinggalah ia membayar hutangnya. Ringkasnya, hukuman seperti disenarai hitamkan nama, dirampas pasportnya, dirampas hartanya dan dijual untuk menyelesaikan hutang adalah dibenarkan oleh Islam. Namun, untuk bertindak sedemikian dalam konteks semasa, sudah tentu ada di antaranya yang sesuai, manakala tidak sebahagian lainnya. Justeru itu, memandangkan lemahnya sifat amanah manusia untuk membayar hutang mereka dan bagi menyekat mudarat besar daripada berlaku kepada bank-bank Islam dan juga pemiutang, apabila bayaran ansuran yang dijanjikan tidak dilangsaikan pada waktunya, maka ta’widh (ganti rugi) akan dikenakan. Sebahagian ulama mengharuskan jumlah ganti rugi itu dibayar dalam bentuk wang, digunakan oleh bank dengan syarat ia adalah jumlah sebenar kerugian. Jadi, sebarang wang lebih daripada kerugian sebenar tidak boleh digunakan oleh bank-bank Islam. Manakala, sebahagian besar ulama lain berpendapat bahawa ta’widh yang dikenakan oleh bank-bank Islam ini (menurut majoriti ulama sedunia) adalah tidak boleh dimasukkan di dalam pendapatan bank Islam, malah mestilah diagihkan untuk tujuan kebajikan kepada orang miskin dan fakir saja. Bagi beberapa buah bank Islam, mereka lebih cenderung untuk menuruti keputusan majoriti ahli Majlis Kesatuan Fiqh Sedunia. Konsep yang digunakan adalah konsep sedekah duit (ta’widh) kepada fakir miskin adalah dibuat atas konsep ‘Iltizam at-tabarru’ yang disebut di dalam kitab fiqh mazhab Maliki. Sebagaimana, kata Imam Malik: “Dan perkara yang baik (ma’ruf) sesiapa yang mewajibkan (berjanji) untuk ditunaikan olehnya, wajib (lazim) untuknya menunaikannya. Ia bermakna semua pelanggan perlu memberikan komitmen jika mereka gagal memenuhi janji untuk membuat pembayaran hutangnya kepada bank dalam waktu yang dipersetujui, maka ia berjanji akan bersedekah dan melantik pihak bank untuk mengagihkannya. Bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa institusi perbankan Islam di Malaysia mengambil pandangan ulama yang lebih ringan, iaitu mereka tidak hadkan penggunaan wang ta’widh kepada fakir miskin saja. Justeru, sebahagian bank Islam mengambilnya dan digunakan untuk kegunaan mereka. Perkara ini mungkin disahkan harus oleh majlis penasihat Syariah masing-masing. Justeru, ia selesai dengan ijtihad Majlis Penasihat Syariah masing-masing. Di kebanyakan bank Islam, Jabatan Syariah dan Majlis Penasihat Syariah yang akan memantau. Malah keputusan majlis berkenaan juga mewajibkan akaun yang diasingkan bagi tujuan itu. Hasilnya, setiap jumlah yang terkumpul daripada ta’widh akan terus masuk ke akaun khas seperti bagi tujuan sumbangan sebagai contohnya. Ia pula tidak boleh disalurkan kepada sumbangan kecuali selepas disahkan layak oleh majlis penasihat Syariah. Ini bagi mengelakkan berlakunya pilih kasih dan kronisme dalam pembahagian. Kesimpulannya, isu ini dibawa ke persidangan ilmuan Syariah di peringkat Malaysia khususnya Bank Negara Malaysia. Hasilnya keputusannya menyebut, bagi menyekat kecuaian sengaja itu, maka diharuskan mengenakan denda ta’widh dengan syarat ia adalah kerugian sebenar yang ditanggung oleh pembiaya. Penentuan kadar rugi ini akan ditentukan oleh Bank Negara Malaysia. Selain itu kadarnya adalah satu peratus saja dan ia tidak bersifat gabungan. Dan jauh lebih rendah berbanding kadar denda yang dikenakan oleh bank konvensional. Pembaca perlu faham bahawa penalti yang dikenakan oleh bank konvensional adalah gabungan iaitu penalti itu akan dimasukkan ke dalam jumlah pinjaman dan jika penalti dikenakan lagi, maka peratusan penalti akan disandarkan kepada jumlah pinjaman asal yang ditambahkan dengan penalti. Ia amat pedih dan perit serta zalim dan menindas.
Juha memegang janji by Zaini Sairi on Friday, December 31, 2010 at 1:21pm Pada suatu hari aku(si Juha) telah bertelagah dengan isteriku tentang giliran untuk mengikat serta memberi makan kepada keldai kepunyaan kami di kandang. Akhirnya kami mengambil keputusan siapa yang mula bercakap selepas ini, maka dialah yang mesti pergi ke kandang untuk mengikat serta memberi makan keldai. Maka aku dan isteriku terus duduk di dalam rumah, masing-masing mendiamkan diri tidak mahu bercakap. Setelah lebih kurang sejam lamanya isteriku pun menjadi bosan, lalu dia terus keluar dari rumah pergi ke salah sebuah rumah jiranku, jadi tinggallah aku sendirian. Tidak lama kemudian aku terdengar satu suara seakan-akan ada perompak masuk ke dalam rumahku. Maka aku pun nak melaungkan suara untuk meminta tolong, tiba-tiba aku teringatkan perjanjian dengan isteriku tadi, terus aku tak jadi nak menjerit. Aku pun terus duduk dan langsung tidak bergerak-gerak. Perompak tersebut terus masuk ke dalam bilikku, mulalah dia menggeledah sana sini, sebelum itu dia terpandang ke arahku dan dia menyangkakan bahawa aku diserang penyakit lumpuh sebab langsung tidak bergerak-gerak. Lalu terus dia mengambil apa yang boleh diambilnya, apa saja yang dapat dicapai oleh tangannya dia memasukkan ke dalam karung yang dibawa. Kemudian sebelum perompak itu meninggalkan rumahku dia datang menghampiri aku lalu mengambil serban yang ada di kepalaku dan kemudian dia terus lari menghilangkan diri. Aku langsung tidak bergerak-gerak ataupun berkata apa-apa sebab berpegang pada janji aku dengan isteriku. Tidak lama selepas itu datang seorang anak jiran rumahku kerana isteriku telah menyuruhnya agar membawakan untukku semangkuk bubur supaya aku tidak mati kelaparan. Aku pun memberi isyarat kepada anak jiranku itu bahawa serbanku dan seluruh perkakas rumahku telah dicuri perompak. Bila dia melihat aku memberi isyarat sedemikian, disangkanya aku berkata: “Tuangkanlah bubur itu ke atas kepalaku!” Habis basah kuyup aku dibuatnya. Tiba-tiba si budak tadi terus faham dengan apa yang telah aku isyaratkan kepadanya, tanpa berlengah terus dia berlari serta memanggil-manggil isteriku. Isteriku terus datang untuk melihat apa yang telah berlaku... bila dia terlihat terus dia berkata kepadaku dalam keadaan terperanjat serta marah: “Apa yang telah berlaku ke atasmu wahai Juha... suamiku?” Aku pun terus melompat bangun dari tempatku dan kukatakan kepadanya: “Ha!... kamu yang mula bercakap, jadi kamulah yang kena pergi ke kandang untuk mengikat dan memberi makan si keldai tu nampaknya, cepatlah pergi...! dan janganlah kamu berdegil lagi!”
Ahli Syurga,ahli Neraka by Zaini Sairi on Tuesday, January 11, 2011 at 4:29pm SIAPA mahu jadi calon neraka? Tiada siapa mahu. Soalnya, betul ke kita tidak mahu nak jadi calon neraka? Cuba teliti fenomena semasa yang melanda masyarakat kita. Pelbagai gejala negatif terjadi seperti buang bayi, rogol, samun dan derhaka kepada ibu bapa yang menjadi sajian media saban hari. Aduh..! banyaknya yang tidak kena dengan manusia sekarang. Inilah yang dimaksudkan manusia seakan-akan menempah tiket ke neraka dengan melakukan perbuatan keji yang bukan saja bertentangan adat norma masyarakat, malah sangat dikutuk Allah. Segala peringatan Allah dan wasiat Rasulullah saw dipinggirkan begitu saja. Inilah kesannya apabila manusia tidak mengendahkan ajaran agama maka akan berlaku cara hidup yang bertentangan dengan ajaran Islam. Siapakah dia calon neraka itu? Jawabnya sudah tentu manusia yang melanggar perintah Allah dan ingkar dengan suruhan-Nya. Pertama ialah orang yang sombong atau takbur. Inilah sifat yang seharusnya dijauhi setiap mukmin agar terselamat daripada seksa Allah di akhirat kelak. Rasulullah ada berpesan: “Tidak masuk syurga orang yang terdapat di hatinya sebesar zarah perasaan takbur.’ (Hadis riwayat Muslim). Begitu juga Allah menegaskan: “Pada hari kiamat kamu lihat orang-orang yang berdusta terhadap ayat-ayat Allah, muka mereka hitam warnanya. Bukankah dalam neraka tempat tinggal orang- orang yang sombong.” (Surah Az-Zumar ayat 60). Ketahuilah dan kita kena insaf punca berlakunya sesuatu gejala negatif bermula dengan timbulnya perasaan sombong yang menguasai diri seseorang. Ciri ahli neraka yang kedua ialah orang yang meninggalkan solat fardu. Solat sebagaimana yang kita ketahui adalah tiang agama dan lambang keimanan dan kedudukan sebagai seorang mukmin yang taat kepada Allah. Firman Allah dalam Surah Al-Muddaththir ayat 42-43: “Apakah sebabnya masuk neraka? Sahut mereka itu: Kami tidak mengerjakan sembahyang.” Begitu juga dalam Surah Al-Ma’un ayat 4-6 Allah memberi amaran berikut: “Maka celakalah orang- orang yang mengerjakan sembahyang iaitu orang- orang yang melalaikan sembahyangnya.” Bukan setakat itu, Allah juga akan mengazab hamba- Nya yang menunaikan solat, tetapi tidak khusyuk. Ini bermakna solat yang kita dirikan mesti dalam piawaian standard kualiti yang bermutu tinggi. Jangan ingat apabila kita sudah melakukan solat maka solat itu terus diterima Allah. Allah akan perhatikan kedudukan hati kita semasa menunaikan solat itu. Seandainya kita terawang-awang memikirkan hal dunia semasa bersolat, bermakna kita lalai dan tidak khusyuk. Allah berfirman: “Sesungguhnya telah berjaya orang- orang yang beriman, orang- orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah Al-Mukminun ayat 1-2). Inilah satu jaminan Allah kepada kita dan prasyarat diterima solat kita. Jadi, jangan sekali-kali tinggalkan solat dan apabila mendirikan solat pula, jangan sekali-kali lalai dan tidak khusyuk. Siapa lagi calon neraka? Manusia yang derhaka terhadap ibu bapanya antara golongan terlaknat dan pasti akan menerima balasan azab maha pedih di neraka kelak. Dalam hal ini Rasulullah meninggalkan pesan kepada kita: “Jauhkan dirimu daripada menderhakai kedua-dua ibu bapamu, kerana sesungguhnya syurga itu mempunyai bau yang jaraknya seribu tahun dan tidak dapat mencium baunya orang yang derhaka kepada ibu bapanya. Yang lain ialah orang yang memutuskan hubungan silaturahim, orang tua yang berzina dan orang yang melabuhkan pakaiannya kerana kesombongan. (Hadis riwayat Ad-Dailami). Oleh itu, dapatlah dikatakan memelihara dan menjaga ibu bapa dengan baik seolah-olah seseorang hamba itu sedang menguak pintu rahmat dan menanti sambutan meriah ke syurga kelak. Selain itu, Allah juga akan mendatangkan azab neraka kepada sesiapa yang berbuat zalim semasa hidupnya. Waspadalah! Maksud zalim di sini ialah melakukan kezaliman terhadap sesama manusia mahupun terhadap makhluk Allah yang lain. Juga Allah mengancam akan membenamkan pemimpin yang melakukan kezaliman kepada rakyat yang diperintahnya. Allah menegaskan dalam surah Maryam ayat 72: “Kemudian Kami selamatkan orang-orang bertakwa dan Kami biarkan orang-orang zalim dalam neraka dengan berlutut.” Allah menekankan lagi dalam Surah Asy-Syu’ara ayat 42 bermaksud: “Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanya terhadap orang- orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela menceroboh di muka bumi dengan tidak ada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang yang beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” Manakala kepada pemimpin, Rasulullah ada mengatakan yang berikut: “Sesiapa saja pemimpin yang curang (zalim) terhadap rakyat, maka akan masuk neraka.” (Hadis riwayat At-Tabrani). Justeru, berwaspadalah dan ingatlah akan amaran Allah agar kita tidak termasuk dalam kategori manusia yang zalim. Jika mahu disusun kategori sifat manusia yang bakal menepati calon neraka memang banyak. Cukuplah setakat yang dibincangkan di sini sebagai pedoman kita agar diri kita menjadi insan yang tebal iman dan kukuh takwanya. Insya-Allah, iman dan takwa sajalah bekalan kita di hadapan Allah nanti.

Tuesday, October 26, 2010

Thursday, October 7, 2010

Bidadari Dunia
Wahai, para suami, istri yang menemani kita sesungguhnya adalah bidadari yang diturunkan untuk menjadi pendamping kita di dunia. Ia juga yang kelak menemani kita saat menikmati kebahagiaan surga di akhirat. Mari, kita kenali sifat-sifat istri yang memesona ini. Imam Ath-Thabrany mengisahkan sebuah hadis dari Ummu Salamah. "Wahai, Rasulullah, jelaskanlah kepadaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli?" Beliau menjawab, "Bidadari yang kulitnya putih, matanya jeli dan lebar, serta rambutnya berkilau seperti sayap burung nasar." "Lalu, bagaimana tentang firman Allah, 'Laksana mutiara yang tersimpan baik'." (QS Alwaqi'ah [56]: 23). Jawabnya, "Kebeningannya seperti mutiara di kedalaman lautan yang tidak pernah tersentuh tangan manusia." "Jelaskan lagi kepadaku firman Allah, 'Di dalam surga-surga itu, ada bidadari-bidadari yang baik-baik dan lagi cantik-cantik'." (QS Arrahman [55]: 70). Beliau menjawab, "Akhlaknya baik dan wajahnya cantik jelita." Saya berkata lagi, "Jelaskanlah firman Allah, 'Seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik'." (QS Ashshaffat [37]: 49). Beliau menjawab, "Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada di bagian dalam telur dan terlindung kulit telur bagian luar." "Manakah yang lebih utama, wanita dunia atau bidadari yang bermata jeli?" Rasulullah berkata, "Wanita-wanita dunia lebih utama dari bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak dengan apa yang tak tampak." "Karena apa wanita dunia lebih utama dari mereka?" Beliau menjawab, "Karena, shalat, puasa, dan ibadah mereka. Sehingga, Allah meletakkan cahaya di wajah mereka. Tubuh mereka seperti kain sutra, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara, dan sisirnya terbuat dari emas." Sungguh indah gambaran Nabi SAW tentang bidadari. Namun, lebih indah lagi penjelasannya tentang wanita di dunia yang taat kepada Allah. Hanya ada dua syarat untuk menjadi wanita mulia seperti itu. Pertama, taat kepada Allah dan rasul-Nya. kedua, taat kepada suami.

Jatuh Cinta

Allahu Rabbi aku minta izin

Bila suatu saat aku jatuh cinta

Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang Hingga membuat lalai akan adanya Engkau Allahu Rabbi Aku punya pinta Bila suatu saat aku jatuh cinta Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas Biar rasaku pada-Mu tetap utuh Allahu Rabbi Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan kasih-Mu dan membuatku semakin mengagumi-Mu Allahu Rabbi Bila suatu saat aku jatuh hati Pertemukanlah kami Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu Allahu Rabbi Pintaku terakhir adalah seandainya kujatuh hati Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku Anugerahkanlah aku cinta-Mu... Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu Amiin.
By Zaini Sairi
Ainna Zulaikha Yusuf " WANITA IDAMAN " Wanita idaman lelaki ialah , yang hatinya disalut taqwa kepada Allah , yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam , yang sentiasa haus dengan ilmu , yang sentiasa dahaga akan pahala , yang solatnya maruah dirinya , yang tidak pernah takut untuk berkata benar , yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu , yang sentiasa bersama kumpulan orang orang berjuang di jalan Allah . Wanita idaman lelaki ialah , yang menjaga tutur katanya , yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya , yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang , yang mempunyai ramai kawan , dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang . Wanita idaman lelaki ialah , wanita yang menghormati ibunya , yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga , yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga , yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami islam , yang mengamalkan hidup penuh sederhana , kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat . Wanita idaman lelaki ialah , yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan , yang hidup dibawah naungan al quran dan mencontohi sahabiyyat , yang boleh diajak berbincang dan berbicara , yang menjaga matanya dari berbelanja , yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya . Wanita idaman lelaki ialah , tidak pernah membazirkan masa, matanya kepenatan kerana penat membaca , suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir , tidurnya lena dengan cahaya keimanan , bangunnya subuh penuh keceriaan , karena sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan , Wanita idaman lelaki ialah , yang sentiasa mengingati mati , yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat , yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga , agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik , meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian . Wanita idaman lelaki ialah , yang tidak terpesona dengan buaian dunia , karena dia mengimpikan syurga , di situlah rumah idamannya , dialah WANITA IDAMAN LELAKI . " Jika ada lagi WANITA sebegini..alhamdulillah….alangkah beruntung siapa yg dapat memiliki hatinya.. "

Monday, August 30, 2010

Apa Maksud Syaitan Diikat? 31 August 2010 09:00am Oleh ZAINI BIN SAIRI PEJINGGAHAN Ramadan tiba lagi yang mempunyai pelbagai kelebihan di mana antara kelebihan tersebut al-Quran diturunkan seperti nas (al-Baqarah: 185) yang bermaksud: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.Ibn al-Jauzi berkata: Ada tiga pendapat: Diturunkan sekali gus, iaitu pada malam Qadar ke Bait al-'Izzah dari langit dunia seperti kata Ibn Abbas. Diturunkan al-Quran dengan kefarduan puasa seperti riwayat daripada Mujahid dan al-Dahhaq. Permulaan al-Quran dengan turunnya kepada Nabi Muhammad SAW pada bulan Ramadan seperti pendapat Ibn Ishak dan Abu Sulaiman al-Dimasyqi. Berkenaan dengan hadis syaitan ditambat, penerangannya seperti berikut:Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Apabila menjelmanya Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fath al-Bari 4/132 tidak menyebut sebarang komentar ketika dikemukakan hadis ini.Dalam Faidh al-Bari 'ala Sahih al-Bukhari oleh Sheikh Anwar al-Kashmiri 3/327 menyebut: Di sisi riwayat Tirmidzi iaitu yang dirantai ialah jin yang ganas. Justeru, tidak lazim bahawa dirantai keseluruhannya.Begitu juga sebab berlakunya maksiat bukan hanya terbatas dengan godaan syaitan semata-mata, tetapi di sana ada sebab yang lain seperti pengaruh hawa nafsu yang juga antara sebesar-besar musuh manusia. Apa yang dapat diperhatikan sedikitnya maksiat dan banyaknya ketaatan dilakukan pada bulan Ramadan ini tanpa syak.Dengan sebab itu, Saidina Uthman r.a memberi nilai tambah daripada segi amalan dua kali ganda berbanding bulan lain. Lihat juga penjelasan yang dikemukakan oleh al-Tahawi.Ibn Hajar al-Haitami dalam Ittihafu Ahlu al-Islam bi Khususiyat al-Siyam menyebut: "Diambil daripada hadis ini bahawa pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup mengikut hakikatnya. Ini untuk menggambarkan kepada malaikat dan lainnya berkenaan bulan Ramadan dan pahalanya".Ikatan dan belenggu syaitan pula termasuk hakikat demikian pada kebanyakan masa atau secara majaz kinayah daripada menahan perbuatan jahat dan tipu daya kepada manusia. Hal ini ada kebenarannya.Dalam Ahkam al-Siyam, oleh Dr. Muhammad Uqlah menyebut: "Iaitu maksud tambatan atau ikatan ialah kurang godaan dan menyakiti mereka".Semoga kita mengambil semangat Ramadan ini yang memberi 1,001 macam kebaikan untuk menambahkan lagi amalan ketaatan sehingga kita mendapat rahmat, keampunan dan dimerdekakan daripada api neraka Allah SWT. Amin.

Saturday, August 28, 2010

Babi SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP. SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK ****> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )> 3. Ajinomoto ( Thailand )> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand> 7. Sabun FAB berbuku> 8. Lobak Jeruk> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)> 10. Krim Muka Hazeline SnowSENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT ****, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina> 3. Daging Burger Import> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina> 5. Kasut Bola Jenis ‘ Gold Cup’> 6. Berus Gigi Jenis ‘ Reach’> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam> 8. Semua sabun mandi yang diimport> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam> 11. Have Pearl Cream> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina> 14.. Beehon Segera Siam> 16. Sabun Mandi Yang BerminyakSENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK **** DAN BINATANG TIDAK HALAL )> 1. Bosset Wine Gum> 2. Dairy Milk Coklat> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum> 4. Sugus Strawberry> 5. Passer Doily Mixture> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint> 7. Scothes Vikmin> 8. Share Extra Atrenght> 9. Black Current Jelly> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges> 11. Valvis Gelatin> 12. Sarung Kapsul Ubat> 13. Ais Krim dalam bekas plastik> 14. Gula-gula Fruities> 15 Cake Mets Vilber Punch> 16 Coklat Cake> 17 Tepung Kastard Lady’s Choice> 18 Semua jenis Jelly> 19 Semua jenis gincu bibir> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo> 21 Lady’s Choice Jelly > SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA. Confirm – Pringles Potato Chips – tidak HALAL !! AMARAN OLEH KERAJAAN M’SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!

Wednesday, August 25, 2010

Bahayanya,,, kesan dari korupsi,,,
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
Disini saya ingin mengingatkan kepada semua kaum muslimin muslimat, penduduk kg Pejinggahan khasnya dan seluruh bangsa Indonesia bahwah, kuropsi itu amatlah berbahaya dan haram disisi agama. oleh yang demikian kita sama-sama mencegah dan memerangi gejalah kuropsi yang semakin merajalela di kg pejinggahan khususnya.
saya sangat sedih apabila mendengar berita melalui akbar dan juga cerita dari orang yang memang melihat atau mengetahui secara langsung, bahkan saya sendiri terasa terkilan. dan lebih menyedihkan lagi apabila saya dapat tau bahwa orang tua saya yang ketika itu terlantar sakit didaftarkan sebagai pekerja proyek LAPTER.
kemudian mereka mengaut keuntungan wang dari pendaftaran tersebut. bahkan banyak lagi nama-nama yang didaftarkan, inilah satu-satunya sifat kuropsi yang melanda penduduk bawean. mana bisa mempunyai negri maju kalau penduduknya masih mengamalkan sifat kuropsi???..
saya mengharap hentikanlah KUROPSI dan kembalilah kejalan yang diredhoi Allah semuga dan mudah-mudahan dengan tampa kuropsi ini Pulau Bawean bisa maju dan rakyatnya tidak bertaburan disanasini .,
by Zaini pejinggahan.

Sunday, August 22, 2010

Malam Lailatul Qadar Published by Pejinggahan.com
Banyak riwayat penjelasan mengenai malam mulia ini sbgbr saya sebutkan beberapa riwayat :Malam lailatulqadar adalah malam 27 ramadhan, yg mana keesokan harinya matahari terbit namun tidak bersinar(tertutup awan tipis). (Shahih Muslim hadits no.762). Malam lailatulgadar adalah 7 malam terakhir di bulan ramadhan (Shahih Muslim hadits no.1165). malam lailatulqadar adalah sepuluh hari terakhir di malam ganjilnya (Shahih Muslim hadits no.1165) dan masih banyak lagi riwayat lainnya yg menyifatkan malam mulia ini, siapapun Ummat Muhammad saw bisa mendapatkannya, namun kembali kepada diri mereka sendiri maukah mereka mendapatkannya dengan banyak berdzikir di malam hari, mneinggalkan televisinya dan kesibukan dunianya di malam malam mulia itu. Sumber Majelis Rasulullah Habib Munzir Al Musawwa Mengenai malam lailatulqadr, itu tidak bisa dipastikan kapan munculnya, perlu saya jelaskan bahwa Lailatulqadr adalah salah satu malam dibulan Ramadhan yg sangat mulia, beda dari malam malam lainnya.jadi bila kita beribadah setiap malam saja niscaya dapatlah salah satunya adalah lailatulqadr,Lailatulqadr itu adalah kemuliaan sejak terbenamnya matahari hingga terbitnya fajar. sebagaimana Firman Nya “KESEJAHTERAAN PADANYA (malam itu) HINGGA TERBITNYA FAJAR”. (QS Al Qadr).jadi bukan suatu saat tertentu, tapi suatu malam tertentu, maka siapa saja yg beribadah di malam itu dihitung ibadah 1000 bulan.maka untuk memastikan kita mendapat lailatulqadr maka kita beribadah setiap malam, misalnya tarawih, tambah istighfar misalnya 1000X, atau alqur’an, maka pastilah salah satunya mengenai malam lailatulqqadr. namun di malam lailatulqadr itu ada yg disebut SA’ATUL IJAABAH, suatu saat yg cuma beberapa detik saja, yg barangsiapa berdoa saat itu pastilah dikabulkan Allah swt, saat2 mulia itu ada juga di setiap hari jumat, sebagaimana diriwayatkan dalam Shahih Bukhari. siapapun bisa mendapatkan kemuliaan Lailatulqadr, namun tentunya Ummat Muhammad saw yg rajin beribadah di malam ramadhan. Sumber Majelis Rasulullah Habib Munzir Al Musawwa Sabda Rasulullah saw : temuilah Lailatulqadr pada sepuluh malam terakhir di bulan ramadhan” (Shahih Bukhari)maka ada riwayat yg menyebut malam ganjil, dan ada yg tidak menyebut malam ganjil, dan kedua riwayat itu kesemuanya shahih, dan teriwayatkan pada shahih Bukhari . Sumber Majelis Rasulullah Habib Munzir Al MusawwaMengenai lailatulqadar diberikan untuk seluruh ummat beliau saw, mereka yg ibadah di malam itu maka dikalikan pahalanya seakan melakukannya setiap malam selama 1000 bulan, misalnya kita tarawih dimalam itu 23 rakaat, maka dihitung pahala shalat malam selama tiap malam selama 1000 bulan, maka beruntunglah yg banyak beribadah dimalam itu, maka semua ummat mendapatkannya, namun tergantung sedikit banyaknya mereka ibadah di malam itu. Sumber Majelis Rasulullah Habib Munzir Al MusawwaLailatul Qadar adalah sepanjang malam sejak terbenamnya matahari di malam itu hingga terbitnya fajar, sebagaimana firman Allah swt pada surat Alqadr : “Kesejahteraan dimalam itu hingga terbitnya fajar” (QS Al Qadr)maka siapa saja yg beribadah dimalam itu maka ia mendapat pahala ibadahnya 1000 bulan, misal ia shalat tarawih dimalam itu maka ia mendapat pahala tarawih tiap malam selama 1000 bulan, mereka yg tobat pada Allah di malam itu maka ia mendapat pahala tobat setiap malam selama 1000 bulan, Sumber Majelis Rasulullah Habib Munzir Al Musawwa Dikirim dalam Ramadhan Label: , , , , , , , , , , , , , ,

Tuesday, August 17, 2010

10 Sikap Buruk Manusia Yang Dicela Allah by Zaini Sairi SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu: 1. Gelojoh ketika makan —————————- Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran. 2. Banyak bercakap ——————— Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia. 3. Suka marah-marah ———————– Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan. 4. Hasad dengki —————- Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: `Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim). 5. Kedekut & bakhil ——————— Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan. 6. Bermegah-megah ——————— Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan. 7. Cintakan dunia ——————- Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim). 8. Ego atau sombong ———————– Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar. 9. Ujub dan suka bangga diri ———————————- Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego. 10. Gemarkan pujian atau riak ———————————– Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan. * Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk dalam kategori melakukan dosa besar.

Wednesday, July 21, 2010

TAJUK: Mari Berdemonstrasi Hari-Hari Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik. “Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.” Saya mengangguk-angguk kepala sahaja. “Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.” Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar. “Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.” Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.” “Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.” “Kenapa Pak Cik?” “Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.” “Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual. “Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.” “Winston from America?” bisik saya perlahan. Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk. “Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan. “Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya. “Apa dia?” “Solat Subuh berjemaah.” “Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam. “Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.” “Kita mesti sanggup memikul senjata.” “Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.” “Saya tak faham.” “Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.” “Apa yang menyakitkan mereka?” “Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.” “Jadi?” “Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.” Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman. “Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?” “Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!” “Awak sindir saya?” “Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.” “Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!” Lagi-lagi ke situ fikirnya. “Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.” “Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?” “Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?” “Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.” “Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.” “Contoh?” “Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.” Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?” “Ketiga-tiga isme itu sama.” “Sama?” “Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!” “Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?” Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan. “Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.” “Misalnya?” “Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.” “Lagi?” “Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!” “lagi?” “Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.” “Idola Amerika?” “Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.” Pak Cik itu batuk-batuk. Saya urut belakangnya. “Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu. “Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.” “Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.” “Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.” “Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “ “Eh, kami yang demonstrasi semua solat…” “Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?” Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah? Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari! Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah: “Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.” Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini? OHISLAM: SAMPAIKANLAH ILMU WALAU HANYA DENGAN SATU AYAT.

Thursday, July 8, 2010

Renungan buat seorang lelaki By PEJINGGAHAN BLOG Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:1. AyahnyaApabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.( Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?… pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)2. Suaminya Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.(Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana.)3. AbangnyaApabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya.. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.(Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas.kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat… dan tidak menutup aurat.)4. Anak-anak lelakinyaApabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengatai dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggung jawabkan di akhirat kelak….dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.(Duhai anak2 lelaki…. sayangilah ibumu…. nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa…. krn ibu juga insan biasa… x lepas dr melakukan dosa… selamatkanlah dia dr menjadi ‘kayu api’ neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)Lihatlah…. .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang/adik atau anak harus memainkan peranan,tanggungjawab & amanah mereka dengan sebaik yang mungkin.Mari muhasabah diri masing-masing (termasuk diri saya sendiri).

Wednesday, July 7, 2010

6 PERKARA MENDORONG SESEORANG? 8 Julai 2010 by Zaini Sairi “Kalau aku nak mengumpat,aku hanya akan mengumpat ibuku sendiri”-kata Imam al-Ghazali.Begitu halus pemikiran Imam al-Ghazali itu..Perkataan ‘kalau’ tu bukan la menunjukkan Imam al-Ghazali buat,tapi oleh kerana mengumpat seseorang itu akan menyebabkan pahala orang yang mengumpat akan diberikan kepada orang yg diumpat,maka lebih baik umpat ibu sendiri kerana pahala akan diberikan kepada ibu…daripada diberikan kepada orang yang tidak ada kaitan dengan kita..tapi jangan la pula pakat mengumpat ibu sendiri plk nanti..itu hanya perumpamaannya sahaja. Sikap suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain dilaknat oleh Allah. Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar. Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan mereka. Firman Allah bermaksud : “ Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal di atas perbuatamu itu. “ (Surah al-Hujurat, ayat 6) Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al- Thabrani daripada Abu Hurairah bermaksud : “ Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai beraikan di antara sesame saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah. Imam Al- Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat : 1) Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain.Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam 2) Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang 3) Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah 4) Disebabkan dengki, iri hati dengan orang lain yan lebih beruntung dan berjaya, ia seoerti dinaikkan gaji dan pangkat 5) Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain dan 6) Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain. Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar serta hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.
Anak atau bapa yang derhaka? 8 Julai 2010 by Zaini Sairi Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya. Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran. Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.” Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.
Musibah bagaimana menanganinya? 8 Julai 2010 by Zaini Sairi Pagi tadi ana ada mendengar Ustaz Zahazan menghuraikan tajuk sabar dalam menghadapi musibah..terus ana muatkan dlm blog ini untuk dikongsi bersama.Akhir-akhir ini,kita sering terdengar atau terbaca musibah yang melanda di serata tempat. Pelbagai bencana alam yang menimpa kat merata-merata tempat, isu Palestin yang tidak sudah-sudah dan banyak lagi musibah yang berlaku akhir-akhir ini. Kita juga seringkali ditimpa musibah,walaupun ianya bukanlah musibah sehebat gempa bumi dan seumpamanya,namun setiap kesusahan yang menimpa kita juga dinamakan musibah,dan setiap musibah menuntut kesabaran bagi orang yang menghadapinya. Persoalannya,apakah kita sabar dan redha melaluinya???. Kalau musibah itu kena pada orang lain, dengan mudah kita akan katakan ia sebagai bala dari Tuhan. Kalau musibah itu kena pada kita sendiri, mulalah kita menyalahkan takdir. “Mengapa aku yang kena?” “Aku dah berusaha kenapa aku masih gagal?” “Aku dah banyak doa, solat. Kenapa aku yang dapat musibah?” Soalan-soalan yang tidak munasabah mula terpacul di mulut, paling tidak pun berlegar-legar dalam fikiran, sebagai tanda tidak puas hati terhadap kesudahan yang menimpa dirinya. Seolah-olah dia berhak mempersoalkan keputusan Allah yang menentukan qada’ dan qadar. Seolah-olah dia layak menentukan kesudahan mana yang dia suka.. Kita mesti menerima hakikat bahawa hidup kita merupakan ujian. Susah senang yang berlaku dalam kehidupan kita semuanya telah diatur rapi oleh Allah untuk kita. ia mewarnai kehidupan kita sebagai seorang manusia. Hidup mudah tanpa kesusahan pasti membosankan. Kesusahan yang berterusan pasti mengecewakan. Lumrah kehidupan pasti ada naik dan turun, menang dan kalah, berjaya dan gagal. Itu sudah menjadi sunnatullah, Allah yang lebih memahami sifat makhlukNya. Tugas kita (sebagai hamba Allah) hanyalah menjalankan apa yang disuruhNya bukan menentukan kesudahan sesuatu perkara. Biarlah ketetapan/kesudahan sesuatu perkara itu menjadi hak milik Allah semata. Dan sesungguhnya Allah Maha Adil. Teringat ana sebuah drama melayu yang memaparkan kesusahan yang dihadapi oleh seorang suami,namun dia sabar menghadapinya dan sering berkata”…hanya insan-insan terpilih sahaja yang diuji oleh Allah dengan musibah…”’ Sikap kita sebagai orang yang beriman hendaklah sepertimana yang diucapkan oleh Rasulullah saw. Dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinan ra berkata, Rasulullah saw bersabda: ”Memang sangat menakjubkan keadaan orang mukmin itu; kerana segala urusannya sangat baik baginya dan itu tidak akan terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman di mana bila mendapatkan kesenangan ia bersyukur maka yang demikian itu sangat baik baginya, dan bila ia tertimpa kesusahan ia sabar maka yang demikian itu sangat baik baginya”. (Riwayat Muslim) Hendaklah kita menerima segala apa yang berlaku di dunia ini dengan keredhaan yang mutlak kepada Allah. Syukur dan sabar adalah respon kita yang paling baik untuk setiap perkara, senang atau susah. Syukur kerana pasti ada rahmat disebalik kesusahan yang menimpa, sabar kerana itulah tanda orang yang beriman. Abdullah ibn Umar ra apabila ditimpa musibah akan mengucapkan alhamdulillah dan redha kerana: musibah yang datang bukan urusannya tahu musibah yang lebih besar boleh terjadi Allah akan kasih padanya Allah akan beri pahala Antara rahmat Allah yang akan kita dapati apabila ditimpa musibah ialah sebagai penghapus dosa, menambah pahala dan pencetus hidayah. Semua ini boleh kita dapati hanya apabila kita syukur dan sabar. Apabila kita bersikap sebaliknya, yang kita dapati juga adalah sebaliknya. Ia akan menambah dosa kita, mengurangkan pahala dan kita akan semakin jauh dari hidayah Allah. Na’uzibillah, moga dijauhkan.

Thursday, April 1, 2010

Hadis Nu'man bin Basyir r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit.(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #4685,Bab Sikap Kasih Sayang Dan Bantu Membantu Orang orang Yang Beriman)

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah! Apakah sedekah yang paling utama? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau bersedekah ketika engkau masih sihat dan harta tersebut masih disayangi, engkau bimbang menjadi fakir dan bercita-cita untuk menjadi kaya. Jangan kamu tangguhkannya hingga roh sampai di halkum. Dalam keadaan tersebut barulah engkau berkata: Berikannya kepada Si Polan ini dan Si Polan itu. Sememangnya itu adalah hak Si Polan.(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1713,Bab Menerangkan Bahawa Sedekah Yang Paling Utama Ialah Sedekah Orang Yang Masih Sihat Dan Masih Disayangi)