Kala itu hujan renyai-renyai membasahi bumi. Kedinginan malam mulai terasa hingga menusuk ke tulang hitam. Halil melihat jam tangannya. Ah! Sudah lewat jam 12.00 malam. Kalaulah bukan kerana ada hal mustahak, tak kuasa dia meredah laluan Karak Highway tu malam-malam buta. Kalau naik kereta tak apalah juga, ni tunggang motorsikal buruk! Mana tau nasibnya tak baik, motornya tiba-tiba aje buat hal ataupun....?? Siapa yang susah?
Halil tidak sanggup lagi untuk membayangkan segala kemungkinan yang bakal dihadapi. Apatah lagi, bila mengenangkan pelbagai cerita seram mengenai laluan Karak Highway yang pernah didengarinya. Kisah hantu penanggal yang dikatakan suka mengganggu penunggang motorsikal tiba-tiba sahaja bermain di kotak fikirannya.
KREDIT TO : gambarhantu |
Beberapa orang pengguna laluan itu pernah terserempak dengan lembaga itu! Saat itu juga Halil mula terasa seperti ada orang membonceng di belakangnya. Serta-merta darahnya menyirap. Halil terus mengamati menerusi cermin sisi motorsikalnya namun dia tidak melihat apa-apa pun melainkan kegelapan. Halil cuba mengawal perasaan cemasnya. Sedaya upaya juga dia cuba menepis perasaan takut dari hati. Halil yakin apa yang dialaminya ada hubungkait dengan permainan syaitan. Halil terus memecut laju motorsikal yang ditungganginya itu. Dia ingin segera sampai ke destinasinya.
Dalam keadaan yang tidak menyenangkan itu sekali lagi Halil mula terasa seperti ada bayang-bayang manusia bergerak di belakangnya. Tanpa berlengah dia terus membaca ayat-ayat suci untuk menghalang niat jahat makhluk halus itu dari terus menganggunya. Namun semakin dibaca, semakin kuat pula terasa debaran di dadanya. Halil dapat merasakan dirinya seperti berada di awang-awangan. Sah! Syaitan itu lebih 'kuat' daripadanya Mungkin juga bacaan ayat sucinya itu tidak berkesan kerana tidak sempurna.
Halil dapat rasakan dia tidak mampu lagi memandu motorsikalnya itu dan terus memberhentikannya secara mengejut. Lebih baik dia tenangkan fikiran daripada terlibat dalam kemalangan. Dia cuba pusatkan fikirannya untuk membaca ayat-ayat suci dengan memejamkan matanya. Namun terasa bacaannya itu memang tidak teratur. Entah macamana pula Halil terbau satu bau yang teramat busuk, seolah terlalu hampir dengan hidungnya. Saat itu juga, Halil seolah ingin menjerit bila dia dapat melihat dengan jelas 'benda' yang berada di depan matanya itu. Hantu penanggal!!!
Dia dapat melihat ada darah keluar membuak-buak bersama ulat dan lelehan lendir daripada tubuh tanpa kepala! Bila dia memandang ke arah 'handle' motorsikalnya, sekali lagi hampir dia pengsan bila mendapati ada satu kepala sedang bertenggek di atas 'handle' tersebut. Paling mengerikan, segala urat dan ususnya itu berlambak di dalam raga motorsikalnya. Halil sudah tidak dapat mengawal perasaan takutnya. Bacaan ayat-ayat suci makin bercelaru. Keimanannya turut tergugat, tapi dia tidak ada pilihan lain selain dari melihatnya. Tidak lama kemudian, tubuh tanpa kepala itutiba-tiba lenyap. Namun kepala itu masih ada di depannya!
Lidah yang terjelir dari mulutnya mengeluarkan cecair putih yang menjijikkan. Lidah itu sekejap terjelir dan bergulung. Dari lubang mata yang terlopong, Halil juga dapat melihat deraian ulat yang jatuh di atas tangki minyaknya. Manakala di lubang telinganya pula keluar lelehan darah dan nanah. Halil menarik nafasnya dalam-dalam.
No comments:
Post a Comment