Saturday, July 20, 2013

7 cara urus keinginan seks di bulan puasa

gambar hiasan.
Tidak dinafikan setiap kali tiba bulan Ramadan, kebanyakan isteri akan menolak untuk diajak berhubungan. Bagi mereka,  hubungan intim yang dilakukan akan mengganggu ibadah terhadap rukun Islam ketiga itu. Namun sebenarnya tidak ada hukum yang melarang melakukan hubungan seksual. Ia boleh dilakukan tetapi mengikut waktu yang dibenarkan.

1. Jangan jadikan sebagai satu beban
Ramai menganggap melakukan hubungan intim di bulan puasa seperti menjadi beban buat anda terutama isteri. Apatah lagi dalam masa sama perlu menyediakan hidangan berbuka dan bersahur kepada keluarga. Pastinya anda tidak mempunyai  masa tidur yang cukup. Namun  janganlah kerana itu anda menolak hubungan intim kerana ia juga boleh membuatkan hubungan anda dan pasangan renggang disebabkan masalah ini.

2. Senang hati
Tidak salah melakukan hubungan seks di bulan Ramadan. Anda tidak perlu merasa bersalah kerana ia juga adalah pahala kerana melayan kehendak suami. Justeru lakukan ia dengan rasa senang hati kerana memang sudah menjadi kewajipan bagi isteri. Jika dilakukan dengan rasa senang hati pasti akan merasai nikmat sebenar. Jangan sesekali anda merasa terpaksa untuk melakukannya misalnya suami mahu dan anda tidak. Kesannya mungkin anda akan merasa sakit dan tidak puas sepenuhnya.

3. Cari waktu bersesuaian
Anda dan pasangan perlu mencari waktu yang sesuai untuk melakukan hubungan seks. Boleh memilih sama ada selepas berbuka dan sementara menunggu waktu isyak. Walaupun sekejap tetapi cukup bermakna bagi  suami anda yang tentunya menahan diri sepanjang hari untuk mendekati anda. Atau boleh dilakukan selepas terawih hingga sebelum bersahur. Masanya agak panjang dan nikmatinya dengan sepuas-puasnya. Jika penat, tidur dulu dan lakukan ketika waktu dinihari sementara menunggu masa untuk menyediakan hidangan bersahur.

4. Lakukan seks kilat
Seperti kita maklum, anda dan suami kedua-duanya bekerja dan dalam masa sama menguruskan keperluan anak-anak. Pasti anda keletihan dan tidak bermaya untuk melakukan hubungan seks. Oleh yang demikian, anda perlu manfaatkan masa yang ada dengan melakukannya sebaik mungkin. Jika kebiasaannya anda mampu melakukan hubungan seks selama dua atau tiga jam, jadi untuk bulan puasa lakukanlah dengan kadar segera dan cepat. Kadangkala seks kilat yang dilakukan lebih terasa kenikmatannya. Apa yang penting seks tetap dapat dilakukan di bulan puasa biarpun melakukannya secara pantas.

5. Mandi bersama
Pelbagai cara hubungan seks boleh dilakukan ketika di bulan puasa dalam keadaan yang singkat. Selain seks kilat, anda juga boleh melakukan aktiviti mandi bersama dengan pasangan. Mungkin cara ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa ghairah pada isteri. Ia boleh dilakukan sebaik berbuka puasa sebelum anda bersembahyang isyak. Gunakan sebaiknya waktu mandi bersama ini dengan saling membelai pasangan untuk merasai lebih kenikmatan.

6. Dapatkan rehat secukupnya
Anda dan pasangan juga dinasihatkan rehat secukupnya sebelum melakukan hubungan ketika di bulan puasa. Mungkin anda boleh tidur selepas sembahyang terawih dan bangun ketika dinihari untuk melakukan hubungan intim ini. Jika kedua-duanya mendapat rehat yang cukup, pastinya bertenaga untuk melakukan hubungan seks dan juga berpuasa di siang hari.

7. Jaga stamina
Anda juga diingatkan agar menjaga stamina tubuh badan dengan mengamalkan cara pengambilan diet yang bersesuaian. Janganlah mengambil terlalu banyak makanan ketika berbuka puasa kerana dikhuatiri tidak bertenaga untuk melakukan hubungan intim pada malam hari. Ambilah makanan secara sederhana agar tetap bertenaga melakukan hubungan intim selepas berbuka.


No comments: