Wednesday, February 3, 2016

Hukum Solat Sunat Ketika Azan?

An officer of Brunei's Islamic authority leads a call for prayer or Athaan during the sighting of the new moon for Ramadan over the sky of Bukit Agok outside Bandar Seri Begawan August 31, 2008. Muslims scan the sky at dusk at the end of their lunar calendar's eighth month in search of the new moon to proclaim the beginning of Ramadan, Islam's holiest month during which observant believers fast from dawn to dusk. REUTERS/Ahim Rani (BRUNEI)

Soalan:
  1. Apakah hukum mendirikan solat semasa azan sedang dilaungkan. Ini kerana ada masa di sebabkan tugas atau perjalanan jauh, kita perlu mendirikan solat segera apabila masuk waktu. Kadangkala berpandukan pada waktu solat yang telah ditetapkan, kita terus solat dengan yakin apabila jarum jam menunjukkan waktu telah masuk.
  2. Perlukah kita menunggu sehingga azan habis dilaungkan untuk mendirikan solat.
Jawapan:
Dalam persoalan ini anda seharusnya mengetahui dan memahami Fiqh al-Nafs atau sebahagian ulamak menamakannya sebagai Fiqh al-Aulawiyat. Iaitu yang manakah satu yang lebih utama dan perlu dilakukan pada waktu itu.
Dalam masalah ini seharusnya anda menunggu azan selesai barulah kemudiannya menunaikan solat, kerana Rasulullah S.A.W bersabda:
“Apabila kalian mendengar azan maka ucapkanlah seperti yang sedang diucapkan muadzin.” (HR. Al-Bukhari no. 611 dan Muslim no. 846)
Maka, berpandukan hadis di atas, lebih ‘Aula’ atau lebih baik menjawab azan dahulu.
Di dalam bab Ihtiyat (berhati-hati). Berkemungkinan waktu solat itu sebenarnya belum masuk lagi, atau muazzin terazan awal, jika kita menunggu sehingga selesai azan dan kemudian nya baru solat maka kita telah solat di dalam waktunya. Perkara ini disebut oleh para ulama fiqh.
Jumaat.
Seringkali ditanya pada hari jumaat yang kebiasaan di negara kita, masjid akan azan sebanyak dua kali. Jika kita datang lewat iaitu sewaktu azan kedua di laungkan, adakah perlu ditunggu azan selesai baru menunaikan solat sunat?
Sekiranya seseorang itu datang sewaktu azan pertama, maka keutamaan pada ketika itu menunggu untuk menjawab azan, jika sekiranya seseorang itu datang sewaktu azan kedua di laungkan, maka pada ketika itu keutamaannya terus solat tahiyyatul masjid, kerana Khatib akan terus berkhutbah sebaik sahaja selesai azan kedua.
wallahu a’lam

Sumber:www.al-ahkam.net

No comments: