Monday, December 21, 2009

9 Golongan Orang Sembahyang Dec 12th, 2009 by Pejinggahan blog 1. Golongan yang langsung tidak bersembahyang dan menolak perintah sembahyang. Mereka ini namanya saja Islam, tetapi memang tak mahu sembahyang. Malah tak tahu pun macam mana hendak sembahyang dan tak ambil peduli langsung tentang sembahyang. Mengikut Hadis, mereka ini dihukum sebagai kufur. Kalau dah kufur…confirmlah kekal selama-lamanya dalam Neraka…waliauzubillah. 2.Golongan yang bersembahyang tanpa ilmu sembahyang. Mereka ini sembahyang sebab terikut-ikut orang lain sembahyang.Tetapi yang sebenarnya, tak tamat ilmu sembahyang pun. Mereka ini tidak tahu yang mana satu rukun dan yang mana satu sunat. Bacaan pun tak betul, yang panjang jadi pendek dan yang pendek jadi panjang. Sah batalnya tidak tahu, bab bersuci pun tidak beres lagi. Sembahyang begini tentulah tidak diterima ALLAH SWT. Macamlah oTeruskan bacaan » Anda mungkin juga meminati: 7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah Hikmah Qada dan Qadar Allah RAHSIA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG Kisah Ashabul Ukhdud LinkWithin Posted in Ibadat | Ulasan/Respon anda » Kisah Taubat Malik Bin Dinar Dec 9th, 2009 by Pejinggahan blog Ibnu Al-Jauzi meriwayatkan dalam Kitab At-Tawwabin(orang-orang yang bertaubat), daripada Malik Bin Dinar bahawa beliau ditanya mengenai sebab taubatnya, lalu beliau menjawab: “Dahulunya aku adalah seorang polis (di zamannya) dan aku pernah membeli seorang hamba wanita yang cantik. Dia amat sesuai bagiku. Lalu, dia melahirkan seorang anak untukku dan aku pun amat kasih padanya. Ketika mana dia mula berjalan, maka bertambahlah kasih sayangku buatnya dalam hatiku. Dia bermesra denganku dan aku pun bermesra dengannya. Setelah dia berumur 2 tahun, dia meninggal dunia dan kesedihannya itu pedih buatku.” “Pada satu malam iaitu malam pertengahan bulan Syaaban, iaitu malam Jumaat. Aku terlihat di dalam mimpiku seolah-olah telah berlakunya hari kiamat. Sangkakala pun telah ditiup dan para penghuni kubur pun dibangkitkan. Lalu semua makhluk pun dihimpunkan dan aku juga bersama mereka. Maka aku pun terdengar satu pergerakan, aku memalingkan pandanganku. Tiba-tiba ianya adalah seekor ular besar berwarna hitam kebiruan. Teruskan bacaan » Anda mungkin juga meminati: Kisah 3 orang lelaki dan amalan kebaikan Ikhlaskah kita dalam beribadat Juha Membalas Dendam Juha Membalas Dendam LinkWithin Posted in Ibadat | 1 Ulasan/Respon » Pelempar kasut Bush dibaling kasut PARIS – Wartawan penyiaran Iraq, Muntazer al-Zaidi yang dihukum penjara kerana membaling kasut ke arah bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush, menjadi mangsa serangan serupa apabila dia pula yang dibaling kasut di sini. Kejadian berlaku ketika dia berucap pada satu sidang akhbar kelmarin untuk mempromosikan kempen bagi membantu mangsa-mangsa perang di Iraq sebelum seorang lelaki yang mendakwa dirinya wartawan melempar kasut ke arah Muntazer. Namun, rakaman televisyen menunjukkan kasut yang dibaling itu mengenai dinding berdekatan dengan kepala Muntazer dan sejurus kemudian kelihatan berlaku satu pergelutan. "Dia mencuri teknik saya," ulas Muntazer Media Perancis berkata, pembaling kasut itu ialah seorang wartawan Iraq yang berada dalam buangan. Kejadian berlaku apabila wartawan itu mendakwa Muntazer menyokong diktator Saddam Hussein. Muntazer, 30, mula menjadi popular kerana pada 14 Disember 2008, dia menjerit ke arah Bush dengan menggelarnya sebagai anjing sebelum melemparkan kasut ke arahnya di Baghdad. Dia melakukan perbuatan itu kerana tidak puas hati dengan serangan AS terhadap Iraq. Dia dibebaskan pada September lalu selepas dihukum penjara selama setahun kerana didapati bersalah menyerang seorang pemimpin asing. – Agensi Sumber: Kosmo Petang tadi ana dan isteri tercinta menghadiri majlis perkahwinan Us Afandi,housemate lama ana sewaktu sama-sama kat Miri,Sarawak. Kat sana,ramai kenalan yang dapat ana temui,kawan-kawan lama sewaktu belajar dahulu. Ramai jugak hadirin yang hadir…meriah btol.Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Us Afandi…semoga berbahagia sentiasa. Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji pula digalakkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga digalakkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini dipetik sebuah hadis untuk renungan kita bersama. Hadits Abu Qatadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ “Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang.” [HR. Muslim no. 1162, dari Abu Qotadah] So…apa tunggu lagi…esok kan 9 Zulhijjah…mari la kita pakat-pakat berpuasa..jangan sia-siakan bonus yang mantap dan hebat ini dalam mencari keredhaan Allah SWT.

No comments: