Saturday, July 20, 2013

7 cara urus keinginan seks di bulan puasa

gambar hiasan.
Tidak dinafikan setiap kali tiba bulan Ramadan, kebanyakan isteri akan menolak untuk diajak berhubungan. Bagi mereka,  hubungan intim yang dilakukan akan mengganggu ibadah terhadap rukun Islam ketiga itu. Namun sebenarnya tidak ada hukum yang melarang melakukan hubungan seksual. Ia boleh dilakukan tetapi mengikut waktu yang dibenarkan.

1. Jangan jadikan sebagai satu beban
Ramai menganggap melakukan hubungan intim di bulan puasa seperti menjadi beban buat anda terutama isteri. Apatah lagi dalam masa sama perlu menyediakan hidangan berbuka dan bersahur kepada keluarga. Pastinya anda tidak mempunyai  masa tidur yang cukup. Namun  janganlah kerana itu anda menolak hubungan intim kerana ia juga boleh membuatkan hubungan anda dan pasangan renggang disebabkan masalah ini.

2. Senang hati
Tidak salah melakukan hubungan seks di bulan Ramadan. Anda tidak perlu merasa bersalah kerana ia juga adalah pahala kerana melayan kehendak suami. Justeru lakukan ia dengan rasa senang hati kerana memang sudah menjadi kewajipan bagi isteri. Jika dilakukan dengan rasa senang hati pasti akan merasai nikmat sebenar. Jangan sesekali anda merasa terpaksa untuk melakukannya misalnya suami mahu dan anda tidak. Kesannya mungkin anda akan merasa sakit dan tidak puas sepenuhnya.

3. Cari waktu bersesuaian
Anda dan pasangan perlu mencari waktu yang sesuai untuk melakukan hubungan seks. Boleh memilih sama ada selepas berbuka dan sementara menunggu waktu isyak. Walaupun sekejap tetapi cukup bermakna bagi  suami anda yang tentunya menahan diri sepanjang hari untuk mendekati anda. Atau boleh dilakukan selepas terawih hingga sebelum bersahur. Masanya agak panjang dan nikmatinya dengan sepuas-puasnya. Jika penat, tidur dulu dan lakukan ketika waktu dinihari sementara menunggu masa untuk menyediakan hidangan bersahur.

4. Lakukan seks kilat
Seperti kita maklum, anda dan suami kedua-duanya bekerja dan dalam masa sama menguruskan keperluan anak-anak. Pasti anda keletihan dan tidak bermaya untuk melakukan hubungan seks. Oleh yang demikian, anda perlu manfaatkan masa yang ada dengan melakukannya sebaik mungkin. Jika kebiasaannya anda mampu melakukan hubungan seks selama dua atau tiga jam, jadi untuk bulan puasa lakukanlah dengan kadar segera dan cepat. Kadangkala seks kilat yang dilakukan lebih terasa kenikmatannya. Apa yang penting seks tetap dapat dilakukan di bulan puasa biarpun melakukannya secara pantas.

5. Mandi bersama
Pelbagai cara hubungan seks boleh dilakukan ketika di bulan puasa dalam keadaan yang singkat. Selain seks kilat, anda juga boleh melakukan aktiviti mandi bersama dengan pasangan. Mungkin cara ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa ghairah pada isteri. Ia boleh dilakukan sebaik berbuka puasa sebelum anda bersembahyang isyak. Gunakan sebaiknya waktu mandi bersama ini dengan saling membelai pasangan untuk merasai lebih kenikmatan.

6. Dapatkan rehat secukupnya
Anda dan pasangan juga dinasihatkan rehat secukupnya sebelum melakukan hubungan ketika di bulan puasa. Mungkin anda boleh tidur selepas sembahyang terawih dan bangun ketika dinihari untuk melakukan hubungan intim ini. Jika kedua-duanya mendapat rehat yang cukup, pastinya bertenaga untuk melakukan hubungan seks dan juga berpuasa di siang hari.

7. Jaga stamina
Anda juga diingatkan agar menjaga stamina tubuh badan dengan mengamalkan cara pengambilan diet yang bersesuaian. Janganlah mengambil terlalu banyak makanan ketika berbuka puasa kerana dikhuatiri tidak bertenaga untuk melakukan hubungan intim pada malam hari. Ambilah makanan secara sederhana agar tetap bertenaga melakukan hubungan intim selepas berbuka.


HUKUM BERSETUBUH PADA SIANG HARI DI BULAN RAMADHAN

Diwajibkan Kaffarah Al-Uzma – iaitu membebaskan hamba yang beriman – sekiranya tidak didapati maka hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut, kalau sekiranya tidak mampu hendaklah memberi makan kepada 60 orang yang miskin – Sebagai hukuman kepada sesiapa yang merosakkan puasanya satu hari dibulan ramadhan dengan bersetubuh dengan sengaja.

Sebagaimana Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w, katanya: Celaka aku, wahai Rasulullah. Nabi s.a.w berkata: Apakah yang mencelakakan engkau? Jawab lelaki itu: Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada waktu siang di bulan Ramadan. Rasulullah s.a.w berkata: Sanggupkah engkau memerdekakan hamba? Jawab lelaki itu: Tidak sanggup. Rasulullah s.a.w berkata: Hendaklah engkau berpuasa dua bulan berturut-turut?. Jawab lelaki itu: Tidak mampu. Kata Rasulullah s.a.w: Adakah engkau mempunyai makanan untuk diberikan kepada enam puluh orang miskin?. Jawab lelaki itu: Tidak. Kemudian lelaki itu duduk, sekejap lepas itu datang seseorang kepada Nabi s.a.w dengan memberi satu bakul besar berisi tamar. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Sedekahkanlah kurma ini. Kata lelaki itu: Kepada siapakah?. Kepada yang lebih miskin daripada aku? Demi Allah tidak ada penduduk kampung ini yang lebih berhajat kepada makanan selain dari kami seisi rumah. Nabi s.a.w tertawa sehingga terlihat gigi taringnya dan berkata: Pulanglah, berikanlah kurma itu kepada ahli rumahmu.       (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun Kaffarah tidak kena kepada orang perempuan. Begitu juga dengan orang yang bermusafir tidak kena kaffarah baginya kalau sekiranya melakukan persetubuhan dengan niat menggunakkan Rukhsah ( kelonggaran untuk tidak berpuasa ketika musafir ) kerana berbuka harus baginya . Tidak kena kaffarah juga bagi mereka yang bersetubuh dengan sangkaan bahawa hari masih malam walaupun hari sudahpun lebih daripada waktu terbitnya fajar.

Orang tua-tua dahulu pernah berpesan, sekiranya nak kahwinkan anak-anak. Kahwinkan mereka selepas bulan Ramadhan dan jangan kahwinkan mereka sebelum bulan Ramadhan. Tujuannya  adalah untuk menghindarkan dan mengelakkan terjadinya persetubuhan di waktu siang hari di bulan Ramadhan. Bagi yang baru berkahwin dalam tempoh sebulan. Nafsu mereka sukar dijangka dan dikawal. Pada bulan puasa nafsu orang yang baru berkahwin selalunya membuak-buak seperti kawah gunung berapi bila duduk berdekatan diantara satu sama lain. Bagi yang sudah lama berkahwin kurang terjadi persetubuhan di waktu siang, maklumlah bateri sudah lama, dan kurang charge (+).  Tapi banyak yang charge (-).

Ibadah puasa perlu dijaga dan dipelihara dari dicemari dengan perbuatan yang boleh membatalkannya dan mengurangkan ganjaran pahalanya. Di dalam kehidupan kita seharian banyak amalan dan perbuatan yang tidak diketahui samada ia boleh membatalkan puasa ataupun tidak. Antara amalan yang sering diragui dan tiada kepastian yang jelas bagi kebanyakan umat Islam pada hari ini ialah persoalan dan hukum bersetubuh bersama isteri pada siang hari bulan Ramadhan dan perkara-perkara yang berhubung dengannya termasuk mencium isteri serta berseronok bersama mereka dengan bersentuhan kulit ketika melaksanakan ibadah puasa.Persoalan ini perlu dibincang, dikaji secara teliti oleh umat Islam supaya mereka mendapat keterangan yang jelas dalam masalah ini demi menjaga ibadah puasa yang dilaksanakan agar mendapat ganjaran yang sewajarnya daripada Allah SWT
  
kaffarahnya

Dari sudut bahasa (al-Kafru) bermaksud menutup. Di namakan kafarah kerana ia menutup dosa dan mendapat keringanan daripada Allah s.w.t.
Dari sudut istilah pula ia bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakkannya.

Kafarah merosakkan puasa kerana berjimak pada bulan Ramadhan.
  • Wajib puasa 2 bulan berturut-turut.
  • Jika tidak mampu berpuasa, merdekakan seorang hamba.
  • Jika tidak mampu merdeka hamba, beri makan kepada 60 orang fakir miskin (secupak seorang).
Taksiran

1 cupak beras = ¼ gantang Baghdad 
1 gantang Baghdad bersamaan dengan 2.7kg
Kadar Nilaian yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada tahun 2009 secupak beras = RM1.75
Contoh :
Kafarah 
Sekiranya seseorang tidak mampu berpuasa 60 hari berturut-turut disebabkan sakit atau tua hendaklah memberi makan 60 orang fakir miskin. Bersamaan 60 x 1.75 = RM 105.00.

Rumusan

Begitulah rumusannya mengikut pembacaan saya di beberapa buah website, blog cendiakawan Islam serta beberapa forum. Tinggal lagi adalah bagaimana cara untuk kita melaksanakan kaffarah itu.
Jadi, saya sarankan kepada anda yang mengalami perkara nie..sila rujuk kepada imam/ustaz di tempat anda. InsyaAllah, mereka boleh bantu.

By Zaini Sairi