Thursday, January 26, 2012

KEBERKATAN DAN KELEBIHAN HARI JUMAAT

masjid02
Pengenalan
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.


Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu 
1)  Allah ciptakan Adam , 
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam, 
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Kelebihan Solat JumaatSolat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
Kesimpulan
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
  • Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

Tetap orang Bawean!


MUSLIM DI BANDAR HO CHI MINH


MASYARAKAT keturunan Bawean bermastautin dan duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan warga Vietnam di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam.
Namun, bilangan mereka hanyalah sekitar 500 keluarga dan hampir pupus identiti - tidak lagi boleh 'bercakap Boyan' dan mempertahankan budaya leluhur.Soalnya, bagaimana orang Bawean yang terkenal sebagai bangsa perantau boleh 'terkandas' di negara berfahaman komunis-sosialis itu?Menurut sejarah, pada zaman penjajahan Perancis di Vietnam, pemerintah kolonial telah membawa ratusan orang Indonesia asal Pulau Bawean menjadi buruh kebun kelapa di Vietnam dalam 1880-an.Pendatang Bawean itu jugalah yang dikatakan banyak membantu dalam pertanian kopi di negara itu.Namun, berpegang pada pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, masyarakat Bawean itu hidup beranak pinak dan berkahwin campur dengan orang Melayu keturunan Champa.Tidak seperti warga sesuku yang berhijrah ke Singapura dan Malaysia dan masih rapat dengan Pulau Bawean, suku Bawean di Vietnam hanya tinggal nama.Imam Masjid Al-Rahim, Haji Ally, 83 tahun, antara suku Bawean generasi kedua di Vietnam, sendiri tidak lagi lancar berbahasa Bawean.'Saya dah lupa bahasa Bawean apatah lagi orang-orang muda anak keturunan Bawean.'Macam mana dan dengan siapa nak cakap Bawean kerana orang Bawean yang mula-mula datang ke sini semuanya dah tiada. Lagipun, kami dah putus hubungan dengan Pulau Bawean dan tiada orang Bawean datang ke sini,' tambah ayah tiga anak itu yang tidak tahu asal kampungnya di Pulau Bawean.Haji Ally berkata beliau datang ke Vietnam bersama ayahnya pada 1939 ketika beliau berusia 11 tahun - waktu Perang Dunia Kedua bermula.Pada masa itu, Masjid Al-Rahim sudah pun dibina dan menjadi tumpuan masyarakat pendatang asal Bawean.Menurutnya, selain menggunakan bahasa Vietnam, pendatang dari Indonesia dan Malaysia kekal menggunakan bahasa Melayu hasil interaksi meluas dengan Melayu Champa yang ramai di Vietnam.Vietnam hanya membuka 'pintunya' kepada negara luar pada 1986 - selepas 10 tahun meraih kemenangan menentang Amerika Syarikat.Diminta menyingkap penghijrahannya ke negara tersebut, Haji Ally hanya berkata:'Saya dah lupa dan tak ingat kerana dah tua!'Beliau menetap di rumah bersebelahan dengan Masjid Al-Rahim.Menurutnya lagi, terdapat sekitar 24 keluarga asal Indonesia dan Malaysia yang menetap di sekitar masjid yang kini giat dibangunkan semula.Laporan media sebelum ini menyebut bahawa dianggarkan terdapat sekitar 500 keluarga keturunan Bawean di Bandar Ho Chi Minh yang mempunyai sekitar lima juta penduduk.Masyarakat Islam keseluruhannya berjumlah 5,000 orang, sebahagian besar Melayu Champa dan masjid pula sebanyak 16 buah.Masyarakat Melayu Champa merupakan pelarian daripada kerajaan Cham yang pernah memerintah sebahagian kawasan Vietnam selatan dan tengah.Pada 1471, kerajaan Cham ditewaskan kerajaan Vietnam dan kebanyakan penduduk Cham melarikan diri ke Kemboja.Isteri Haji Ally, Hajah Nikmah, 60-an tahun, adalah keturunan Melayu Champa.'Meskipun saya tidak boleh cakap Bawean tetapi saya tetap orang Bawean!' tegas Haji Ally.

Beberapa Orang Kenamaan Keturunan Bawean

[sim] ARTIKEL : Kisah Orang Boyan(Bawean)
Sirajuddin Abbas
Mon, 08 Sep 2008 14:44:42 -0700

*"mungkin tidak ramai yg mengetahui masyarakat bawean dimalaysia ini
diiktiraf dan dikenali...ada beberapa nama besar yg berketurunan bawean yg
mungkin kamu kenali.....
Tan Sri Musa Hassan - Ketua Polis Negara
** Dato' Jalaluddin Hassan - pelakon popular
*Datuk Aziz Sattar dan S. Samsudin* - dramatis veteran*
*Aznil hj nawawi - pengacara #1 malaysia(walaupun dia tidak mengaku)
*Allahayarham penyayi Rafeah Buang, Datuk Yusni Hamid pun orang Bawean.
Pelakon Saleh Kamil yang sering memegang watak jahat adalah orang Bawean.
Tahun 60an orang Bawean banyak menubuhkan band seperti The Swalow yang
terkenal dengan lagu 'Nga Lompak Ago go" lagu-lagu Bawean juga terkenal dan
menjadi hit tahun 60 seperti nyayian Kassim Selamat tajuk 'La Obe"
*dan ada beberapa menteri di parlimen malaysia yg berketurunan bawean
juga....tapi kebanyakan mereka itu mungkin ada juga yg agak malu utk
mengakuinya tapi terpulang utk individu itu sendiri la kan.....mungkin
mereka ada sebab mereka sendiri.... *"

"Anak2 keturunan bawean yang malu mahu mengaku sebagai anak bawean malahan
akan rasa lebih rendah diri kalau disebut "anak boyan" padahal semua anak
anak suku kaum bawean, bugis, jawa, banjar, minang dan sebagainya di MLY
lebih dikenali sebagai "orang melayu" gitu.....dan hak mereka sebagai WNM
adalah sama iaitu keturunan Melayu dengan berstatus bumiputra yang mempunyai
hak hak istemewa mengikut Perlembagaan Negara Malaysia".


*+
*
Para perantau asal Bawean sudah beberapa generasi bermukim di Malaysia.
Bahkan, sebagian besar di antara mereka telah melepas status sebagai warga
negara Indonesia. Namun, dengan berbagai cara, para perantau itu tetap
berusaha mempertahankan tradisi nenek moyang mereka. KOMUNITAS orang Bawean
di Malaysia biasa disebut dengan orang Boyan. Mereka tersebar di hampir
seluruh negeri (negara bagian). Warga pulau kecil yang berlokasi di Jawa
Timur itu tergolong sebagai perantau awal di negeri jiran. Bahkan, sebelum
negara Malaysia berdiri. Ada yang baru dua generasi, tapi ada juga sudah
empat generasi. Nasib mereka pun beragam. Ada yang jadi abdi negara di
kantor pemerintahan Malaysia sampai pekerja kasar.

Saat ini, sedikitnya ada 120 ribu orang Boyan di Malaysia. Mereka tergabung
dalam Persatuan Bawean Malaysia (PBM). ''Sebenarnya, anggota PBM 40 ribu
orang saja. Sebab, yang jadi anggota yang sudah jadi warga negara Malaysia.
Sementara, 80 ribu masih anggota istimewa karena masih berstatus warga
negara Indonesia (WNI),'' kata Supiyati Mat Har, ibu enam anak asal Bawean
yang sudah sejak usia 4 tahun menetap di Malaysia.

Begitu banyaknya warga Bawean di Malaysia, mereka sampai membentuk
perkampungan-perkampungan. Misalnya, di kawasan Gombak, Kuala Lumpur, yang
memang dikenal sebagai kawasan Boyan. Baju boleh Malaysia, tapi adat Bawean
tak boleh musnah. Itulah semboyan komunitas Boyan. Mereka berpegang teguh
pada warisan nenek moyangnya. Mulai kesenian, cara berkomunikasi, dan
simbol-simbol kehidupan lain. ''Adat-istiadat itu penting karena ini warisan
nenek moyang. Makanya, orang tua selalu meneruskan kepada anak-anaknya meski
anak-anaknya sudah jadi warga negara Malaysia,'' tutur Yati, panggilan
Supiyati.

Misalnya, seni hadrah atau yang biasa disebut kompangan oleh penduduk
Malaysia. Seni menabuh terbang, sambil menyanyikan lagu-lagu Islami itu,
tetap menjadi bagian penting warga Bawean. Dalam setiap acara perkawinan
atau hajatan lain, komunitas Bawean seakan wajib menampilkan kesenian
tersebut. Karena itu, di Malaysia kelompok hadrah mencapai 47 grup. ''Itu
yang tercatat karena sempat dilombakan di sini. Tapi, bisa jadi jumlahnya
lebih dari itu,'' kata Tabrani bin KH Ahmad Rawi, tokoh masyarakat Bawean di
Malaysia.
Pria 58 tahun yang bekerja sebagai kontraktor itu mengepalai sebuah kelompok
hadrah yang diberi nama Miftahul Ulum. Kelompok tersebut memiliki 150 orang
anggota. ''Mayoritas anggota kami sudah warga negara sini. Kelompok kami
berdiri sejak 1980-an,'' tutur Tabrani.

Seni hadrah tidak sekadar menjaga warisan nenek moyang. Dari kesenian itu,
kelompok-kelompok hadrah mampu mendapatkan keuntungan cukup banyak. Bahkan,
sebagian kelompok menyumbangkan hasil manggung untuk membangun tanah
kelahirannya, Bawean. Contohnya, kelompok Miftahul Ulum. Hampir setiap bulan
mereka menyisakan hasil manggung untuk mendirikan dan membiayai sebuah
madrasah. ''Alhamdulillah, kami bisa bantu tsanawiyah di Desa Sukaoneng,
Tambak, Bawean. Kami kirim Rp 4 juta untuk membantu guru-guru di sekolah
itu,'' ucap bapak tiga anak tersebut.

Selain itu, Miftahul Ulum mampu mendirikan sebuah masjid di kampung halaman
Tabrani. ''Selama dua tahun, kami mengumpulkan RM 80 ribu (sekitar Rp 200
juta) untuk membangun masjid,'' ungkapnya. Dia tidak bisa memastikan berapa
banyak pundi-pundi ringgit dikumpulkan Miftahul Ulum setiap bulannya. Yang
pasti, dalam seminggu, kelompoknya bisa manggung dua kali. Sekali tampil,
kelompok hadrah paling tidak mendapatkan bayaran RM 400 (sekitar Rp 1 juta).
''Tergantung banyak sedikitnya personel yang kami bawa. Kalau lebih banyak,
harganya lebih tinggi,'' tandasnya.

Tabrani yang tinggal di Malaysia sejak 1975 menuturkan, orang tua harus
sedikit memaksa anak-anaknya untuk belajar tentang warisan Bawean. Sebab,
mereka menganggap budaya asal tanah kelahirannya tersebut masih lebih baik
daripada budaya anak muda zaman sekarang. "Mengajak anak muda untuk belajar
budaya Bawean memang sedikit susah. Selain mereka sudah warga negara
Malaysia, anak-anak juga sudah terpengaruhi budaya luar. "Tapi, kami tetap
berusaha mengajarkan kepada anak-anak. Sebab, semacam kesenian hadrah kan
anak-anak dikenalkan cerita-cerita nabi dan keteladanan lainnya,'' tutur
Tabrani yang tinggal di Kampung Cangkat, Gombak.

Karena itu, untuk membuat anak-anak muda Bawean tertarik, banyak kelompok
hadrah yang memodifikasi lagu-lagu dangdut atau pop yang cukup terkenal.
Misalnya, lagu Putri Panggung yang dipopulerkan oleh pendangdut Uut
Permatasari. ''Kami mengganti lirik lagu itu dengan bacaan-bacaan cerita
keteladanan nabi dalam buku Barzanji,'' kata Syarifudin bin Zairasy,
pimpinan kelompok hadrah Raudattul Muttaqien.

Untuk membentuk grup, komunitas Bawean masih bergantung pada Indonesia.
Mereka masih menggunakan peralatan musik dari negara asalnya. ''Suara
terbang dan peralatan lain di Malaysia beda dengan di Indonesia. Suaranya
alat-alat dari Indonesia lebih bagus. Makanya, kami harus impor dari
Indonesia,'' tutur Syarifudin lantas tersenyum.

Hadrah bisa dibilang naik daun di Malaysia. Kelompok komunitas Bawean tidak
hanya tampil di kampung-kampung untuk hajatan warga. Kini, mereka juga
langganan diundang pemerintah Malaysia. ''Kami sering tampil di semacam
kantor-kantor dinas. Hingga main di gedung DPR (Dewan Perwakilan Rakyat)-nya
Malaysia. Setiap tahun, pemerintah Malaysia juga mengadakan festival hadrah
tingkat nasional,'' ucapnya.

Bahkan, sekarang, banyak penduduk asli Malaysia yang membuat grup hadrah.
Meski cara bermainnya sedikit beda dengan hadrah dari Bawean, Syarifudin
tetap khawatir. "Bagaimana kalau kesenian ini akan dipatenkan oleh
Malaysia,'' ujar pria 39 tahun itu. Selain kesenian, komunitas Bawean di
Malaysia juga masih kukuh mempertahankan bahasa daerahnya (bahasa Madura
dialek Bawean). Orang tua juga seakan memaksa anak-anaknya yang sudah
menjadi warga negara Malaysia tetap menggunakan bahasa ibu mereka.

Kata dia, komunitas Bawean di mana saja seperti itu. Tak hanya di Malaysia.
Di Singapura komunitas Bawean juga berkomunikasi dengan bahasa Bawean.
"Bahkan, ada yang tidak bisa bahasa Indonesia. Sebab, sejak lahir, anak-anak
mereka hanya menggunakan bahasa Bawean dan bahasa Inggris,''' tutur Yati.
Yang menarik, dari segi kebangsaan, anak-anak dari pasangan orang tua Bawean
itu sudah merasa bagian yang tidak terpisahkan dari Malaysia. Mereka lebih
cinta negara kelahirannya daripada negara orang tuanya.

''Itu kelihatan kalau sedang ada pertandingan sepak bola atau bulu tangkis.
Saat nonton bareng, anak-anak selalu membela tim Malaysia, sedangkan orang
tua dukung Indonesia. Sehingga, kadang-kadang bergaduh,'' kata Tabrani,
lantas tertawa lepas.(*

Astaghfirullah....152,182 anak luar nikah di Malaysia ?




KUALA LUMPUR - Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan Kementerian Pemba­ngunan Wanita, Ke­luarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.

Timbalan Menterinya, Heng Seai Kie berkata, dari pada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).

Beliau berkata, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), telah menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan reproductive dan sosial.

“Program itu melibatkan 64,000 remaja mengenai pendidikan dan risiko yang terpaksa ditempuhi kerana tindakan mereka,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) pada sidang Dewan Rakyat, semalam.

Mohd Jidin ingin tahu jumlah anak luar nikah direkodkan sejak 2008, punca masalah dan inisiatif kementerian membendung gejala itu.

Seai Kie berkata, enam pusat remaja ditubuhkan untuk golongan sasar berumur antara 13 dan 24 tahun, bagi memberi maklumat berkaitan isu psikososial termasuk menyediakan khidmat kaunseling dan kemahiran hidup.

“Program outreach yang dilakukan di sekolah dan komuniti setempat itu berjaya mendekati 257,147 remaja, melalui 4,698 program dari November 2005 hingga September 2011,” katanya.

Timbalan Menteri Ke­sihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula memberitahu dewan bahawa 24,813 orang, dimasukkan ke hospital kerajaan kerana masalah berkaitan mental tahun lalu.

“Setakat ini, kita ada empat institusi mental di seluruh negara, 42 hospital kerajaan yang menyediakan perkhidmatan rawatan mental dan 124 pakar dalam bidang tersebut,” katanya kepada soalan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Pas-Pengkalan Chepa).

Rosnah berkata, usaha sedang dijalankan bagi meningkatkan kesedaran awam serta kepekaan masyarakat untuk mengenal pasti tanda-tanda awal dan mereka yang berpotensi mendapat rawatan awal.