Thursday, October 7, 2010

Ainna Zulaikha Yusuf " WANITA IDAMAN " Wanita idaman lelaki ialah , yang hatinya disalut taqwa kepada Allah , yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam , yang sentiasa haus dengan ilmu , yang sentiasa dahaga akan pahala , yang solatnya maruah dirinya , yang tidak pernah takut untuk berkata benar , yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu , yang sentiasa bersama kumpulan orang orang berjuang di jalan Allah . Wanita idaman lelaki ialah , yang menjaga tutur katanya , yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya , yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang , yang mempunyai ramai kawan , dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang . Wanita idaman lelaki ialah , wanita yang menghormati ibunya , yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga , yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga , yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami islam , yang mengamalkan hidup penuh sederhana , kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat . Wanita idaman lelaki ialah , yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan , yang hidup dibawah naungan al quran dan mencontohi sahabiyyat , yang boleh diajak berbincang dan berbicara , yang menjaga matanya dari berbelanja , yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya . Wanita idaman lelaki ialah , tidak pernah membazirkan masa, matanya kepenatan kerana penat membaca , suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir , tidurnya lena dengan cahaya keimanan , bangunnya subuh penuh keceriaan , karena sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan , Wanita idaman lelaki ialah , yang sentiasa mengingati mati , yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat , yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga , agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik , meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian . Wanita idaman lelaki ialah , yang tidak terpesona dengan buaian dunia , karena dia mengimpikan syurga , di situlah rumah idamannya , dialah WANITA IDAMAN LELAKI . " Jika ada lagi WANITA sebegini..alhamdulillah….alangkah beruntung siapa yg dapat memiliki hatinya.. "

No comments: