Tuesday, June 26, 2012

Pengenalan : Gangguan Seksual


Program Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja Bagi menjamin keselamatan pekerja, khususnya pekerja wanita di sektor pekerjaan, Jabatan ini telah mewujudkan Kod Amalan Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di tempat kerja. Ia bertujuan untuk memberi pemahaman mengenai perlakuan gangguan seksual dan mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak-pihak yang terlibat sebelum tindakan tatatertib dikenakan.Gangguan seksual merangkumi pelbagai tingkah laku seksual yang boleh dibahagikan kepada 5 jenis iaitu:
  1. Gangguan secara lisan
  2. Gangguan secara isyarat / bukan lisan
  3. Gangguan visual
  4. Gangguan psikologi
  5. Gangguan fzikal
Jabatan ini bertanggungjawab untuk mengendalikan kes aduan gangguan seksual di tempat kerja. Aduan boleh dibuat sama ada melalui telefon, datang sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja yang terdekat atau menghantar surat ke Pejabat Tenaga Kerja. Pihak pengadu perlu memberi maklumat asas seperti berikut:
  • Nama dan alamat pihak yang diadu
  • Isu-isu yang diadu hendaklah diperincikan
  • Nama dan alamat pengadu
Jabatan telah melaksanakan Program Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja sebagai usaha mempromosikan penubuhan mekanisme dalaman bagi menangani gangguan seksual di tempat kerja. Objektif program ini adalah:
  1. Mewujudkan kesedaran kepada orang ramai tentang peranan Jabatan dalam pengendalian Kod Amalan Mencegah Dan membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja.
  2. Menggalakkan majikan-majikan menubuhkan Mekanisme Dalaman Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja.
  3. Memberi pendedahan kepada orang ramai terutama pekerja tentang peranan dan tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku masalah gangguan seksual kepada mereka atau individu terdekat.
Jabatan Tenaga Kerja pula menumpukan penguatkuasaan khusus dalam aspek penggajian berdasarkan Akta Kerja 1955 yang mana definisi ‘pekerja’ dalam konteks penguatkuasaan JTK adalah merangkumi keseluruhan pekerja asing dan pekerja tempatan.

No comments: