Monday, July 23, 2012

Kadar Zakat 2012


Pengertian Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Pengertian Zakat Dari Segi Bahasa

Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG”
Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.

Pengertian Zakat Dari Segi Syarak

Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.
Berikut adalah Jadual Kadar bayaran Zakat Fitrah 2012 untuk Negeri-negeri Seluruh Malaysia. 
NEGERITAHUN 2011 (RM)TAHUN 2012 (RM)
Perlis6.006.00
Kedah7.007.00
Pulau Pinang7.007.00
Perak7.007.00
Selangor7.007.00
Negeri Sembilan6.506.50
Melaka6.506.50
Johor5.00/7.505.00/8.00*
Pahang7.007.00
Terengganu5.00/7.00/8.00*4.50/7.00/7.60*
Kelantan7.007.00
Sarawak6.206.50
Sabah7.007.00
(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan7.007.00
 *Bagi negeri Johor dan Terengganu berdasarkan harga,gred dan jenis beras yang dimakan.
Zakat ini mesti dibayar kerana ia akan digunakan untuk kerja kebajikan seperti memberi bantuan kepada 8 golongan asnaf yang berhak untuk menerima wang zakat. Jom berzakat !
Sumber : Zakat Selangor

No comments: