Wednesday, April 11, 2012

Bukan Islam tidak boleh jadi peguam syarie





SHAH ALAM – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kekal dengan­ pendirian membantah sekeras-kerasnya orang bukan Islam dibenarkan beramal sebagai peguam di Mahka-mah Syariah kerana terdapat halangan­ syarak dan undang-undang.

Timbalan Presidennya, Musa Awang berkata, bagaimanapun, bukan Islam tetap dialu-alukan untuk belajar undang-undang syariah.

“Pelajaran yang diperoleh sebagai pendedahan, pendidikan dan pengetahuan, dan semoga mereka mendapat hidayah ALLAH SWT,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Isnin lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan pelajar jurusan undang-undang boleh mendalami bidang syariah, tetapi ia bukan tiket, terutamanya bukan Islam, untuk menjadi peguam syarie.

Pada tahun lalu, permohonan seorang peguam, Victoria Jayaseela Martin, yang mahu menjadi peguam syarie di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur ditolak Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas).

Hakim Datuk Rohana Yusuf, ketika memutuskan permohonan itu berkata, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) boleh mengenakan syarat menjadi peguam syarie dan ia tidak bertentangan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Sementara, berhubung soalan Ahli Parlimen Bachok dari Pas, Na-sharudin Mat Isa, di Dewan Rakyat yang ingin tahu bila Akta Guaman Syarie akan dilaksana, PGSM menjelaskan mereka terlibat secara langsung dengan pendrafan Akta itu.

“PGSM dalam usaha mendapatkan mandat daripada ahli peguam syarie seluruh negara dan majoriti memperakui mereka bersetuju dengan­ kewujudan akta tersebut.

“Berkemungkinan ada di kalangan peguam syarie tidak bersetuju atau lebih selesa kekal dengan keadaan sekarang, yakni berada di bawah Peraturan atau Kaedah-kaedah Peguam Syarie Negeri,” katanya.

No comments: