Thursday, April 12, 2012

Gempah bumi terbaru di Aceh


Gegaran Petang.
Petang semalam 11.4.2012, aku mendapat SMS dari dua orang akak aku yang berada di KL dan Ipoh mengenai gegaran yang mereka rasakan. Mula-mula rasa macam biasa je, sebab aku tak rasa apa-apa pon sebab aku dalam perjalanan ke Hospital. Selepas itu, adik aku yang berada di Pulau Pinang juga menyatakan benda yang sama. Dia cakap gegaran agak lama, dan dirasai oleh beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, kedah dan juga Perlis.
Ukuran Gempa Bumi
Beberapa rakan aku yang lain juga memberikan maklumat yang sama, dan ada yang menyatakan bahawa gempa bumi itu berlaku di Sumatera Indonesia. Gegaran tersebut berlaku pada jam 4.38PM dengan berukuran 8.9 scala richer. Terdahulu, tsunami berlaku pada tahun 2004, gegaran berukuran 9.1 scala richer yang mengakibatkan sekitar 250,000 terbunuh di 13 buah negara. Seramai 170,000 orang terbunuh di Aceh sendiri.
Jabatan Mateorologi Malaysia.
Malangnya, jabatan Meteriologi Malaysia tidak dapat memberikan maklumat yang cepat untuk mengesahkan kejadian gegaran tersebut. Setelah 2 jam berlaku gegaran, baru jabatan tersebut mengeluarkan kenyataan mengesahkan gegaran tersebut. Sepatutnya mereka lebih peka mengenai kejadian tersebut.
Peringatan dari Allah
Hasil dari gegaran tersebut, penduduk rumah pangsa dan penghuni banggunan tinggi terpaksa bergegas keluar dari banggunan tersebut. Bimbang   banggunan tersebut runtuh. Gempa bumi yang berlaku adalah satu peringatan kepada kita mengenai kekuasaan dan kebesaran Allah. Memang di akui, ramai yang terleka dengan urusan dunia. Sibuk mengumpul harta dunia yang tidak pernah cukup untuk kesenangan dan kemewahan hidup.
Amaran tsunami di tarik balik.
Syukur, amaran tsunami di tarik balik. Ini bermakna, tsunami tidak akan berlaku di pantai barat semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir manusia yang mengeluarkan beberapa fakta mengenai angka dalam Al-quran dengan tarikh dan masa kejadian gempa tersebut.
Angka tafsiran adalah Haram
Mengaitkan nombor surah dan nombor ayat Al-Quran dengan angka-angka skala gempa bumi, tarikh dan masa kejadian ialah suatu bentukpenyelewengan dalam tafsir Al-Quran serta menyanggahi kaedah tafsir para ulama’ mufassirin. Takwilan ini BATHIL. Mempercayainya adalah HARAM,menyebarkannya juga HARAM.
Ayat Al-Quran : Gambaran Kiamat.
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut”. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”. (Al-A’raaf: 187)

Hadis mengenai hari Kiamat
Rasulullah Muhammad SAW bersabda :
Abu Hurairah berkata, “Nabi bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara yaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.”
(Hadits Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Wallahua`lam…

No comments: