Tuesday, June 26, 2012

Mengenal diri dan Mengenal Allah

Setengah daripada jalan mencapai makrifat itu ialah dengan mengenal diri seperti kata seorang sahabat Rasulullah SAW., Yahya bin Muaz Al-Razi ;

"Barangsiapa mengenal dirinya maka sesungguhnya mengenal ia akan Tuhannya".
Yahya bin Muaz mengambil faham daripada perkataan Nabi SAW. daripada pertanyaan seorang sahabat;

"Siapakah yang lebih mengenali TuhanNya, ya Rasulullah?

Maka sabdanya yang lebih mengenal mereka dengan dirinya."

Ada pun mengenal diri itu tiga [3] macam iaitu;

1. Periksa dan memahami.
2. Membuat bandingan dan ukuran.
3. Lemah dan tertegah.

1. Periksa dan memahami.Hendaklah dimusyahadahkan akan kejadian diri kita kepada dua pandangan iaitu;

a. Pandangan yang pertama kepada diri zahir yang dijadikan akan dia daripada emapat anasir iaitu;

Tanah, Air, Api dan Angin..

yang bermula daripada kejadian lembaga Nabi Adam 'Alaihi-Salam. Setelah sempurna lembaga Adam maka dimasukkan Ruh ke dalamnya lalu hidup ia bernyawa, bergerak, melihat, mendengar, dan sebagainya seperti firman Allah dalam

Surah Al-Shod; 71-72 yang bermaksud;

"Ingat olehmu hai Muhammad ketika firman oleh Tuhan kamu bagi malaikatNya bahawa Aku jadikan manusia daripada pati tanah maka apabila aku sempurnakan dia dan aku masukkan ke dalamnya ruhKu, maka sekelian malaikat duduk dan sujud baginya".Demikian juga dijadikan seorang perempuan yang bernama Hawa iaitu daripada jenis Adam juga seperti firmanNya dalam :

Surah An-Nisaak:1 yang bermaksud;

"Hai sekelian manusia, takutlah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu dari diri yang satu dan menjadikan isteri daripadaNya. dan daripada keduanya berkembang biak laki-laki dan perempuan yang banyak."
Ini bermakna, daripada Adam dan Hawa dijadikan akan segala keturunan melalui setitik air mani (Nutfah) yang dikandungkan di dalam rahim ibunya selama 40 hari kemudian dijadikan seketul daging (Mudghoh) kemudian pecah berupa berbagai; suatu bentuk lembaga manusia seperti firman Allah dalam :

Surah Al-Mukminun;14 yang bermaksud;

"Sesungguhnya telah Kami jadikan manusia daripada pati berasal daripada tanah kemudian Kami jadikan akan pati tanah itu air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh(rahim), kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah; maka segumpal darah itu kami jadikan tulang; maka Kami bungkuskan tulang itu dengan daging kemudian jadikan itu makhluk yang berbentuk lain; maka Mahasuci Allah ialah Pencipta yang paling baik".
Kemudian apabila sempurna kandungan yang ghalib sembilan bulan lalu keluar dari perut ibunya berupa manusia yang lemah (bayi) kemudian beransur-ansur sedikit demi sedikit bertambah subur dan kuat yang lengkap dengan pancaindera yang lima iaitu;

Penjamah,
Perasa,
Pendengar,
Pelihat,
Pencium.

Akhirnya menjadi seorang manusia yang gagah kuat yang mempunyai pancaindera batin yang lima iaitu; Khowatir, Cita, Niat, 'Alim, Fikir; dan sempurnalah sepuluh pancaindera yang dinamakan INSAN.

b. Pandangan yang kedua kepada diri yang batin yang digelarkan nyawa atau Ruh yang telah diberikan nama oleh Arif bil-Lah dengan bermacam-macam nama. Setengah daripadanya menamakannya;
Syaiun Zat-tiah pada tatkala memandang pada Martabat Wahdah dimusyahadahkan pertama-tama nyata dalam Ilmu Allah itu Ruh Nabi Muhammad SAW. Daripada pancar benderang Israk Nur Muhammad itu zahirlah sekelian alam dan segala yang benyawa. Setengah daripada Arif bil-Lah menamakan dia sebagai;

i.Alam Ma'ani : iaitu tanda yang tersembunyi sungguh kuat nyata dalam Ilmu Allah tetapi tiada ia maujud. Ia tersembunyi dalam Wahdatul Wujud melainkan ibarat jua yang maujud pada keesaan diri Hak Allah Taala. Setengah Arif bil-Lah menamakanya sebagai;

ii.Alam Laahut ertinya tanda kenyataan Zat dan setengah
Arif bil-Lah menamakannya sebagai;

iii.Alam Jabarut tatkala nyata ia pada martabat Wahdiah ertinya tanda kebesaran Zat dan sifatNya dan Af'alNya dan setengah daripada mereka menamakan sebagai;
A' yan Saabitah ertinya kenyataan yang amat teguh dan setengahnya menamakannya sebagai;

iv.Alam Asror ertinya tanda menerima Asror (rahsia) Allah kerana ia tempat nyata Hak Taala.
Maka tatkala sudah menjadikan Allah Taala nyawa ; maka menjadi Ia akan Alam Arwah dan maujud ia dengan Qudrat Allah dan Iradatnya. Maka dinamakan dia Alam Malakut ertinya tanda milik yakni tiada sekali terlepas daripada Ampunya Milik. Ini dinamakan juga A' yan Khorijah kerana sudah zahir wujudnya menerima asar (bekas/sesuatu yang dijadikan) dan hukum Zat Lawazim yang nyata ibaratnya dan syaratnya kepada Martabat Wahdah dan Wahdiah kerana
A' yan Khorijah itu A'yan Saabitah dan A'yan Saabitah itu yang menerima zahir Sifat Allah dan Asma Allah dan A'yan Khorijah dan Alam Malakut ialah sekelian alam sama ada Alam Kabir (Besar) atau Alam Shoghir (Kecil). Dan setengahnya menamakannya;
Ruh Idhofi kerana lengkap pada tubuh yang menggerak dan mendiam dan sebagainya. Setengah daripada mereka menamakannya sebagai;
Ruh Al-Qudus kerana ia suci daripada merasai mati dan daripada segala kecelaan dan sebagainya dan setengah daripada mereka menamakannya sebagai;
Ruh Al-Amri kerana ia menerima perintah Allah memerintah tubuh. Setengah daripada mereka menamakannya pula sebagai Ruh Al-Amin kerana ia menerima firman Allah yang datang pada hati hamba yang yakin akan Hak Taala. Setengah daripada mereka menamakannya sebagai;
Khotir ertinya gerak hati. Dan khotir itu ada empat macam iaitu;

1.Khotir Rahmaani iaitu apabila ia sentiasa berhadap dan musyahadah kehadirat Allah Taala; tidak memikirkan akan MaasyiwaLah (sesuatu yang lain daripada Allah).

2.Khotir Malaki iaitu apabila bertukar arah dan bergilir ganti. Kadang-kadang berhadap dan bermusyahadah ke hadrat Allah Taala dan kadang-kadang sesuatu yang lain daripada Allah.

3.Khotir Nafsaani iaitu sentiasa berhadap kepada kegemaran dan kelazatan dunia dan kemegahan dan kemulian yang bergelumbang dengan Ajib, Riya', Takbur, Suma'ah dan lain-lain lagi daripada segala sifat-sifat mazmumah.

4.Khotir Syathooni iaitu sentiasa gemar kepada pekerjaan yang derhaka dan jauh daripada berbakti dan beribadat.
Maka adalah sekelian itu daripada kelakuan Ruh pada badan yang datang sekelian itu daripada Fe'il (Kelakuan) yang Hakiki.

Setengah daripada mereka menamakannya sebagai; Akal kerana mengeluarkan fikiran dan kira bicara dan setengah daripada mereka menamakannya sebagai;
Nafsu kerana angkuh dan zalim dan setengah menamakannya sebagai; Qalbu kerana bertukar berbolak-balik sekali berhadap kepada Allah; sekali berhadap kepada dunia.
Adalah diri yang zahir dan yang batin terdiri padanya tiga perkara iaitu;

Jisim iaitu susunan kulit, daging, tulang, urat, darah, lendir dan sebagainya.

Jauhar iaitu Ruh atau nyawa'Aradh iaitu kelakuan dan rupa pandangan seperti panjang, pendek, tinggi, rendah, putih, hitam, bertemu, bercerai, baik, jahat dan sebagainya.

2. Membuat bandingan dan ukuran
Kejadian tubuh jasmani manusia itu mempunyai beberapa hikmah dan rahsia yang menyamai rahsia kejadian langit dan bumi, maka eloklah bapak cuba memberi gambaran perumpamaan dengan serba ringkas dalam Ilmu Tasrikh iaitu ilmu kejadian manusia.

Bahawa manusia mempunyai 360 tulang yang menyamai dengan 360 darjah pada bulatan bumi.

Manusia juga mempunyai 17 sendi yang besar-besar kerana lazim manusia jaga pada tiap-tiap sehari semalam tujuh belas jam iaitu 3 jam pada awal malam dan 2 jam pada awal siang dan 12 jam pada masa siang. Maka dalam 17 jam inilah gerak-geri anggota yang 17 sendi itu melakukan kebajikan atau kejahatan; maka diwajibkan dan difardukan ke atas manusia mengerjakan sembahyang lima waktu dalam sehari semalam sebanyak 17 rakaat.

Urat-urat besar dalam badan manusia berjumlah 12 urat iaitu ibarat 12 bulan setahun dan 12 jam pada siang dan 12 jam pada malam.

Dikatakan juga bilangan rambut manusia ada sebanyak
124 000 iaitu supaya mengingatkan bagi kita bilangan Nabi-nabi yang diikhtilafkan ulama sebanyak 124 000 orang dan banyak lagi rahsia-rahsia kejadian tubuh manusia yang sengaja ditinggalkan.

Pendek kata tidak ada satu kejadian yang boleh menyamai dengan kejadian manusia pada nisbah elok dan baik perdiriannya dan mulia keadaannya dan tinggi darjatnya jika hendak dibandingkan dengan kejadian-kejadian yang lain seperti firman Allah dalam :

Surat Al-Tin;4 yang bermaksud;

"Demi sesungguhnya Kami jadikan manusia itu seelok-elok kejadian"
dan tidak ada satu kejadian yang diperintah oleh Allah Taala kepada malaikat supaya memberi hormat dan tahiyat melainkan manusia (Adam) dan juga menyebabkan syaitan dimurkai oleh Allah dan dikutuk akan Dia kerana ingkar pada perintah Allah yang diperintahkan kepadanya supaya memberi hormat dan tahiyat kepada manusia (Adam). Dijadikan sekelian perkara ini untuk manusia dan dilengkapi pada manusia sifat Ma'ani yang tujuh kerana tempat menerima Asar(bekas) Sifat Ma'ani Qadim yang dinamakan Naskhah Al-Haq.

3. Lemah dan Tertegah
Apabila dimusyahadahkan akan kejadian diri samada diri yang zahir atau diri yang batin, maka tak sampai akal manusia untuk memikirkannya seperti Ruh, Akal, Nafsu dan Qalbu. Maka sukar hendak memberi gambaran atau takrif yang mensifatkan daripada jenis apa???

Al-Quran memberi pengajaran sebagaimana firman Allah dalam :

Surah Al Israk; Ayat 85 yang bermaksud;

"Akan ditanya akan engkau hai Muhammad tentang ruh; Katakan olehmu Ruh itu adalah daripada urusan Tuhanku".
Oleh kerana sukar hendak membuat takrif, maka digelar oleh orang-orang 'Ariffin dengan nama Lathifatul Rabaaniyah.

Wassallam.

Pengenalan : Gangguan Seksual


Program Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja Bagi menjamin keselamatan pekerja, khususnya pekerja wanita di sektor pekerjaan, Jabatan ini telah mewujudkan Kod Amalan Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di tempat kerja. Ia bertujuan untuk memberi pemahaman mengenai perlakuan gangguan seksual dan mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak-pihak yang terlibat sebelum tindakan tatatertib dikenakan.Gangguan seksual merangkumi pelbagai tingkah laku seksual yang boleh dibahagikan kepada 5 jenis iaitu:
  1. Gangguan secara lisan
  2. Gangguan secara isyarat / bukan lisan
  3. Gangguan visual
  4. Gangguan psikologi
  5. Gangguan fzikal
Jabatan ini bertanggungjawab untuk mengendalikan kes aduan gangguan seksual di tempat kerja. Aduan boleh dibuat sama ada melalui telefon, datang sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja yang terdekat atau menghantar surat ke Pejabat Tenaga Kerja. Pihak pengadu perlu memberi maklumat asas seperti berikut:
  • Nama dan alamat pihak yang diadu
  • Isu-isu yang diadu hendaklah diperincikan
  • Nama dan alamat pengadu
Jabatan telah melaksanakan Program Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja sebagai usaha mempromosikan penubuhan mekanisme dalaman bagi menangani gangguan seksual di tempat kerja. Objektif program ini adalah:
  1. Mewujudkan kesedaran kepada orang ramai tentang peranan Jabatan dalam pengendalian Kod Amalan Mencegah Dan membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja.
  2. Menggalakkan majikan-majikan menubuhkan Mekanisme Dalaman Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja.
  3. Memberi pendedahan kepada orang ramai terutama pekerja tentang peranan dan tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku masalah gangguan seksual kepada mereka atau individu terdekat.
Jabatan Tenaga Kerja pula menumpukan penguatkuasaan khusus dalam aspek penggajian berdasarkan Akta Kerja 1955 yang mana definisi ‘pekerja’ dalam konteks penguatkuasaan JTK adalah merangkumi keseluruhan pekerja asing dan pekerja tempatan.

Pampasan Pekerja Asing


  • KEWAJIPAN MAJIKAN

    Menurut subseksyen 26 (1) Akta Pampasan Pekerja 1952, setiap majikan hendaklah memastikan bahawa setiap pekerja asing yang diambil untuk bekerja diinsuranskan dengan penanggung insurans yang telah dilantik di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA) oleh Y.B. Menteri.
    Subseksyen 26 (6) Akta Pampasan Pekerja 1952 juga menyebut bahawa mana-mana majikan yang gagal untuk menginsuranskan pekerja asing yang diambil untuk bekerja adalah melakukan suatu kesalahan. Jika kesalahan disabitkan, majikan tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

  • SISTEM e-PAMPASAN

    Bagi melicinkan pegurusan kes pampasan pekerja asing, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan sistem e-Pampasan. Sistem tersebut bertujuan untuk membantu pegawai-pegawai untuk menguruskan kes pampasan pekerja asing dengan lebih berkesan dan sistematik. Sistem tersebut juga digunakan sebagai pengkalan data untuk mengumpul maklumat-maklumat pekerja asing yang telah diinsuranskan di bawah SPPA.

    • STATISTIK PAMPASAN PEKERJA ASING

      Berikut ialah statistik pekerja asing yang telah diinsuranskan di bawah SPPA bagi tahun 2008 hingga 2010 mengikut negara sumber:-

      Negara Sumber200820092010
      Bangladesh227,169199,493172,130
      Cambodia2,5633,1869,418
      China4,0452,8703,404
      Filipina2,8512,7893,853
      India41,09230,63432,237
      Indonesia381,885347,260341,309
      Myanmar108,031100,884133,404
      Nepal177,682152,573243,1930
      Pakistan3,6222,7403,765
      Sri Lanka1,8711,3403,133
      Thailand12,4797,8486,454
      Vietnam80,14844,72649,555
      JUMLAH1,045,446898,3521,003,865
      (Sumber : e-pampasan)
      Statistik jumlah kes pampasan pekerja asing yang dilaporkan mengikut jenis tuntutan bagi tahun 2008 hingga 2010 ialah seperti berikut :-
      Jenis Tuntutan200820092010
      Hilang Upaya Sementara5,3832,9592,497
      Hilang Upaya Kekal838554442
      Maut1,082876687
      JUMLAH7,3034,3893,626
      (Sumber : e-pampasan)
      SENARAI PANEL PENANGGUNG INSURANS DI BAWAH SPPA :-
      (sehingga 30 September 2011)
      BilPanel InsuransAlamatNo. TelLaman Web
      1Allianz General Insurance Malaysia BerhadSuite 3A-12, Level 15, Block 3A, Plaza Sentral, Jalan Stesen Sentral 5, K.L. Sentral, 50470 Kuala Lumpur03-2264 1188 / 2264 0688https://www.allianz.com.my/cls
      2AmG Insurance BerhadGround Floor, Wisma Goldhill, 67, Jalan Raja Chulan, 50200 K.L, P.O Box 12200, 50770, Kuala Lumpur03-4047 8000https://http://www.ambankgroup.com/en/pages/default.aspx
      3AXA Affin General Insurance Berhad13Ath Floor, Bangunan AmAssurance No 1, Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur03-2170 8282http://www.axa.com.my/
      4Berjaya Sompo Insurance Berhad18th Floor, Menara BGI, Plaza Berjaya, 12, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur03-2117 2118http://www.berjayasompo.com.my/
      5Chartis Malaysia Insurance BerhadLevel 6, Chartis House, No.99, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur03-2058 5000http://www.chartisinsurance.com.my/Chartis/index.jsp
      6ING Insurance BhdMenara ING, 84, 18th Floor,Jalan Raja Chulan, P O Box 10846, 50927 Kuala Lumpur03-2058 4838http://www.ing.com.my
      7Jerneh Insurance Berhad12th Floor, Wisma Jerneh, 38, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur03-2116 3300http://www.jerneh.com.my/
      8Kurnia Insurans (Malaysia) Berhad10th Floor, Menara Kurnia, No 9 , Jalan PJS 8/9, 46150, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan03-7875 3333https://www.kurnia.com/malaysia/
      9Lonpac Insurance Berhad23rd Floor, Bangunan Public Bank, No 6, Jalan Sultan Sulaiman, 50000, Kuala Lumpur03-2262 8688http://www.lonpac.com/web/my/homepage
      10ETIQA Insurance BerhadEtiqa Insurance & Takaful, Level 21, Tower C, Mayban Assurance Tower, Dataran Maybank No 1, Jalan Maarof, 59000, Kuala Lumpur03-2297 3888http://www.etiqa.com.my/English/Pages/default.aspx
      11ETIQA Takaful BerhadEtiqa Insurance & Takaful, Level 21, Tower C, Mayban Assurance Tower, Dataran Maybank No 1, Jalan Maarof, 59000, Kuala Lumpur.03-2297 3888http://www.etiqa.com.my/English/Pages/default.aspx
      12Malaysian Assurance Alliance Berhad23rd Floor, Menara MAA, 12, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.03-2146 8000https://www.maa.com.my
      13MAA Takaful Berhad15th Floor, Menara MAA, 12, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.03-2146 8000https://www.maatakaful.com.my/
      14MUI Continental Insurance BerhadMezzanine Floor, Plaza See Hoy Chan, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur.03-2070 9226http://www.muicna.com/
      15Multi–Purpose Insurance Berhad.9th Floor, Menara Multi–Purpose, Capital Square, No 8, Jln Munshi Abdullah, 50100 K.L. P.O Box 10122. 50704 Kuala Lumpur.03-2034 9888http://www.mpib.com.my/
      16Oriental Capital Assurance Bhd.Bangunan Oriental Capital, 36, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.03-2070 2828http://www.oricap.com.my/
      17Overseas Assurance Corporation (M) Bhd.Level 18, Menara Great Eastern, 303, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.03-4259 7888http://www.oac.com.my
      18The Pacific Insurance Berhad.Level 6, Menara Prudential, No 10, Jln Sultan Ismail, P.O Box 12490, 50788 Kuala Lumpur.03-2176 1188http://www.pacificinsurance.com.my/
      19TProgressive Insurance Berhad.10th Floor, Menara BGI, Plaza Berjaya, No.12, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur.03-2118 8000http://www.progressiveinsurance.com.my
      20QBE Insurance (M) Berhad.No 638, Level 6, Block B1, Pusat Dagang, Setia Jaya (Leisure Commerce Square), No 9, Jln PJS 8/9, 46150 P.J, Selangor.03-7861 8400http://www.qbe.com.my/Insurance.html
      21RHB Insurance Berhad.Level 8, Tower One, RHB Centre, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.03-9281 2731http://www.rhbinsurance.com.my/
      22Syarikat Takaful Malaysia Berhad.Tingkat 26, Blok Annex, Dataran Kewangan, Darul Takaful, No 4, Jln Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur.1300-8-825 2385http://www.takaful-malaysia.com.my
      23Takaful Ikhlas Sdn Bhd.Ikhlas Point, Level 9, Tower 11A, Tingkat 6, Avenue 5, Bangsar South, No.8, Jln. Kerinchi, 59000 Kuala Lumpur.03-2723 9999http://www.takaful-ikhlas.com.my
      24Tokio Marine Insurans (M) Berhad.29th – 31st Floor, Menara DION, 27, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.03-2026 9808http://www.tokiomarine.com.my
      25Uni. Asia General Insurance Berhad.9th Floor, Menara Uni Asia, 1008, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.03-2693 8111http://www.uniasiageneral.com.my
      26Prudential BSN Takaful Bhd.Tgkt. 8A, Menara Prudential, No.10 Jalan Sultan Ismail 50230 Kuala Lumpur.03-2053 7188https://www.prubsn.com.my
      27Hong Leong MSIG Takaful BhdLevel 5, Wisma Hong Leong, 18 Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur.03-2164 2339http://www.hlmsigtakaful.com.my
      28 MSIG Insurance (Malaysia) Berhad  Levels 21-23 & 27-29, Menara Weld, No 76, Jln Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur(Tel) 03-20508228
      (Faks) 03-2026 8086
      http://www.msig.com.my
       

    Monday, June 25, 2012

    Perkara yang Dibenci ALLAH S.W.T Pada Seorang Wanita


    Assalamualaikum. Pasti ramai wanita diluar sana yang ingin menjadi seorang 
    wanita solehah yang beriman kepada Allah dan juga mahu bergelar 
    sebagai isteri solehah yang bukan sahaja hebat beribadat, hebat melayan
     suami di rumah yang bukan sahaja berkisar tentang layanan seks 
    semata-mata tetapi sebagai seorang surirumah dan permaisuri di hati suami. 
    Namun begitu ingatlah bahawa ada banyak perkara yang dilakukan mampu 
    membawa kepada murka Allah swt yang mungkin tidak diketahui atau tidak
     perasan oleh diri sendiri.Perkara yang Dibenci ALLAH S.W.T Pada 
    Seorang Wanita ini sengaja saya kongsikan dalam entri kali ini kerana 
    tasa terpanggil untuk saling ingat mengingati. Semoga apa yang 
    ditulis ini mempu memberikan kesedaran kepada kita.
    Dari sini, mari kita sama-sama menilai diri kita selepas membaca artikel
    Perkara yang Dibenci ALLAH S.W.T Pada Seorang Wanita yang insyaAllah
    penuh dengan peringatan dan perkongsian ilmu yang penuh makna.
    PERKARA yang AMAT DIBENCI ALLAH S.W.T PADA SEORANG WANITA
    1. Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman: “Hiduplah dengan apa yang kau suka”
    2. Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim.
    3. Perempuan yang memakai kain yang nipis dan jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim
    atau memakai segala yang mendatangkan kegairahan kepada orang lain maka dia tidak akan
    mencium bau syurga.
    4. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

    WANITA yang DIMURKAI OLEH ALLLAH S.W.T
    Sebagaimana Allah suka dengan wanita yang solehah,Allah juga sangat murka kepada beberapa jeniswanita.
    Oleh kerana itu sangat perlu bagi kita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebencian-Nya supaya kita terhindar dari kemurkaan-Nya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dahsyat sehinggakan para nabi pun sangat takut.Bahkan Nabi Ibrahim a.s pun lupa bahwa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail a.s kerana ketakutan yang amat sangat.
    Abu Zar r.a meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Seorang wanita yang berkata kepada suaminya: “semoga engkau mendapat kutukan Allah” maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke-7 & dikutuk pula oleh segala sesuatu yang dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia & amp; jin.”
    Ab.Rahman bin Auf meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Seorang yang membuat susah lepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah S.W.T tidak akan menerima amalannya yang wajib & amp; sunat.”
    Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Kalau seandainya apa yang ada dibumi ini merupakan emas & perak serta dibawa oleh seorang wanita kerumah suaminya dan kemudian pada suatu hari dia terlontar kata2 angkuh:”Engkau ini siapa?Semua harta ini milikku & engkau tidak punya harta apa pun.” Maka hapuslah semua amal kebaikannya.
    Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang yang sangat kasih pada ummatnya & terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dari azab Allah S.W.T .Beliau menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan,keletihan & tekanan.Begitu juga air mata & darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih-sayangnya terhadap kita. Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yang wajar berusaha untuk menyelamatkan diri kita,keluarga kita & seluruh ummat baginda.
    Itulah sedikit peringatan yang perlu sama-sama kita ambil kisah dan sama-sama nasihat menasihati. Jadi, apa pandangan anda? Apa kata selepas baca artikel Perkara yang Dibenci ALLAH S.W.T Pada Seorang Wanita(sumber) ini mari kita kongsi dengan rakan-rakan. Semoga perkongsian kita ini mendapat pahala di sisi Allah swt.
    InsyaAllah sama-sama kita Sharekan artikel Perkara yang Dibenci ALLAH S.W.T Pada Seorang Wanita