Thursday, January 21, 2016

Persoalan Solat Jamak


Soalan:
Saya akan bercuti di Kota Bahru selama 5 hari iaitu dari hari Isnin hingga Jumaat. Megikut perancangan, saya akan bertolak dari Shah Alam pada hari Isnin dan akan bertolak pulang dari Kota Bahru ke Kuala Lumpur pada hari Jumaat. Soalanklu ahmad blik jumaat slps isyak
zohor & asar, maghrib & isyak bleh jama’ x us ?
Jawapan:
Ketentuan boleh atau tidak jamak dan qasar bergantung kepada niat seseorang untuk tinggal di tempat yang di tuju tidak lebih dari empat hari empat malam, tidak termasuk hari masuk dan hari keluar.
Jika anda tiba di Kelantan pada asar hari Isnin maka hari Isnin tidak di kira sebagai hari menetap, tetapi di kira sebagai hari masuk kerana satu waktu yang boleh di jamak telah di ambil dalam perjalanan iaitu waktu zohor dan asar.
Empat hari dan empat malam di kira bermula Selasa hingga sebelum zohor hari sabtu. Sekiranya anda bertolak pulang sebelum zohor hari Sabtu, maka hari Sabtu dianggap sebagai hari keluar kerana anda belum mengambil satu waktu jamak (zohor dan asar) pada hari Sabtu ketika berada di sana.
Sekiranya anda bertolak pulang selepas zohor hari Sabtu, anda di anggap menetap lebih empat hari empat malam kerana telah mengambil lagi satu waktu yang boleh di jamak (zohor dan asar)

No comments: