Tuesday, February 2, 2016

Hukum Memakai TOPI

SOALAN


“Salam ust, baru-baru ni saya ada mendengar rakan-rakan saya mengatakan tak boleh pakai cap( topi yang ada ‘penutup’ kat depan dia tu) sebab ia menyerupai zionisme… Betul ke? Kalau betul kenapa saya tengok pimpinan-pimpinan HAMAS pakai cap…ok jer nampaknya…

JAWAPAN

JENIS TOPI ORANG YAHUDI.
 Crocheted kippah(Hebrew: knitted kippah)
 
Suede kippah


(Black) velvet kippah

 
Satin kippah


Breslov kippah


 Women's kippah 

PERBEZAAN PANDANGAN ADAKAH TOPI MERUPAKAN AMALAN AGAMA ATAU TIDAK

1-    Menurut Rabbi Abraham Ezra Millgram, Pengarah a Hillel mengatakan Amalan memakai topi bukanlahmenjadi kemestian dalam amalan ritual agama Yahudi khususnya di Synagoge, tetapi dalam amalan terkini ia menjadi satu kewajipan (dan dijadikan sebagai undang-undang)[1] [2] Tetapi menurut Rabbi Jacob Z. Lauterbach, Professor di Hebrew Union College mengatakan ia bukan amalan agama Yahudi.[3]

2-    Menurut Rabbi Abraham Ezra Millgram, Pengarah a Hillel mengatakan “memakainya merupakan simbol ketaatan[4].

TOPI TIADA DALAM BUKU SUCI DAN SEJARAH YAHUDI

Rabbi Jacob Z. Lauterbach, Professor di Hebrew Union College mengatakan bahawasanya ia tidak langsung tercatat dalam mana-mana rujukan rasmi Yahudi,ia hanya wujud pada zaman Rabbi (Ulama’ Yahudi) berkuasa.[5]

Sebenarnya dalam sejarah Yahudi,kurun ke 12 secara lebih khusus, menurut Norman Roth ,Professor di Jewish History di University of Wisconsin, Madison mereka tidak mempunyai pakaian khas yang membezakan mereka dan orang lain apatah lagi mempunyai topi khusus.[6]

Tiada fakta sejarah yang tepat menjelaskan asal usul topi tetapi ada ahli sejarah berpandangan ia merupakan tradisi umat Islam.[7]

BEZAKAN ANTARA AMALAN AGAMA DAN ZIONIS

Zionis merupakan pergerakan yang diasaskan oleh Theodor Herzl untuk mengumpulkan semua orang yahudi di Palestian kononnya menurut janji Tuhan, ia bukan agama, manakala Yahudi adalah agama. 

ADAKAH BOLEH MEMAKAI TOPI?

BOLEH DAN HARUS dengan syarat:

1)    Tidak diniatkan untuk mengikut Zionis @ mengagumi Yahudi. Ini kerana niat merupakan pintu yang membawa samada halal@ haram.
2)    Berakhlak dengan akhlak Islam.

Ini kerana topi yang biasa digunakan oleh rakyat Malaysia tidak sebagaimana orang Yahudi:

              

Tetapi penulis menyarankan, sekiranya tidak ada keperluan, maka TIDAK PERLULAH untuk memakai topi. Kita akan keluar daripada khilaf ilmuan ini. 

HUJJAH ORANG YANG MENGHARAMKAN

Berdalilkan kepada hadis:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- «مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ »
Ibn ‘Umar meriwayatkan, Baginda SAW bersabda “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah dari kalangan mereka”    
(Hadis Hasan sohih: Sunan Abi Daud, hadis nombor 4033, dihasankan oleh Sheikh Albani)

JAWAPAN

Pengarang Kitab Subul as-Salam jilid 7 m/s 107 mengatakan bahawa barangsiapa yang menyerupai orang fasiq atau orang kafir atau pembuat bid’ah pada sifat yang khusus pada mereka samada pakaian,pergerakan mahupun kemudahan  maka dia adalah daripada mereka. 

Shaikh Qaradawi mengatakan sifat yang khusus itu seperti memakai tanda salibberpakaian cara kristian dan menyertai perayaan agama mereka, maka dia adalah dari kalangan mereka. AdapunBUKAN pakaian keagamaan, maka  ia bergantungniat masing-masing.[8]

No comments: